Selasa, 15 Mei 2012

Kisah seorang atuk

Salam pembuka bicara..


Tak sempat nak blogwalking, internet slow kemain lagi. Kawan-kawan, saya nak kenal kan satu-satunya atuk saya yang masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.




Ini lah atok saya, Hj Ibrahim b Sarif. Atok saya berusia lebih 100 tahun. Atok adalah abah kepada ayah saya. Seorang bekas polis pada zaman muda beliau. Kadang-kadang, rasa susah nak berkomunikasi dengan atok sebab atok selalu guna bahasa dulu-dulu macam belajar = mengaji, tak pun bahasa minangkabau. Ya, saya berdarah keturunan minangkabau tapi bukan faham sangat bahasa minang.




Atuk sangat kuat sebelum ni. Masih lagi berjalan ke masjid, masih lagi mencari ayam dan itik di waktu petang supaya masuk dalam reban, masih lagi dengar suara atuk marah kalau hartanya di usik sebelum ni, lebih tepat minggu lepas dan lepas lepas.




Saya nak minta kawan-kawan tolong doakan kesihatan atuk yang tak menentu sekarang ni, sakit tua. Sudah 3, 4 hari atuk terlantar di katil kata emak. Tak makan dan minum. Kaki dah sejuk. Ayah tak bagi kami adik-beradik balik sebab ayah kata yang belajar tetap belajar, yang kerja tetap kerja (saya seorang je bekerja). Yang hidup pasti akan pergi. Ayah kata ayah sudah menerima apa pun ketentuan Allah. Dalam masa yang ada ini ayah sentiasa jaga atok siang dan malam. Malam pun tidur bersama atuk. Rasa tak sia-sia lah keputusan ayah berhenti kerja dan balik kampung jaga atuk. Ada hikmah bukan?


Semoga atuk sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ayah serta mak saya sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga atuk saya. Kawan-kawan, doakan kesejahteraan keluarga saya terutamanya atuk.


xoxo

20 komen:

::Aja:: berkata...

atuk ko sakit teruk ke? emm..sabtu lps keje balik la kg keyh..insyaAllah..xde ape2..org2 tua biasala selalu sakit..tp, apa2 pun moga atuk dira diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik

mizzura berkata...

umur atuk 100 tahunn??
dhiera jangan riso...betul cakap ayah dhiera, yang penting salah sorang family ada jaga atuk and tugas dhiera berdoa banyak2 yang terbaik untuk atuk..kalo ada ruang dan waktu pergilah menjenguk atuk ye..jangan tangguh2..insyaallah kitorang semua doakan kesihatan atuk pulih semula :-)

Zura berkata...

pd mase nie la anak2 memainkan peranan penting..

ciksusu berkata...

hope atuk dhiera brtmbh shat :)

Kakzakie berkata...

Panjang usia atok dhiera... moga dia kembali sembuh seperti sebelumnya..
Kakak doakan dipermudahkan segalanya dhiera...

KhaiRin : anies berkata...

pnjg usia atuk nyer...semoga kembali pulih seperti sedia kala

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

Insyaallah..semoga atok dhiera diberi kesihatan yg baik..

nazirah berkata...

insyaAllah semoga atok kamu dipanjangkan usia amin..

syafiqakarim berkata...

da lebih 100 tahun?
nampak masih gagah.
apa petua?

moga sihat dan di panjang kan umur lagi.

mama aini berkata...

assalam dhiera..maaf mama lambat lawat dhiera..lepas majlis mama terdown lagi..hu2x..sebelum majlis mama langgar cermin kat tiara beach resort lebam kening & mata kiri mama..he2x..mata mama tak berapa nampak masa tu..mama tertinggal spec.
beruntung dhiera masih ada atuk..atuk & nenek mama dah meninggal..semuga atuk dhiera cepat sembuh..amin..besar pengorbanan ayah dhiera menjaga atuk..hanya Allah yg dpt membalasnya..

** terima kasih sudi hadir kemajlis mama yg tak seberapa..semuga kita jumpa dilain kali..insyaallah..slm syg dr mama buat dhiera..

HeNRieTTa JoSe berkata...

moga atok anda cepqt sembuh....rindu plak ngn arwah atok rietta...

Hanie Dew berkata...

untungla masih ada atuk.aku tak penah rasa ada atuk. semoga atuk ko dikurniakan Allah kesihatan yang baik..atuk ko tak nampak mcm lebih 100 tahun..

*wink* berkata...

huhu..sbr ye dhiera...nnt insyaallah ok

Pondok Usang berkata...

hai atuk...

Zakia berkata...

amin..semoga atuk dheira dipanjangkan usia serta sihat selalu :)

aReLaN berkata...

moga atuk dhiera sihat ye. saya rindu nenek saya yang sorang je tinggal kat kampung tu.waaaaaa

Kasih Salina berkata...

semoga atuk dhiera sihat ye..walaupun dh 100 tahun tp nampak sihat dan kuat lagii..

YOUsoF berkata...

Umur 100 tahun lebih tapi masih kuat jalan kaki pergi masjid.. Kuatlah atok..

Semoga Arwah tenang di sana..

nabilah_2908 berkata...

terlambat sampai ke sini...

moga rohnya tenang di sana... al-fatihah..

Afzainizam berkata...

umur 100 tahun tu dah masuk satu abad tu

kepada Allah kita berserah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta