Jumaat, 30 Mac 2012

My generasi

Salam pembuka bicara..


Suka dengan video ini. Jom lihat!




Bila tengok video ini, saya terus teringat zaman kanak-kanak dulu. Zaman kanak-kanak dulu mainan ni lah yang sangat best. Sebelum balik sekolah dah plan dengan kawan-kawan nak main getah. Cikgu tak masuk kelas, masing-masing kumpul main batu seremban, tutup botol atau main tikam pemadam. Baik lelaki mahupun perempuan, sama-sama main permainan ni.


Rasanya budak-budak sekarang main tak permainan macam ni? Selalu jugak terfikir. Tapi saya selalu nampak sepupu yang kecik-kecik, masih bersekolah rendah main polis entri. hehe


xoxo

Rabu, 28 Mac 2012

WW : kehidupan

Salam pembuka bicara..




Betul ke tidak?


xoxo

Selasa, 27 Mac 2012

Ni nombor telefon saya

Salam pembuka bicara...


Malas tahap maksima ni. Semalam monday blues. Malas nak update padahal kerja tak ada pasal dah siap awal-awal. huhu


Suka dengan status FB ayah minggu lepas. Sebab terkena batang hidung sendiri. Saya tak ada kesemuanya.




Korang pulak macam mana? Ada simpan tak?


xoxo

Khamis, 22 Mac 2012

Makan-makan sungai ramal junction

Salam pembuka bicara...


Hari tu adalah tumpang tidur dekat rumah kawan sorang ni. Kawan zaman universiti. Alang-alang dah lama tak ketemu nak la jugak jumpa dia.




Malam tu, nak pergi makan tapi tak tahu nak makan tempat best dekat sekitar Putrajaya. Kawan ni menyewa dekat Putrajaya.




Fikir punya fikir nak makan la dekat Sungai Ramal Junction yang tepi jalan nak ke Kajang tu. Pernah makan sekali dulu dekat sini, time tu makan dengan kakak-kakak senior dan kawan-kawan dekat UPM. Makan ala-ala candle light dinner time tu.




Dulu tak banyak kedai dekat sini. Sekarang dah penuh dengan macam-macam pilihan gerai. Gambar tak banyak sebab dah kebulur masa ni. Melantak bakso je la.


xoxo

Rabu, 21 Mac 2012

WW : tak faham lah!

Salam pembuka bicara...




Macam cakap dengan apa jerk!!!


xoxo

Selasa, 20 Mac 2012

Bujang yang lapok

Salam pembuka bicara...


Semalam dekat TV ada cerita gabungan pelakon ini.




Ingat tak?




Cerita yang tetap lawak walaupun dah tengok berpuluh-puluh kali. Tengok tak bujang lapok semalam?




Memang terbaek la.. Lagi-lagi, laksamana do re mi. Dulu, asyik ulang-ulang tape yang sama je. Dulu-dulu kan, tak pakai CD pakai video tape. hehehe


xoxo

Isnin, 19 Mac 2012

Hari ini hari isnin

Salam pembuka bicara...


Saya baru belajar nak hidup sendiri semula.


Dulu, nak kerja dekat-dekat dengan mak ayah sebab dari form 1 sampai zaman universiti duduk jauh dari rumah. Sekarang, nak belajar untuk persiapkan diri hidup sendiri balik. Lagi beberapa bulan, hidup bersuami.


Sejak tinggal sendiri, hari-hari rindu masakan mak. Sabtu ahad lepas balik rumah makan masakan mak rasa macam heaven sungguh. Berselera je nak makan.


Sebelum ni, tiap-tiap pagi ada breakfast mak sediakan sebelum pergi kerja. Hari ni breakfast nesvita je. Owh, hari ni rindu balik.




Monday blues la kawan-kawan. Selamat bekerja dan belajar!


xoxo

Jumaat, 16 Mac 2012

Dia merasa sambut birthday sebagai tunang. Saya tidak

Salam pembuka bicara...


Ingat entri wordless yang tayang chocolate indulgance cake? [tekan sini]


Sebenarnya, kek tu beli masa celebrate birthday tunang. Birthday dia bulan januari. Tapi sambut bulan februari sebab baru ketemu setelah sebulan lebih. Cerita basi. Tapi nak cerita jugak. Blog saya kan? Pang! Itu pun teringat nak sambut birthday Z selepas baca blog arelan yang sambut birthday terlewat bersama kekasih hati. Hehe.


Plan nak buat BBQ dengan kawan-kawan dekat morib sambil sambut birthday dia. Tapi tak jadi sebab busy. Lagipun, mak saya kata Z tu boleh ke nak celebrate celebrate birthday ni? Haha.


Meh la layan gambar. Malas nak taip panjang-panjang. Jangan gadu lapar ye. hekhek


Kalau keluar dengan ayah, ayah suka epal tak ada gula. Owh, rindu ye dekat ayah. Jadi, saya pun terikut asal keluar je order epal. Keluar dengan Z, Z suka air coklat. Mesti nak air coklat jugak walaupun air lain lagi sedap.




Masa ni saya terigin nak makan spagetti. Maka, order lah spagetti bolognese.




Tapi cheese dia terlalu banyak sampai muak nak makan. Z amek sepotong kek je sebab dia tahu mak saya mesti dah masak sesuatu untuk dia. Kalau pun mak kata mak tak masak tapi sebenarnya, mak tetap akan masak. Z suka la tapaw bawa balik. Sayang mak!




Total haduh... Faham-faham je la kalau makan dekat secret recipe ni.




Nasib baik setahun sekali pun belum tentu~


xoxo

Khamis, 15 Mac 2012

i'm back..

Salam pembuka bicara..


Broadband saya telah diaktifkan semula. Yeay!!!


Terima kasih pocket, jue dan lain-lain. Saya hanya buat 1 ayat yang saya nak reactivate balik celcom broadband saya dan bagi nama serta nombor telefon untuk dorang aktifkan. wuu... Sekarang rasa nak balik kerja cepat-cepat sebab nak blogwalking. Banyak cerita yang saya ketinggalan.


Baru tahu mama aini dah dapat menantu. Baru tahu pocket buat giveaway. Baru aja dah pregnant. Baru tahu yang kak anum pun dah terkena selesema macam saya. Owh, dah dekat seminggu saya selesema dan batuk-batuk.. Baru tahu kak lijah masuk wad. Tapi serius tak tahu apa jadah ye dengan pak sepul korang jue, hanie, anep. Tengok tertinggal macam-macam cerita.


Hai semua.. (lambai-lambai tangan)


google


Entri come back.  Entri yang sebelum-sebelum ni adalah entri autopublish kawan-kawan. Ada yang saya dah sempat nak blogwalking, bloghopping dan blogskipping. Yang belum saya terjengah tu, baru masuk gear 3 la kawan-kawan. Sorry ea. Lambat sikit.


xoxo

Rabu, 14 Mac 2012

Wordless wednesday

Salam pembuka bicara..


Apa perasaan selepas melihatnya?




xoxo

Selasa, 13 Mac 2012

Confius. tolong jawab please

Salam pembuka bicara...


Saya ada satu kemusykilan. Ada sesiapa boleh tolong?


Betul ke kalau kita ada resdung kemudian makan sambal belacan, jerawat boleh naik dekat muka terutamanya?


Sangat musykil. Sebab masa belajar dulu, lecturer ajar jerawat tu terjadi gara-gara Propionibacterium acnes. Sejenis bakteria yang menyebabkan keradangan pada kulit. Sebab tu, dengan penggunaan antibiotik yang betul, masalah jerawat boleh diatasi.




Tapi tunang cakap, muka saya naik jerawat sebab saya suka makan sambal belacan. errr.


Confius~


xoxo

Isnin, 12 Mac 2012

Manchester united best ke?

Salam pembuka bicara...


Ok. Sorry sorry peminat MU. Tapi saya betul-betul nak tahu ape yang best ye? Adik saya dan tunang sama-sama gilakan MU.


Entri hujung tahun lepas, saya ada cakap nak beli jersi MU original dari UK. [tekan sini]


Sebenarnya, dah kirim dekat kawan yang belajar di UK belikan. Harga tak sampai RM300 sekali dengan printing nama, nombor dan tambah batch dekat lengan tu~




Plan asal nak beli dua. Untuk adik sekali sebab dia pun sukakan MU. Tapi terfikir, tunggu boxing day tahun depan la baru belikan untuk dia. Sales masa boxing day memang superb murah.


Petang semalam baru ambil jersi ni dekat kawan. Kebetulan, dia balik bercuti ke Malaysia. Nak bagi treaser jersi the latest malas nak ambil gambar. Tunjuk gambar yang kawan saya emelkan januari lepas saja la ye. Hehe.


Encik tunang la paling excited. Keinginan dia.


xoxo

Ahad, 11 Mac 2012

Homesick la

Salam pembuka bicara...


Adik saya mesej, "kakak tak nak balik ke? Minggu ni semua ada dekat rumah."


Terus teringat dulu, masa duduk dekat asrama. Umur saya 15 tahun tapi adik bongsu umur 5 tahun. Kalau telefon rumah, adik selalu tanya "bila kakak nak balik rumah?". Pasal adik selalu tanya lah, saya selalu fly keluar dari asrama gara-gara nak balik rumah. hehehe. Naik form 5 lagi lah menggila fly lari balik rumah dari asrama. Masuk asrama buat muka tak bersalah je kan.




Sekarang umur 25, adik umur 15 tahun. Baru seminggu lebih duduk merantau, adik dah sms tanya bila nak balik. kehkeh. Cabaran duduk sendiri selepas 1 tahun setengah duduk dengan mak, tak ada lah cukup mencabar sangat sebab tunang seorang yang supportive. Sebenarnya, kami bekerja bawah satu company tapi department berlainan.


Kadang-kadang boleh pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama tapi buat kerja lain-lain la~ Dia bertugas di bahagian production, saya bertugas di bahagian duduk bawah aircond. Owh, ayah dah pesan "jangan asyik nak berkepit je". Sebelum ni, ayah monitor bila saya keluar dengan tunang. Sekarang, kalau kerja sama-sama, sah-sah hari-hari boleh jumpa tapi jumpa masa masuk dan balik kerja je la~ Eh, kami breakfast sama-sama. Lunch je tak sama.


Alkisahnya, saya pun rindu bilik saya. Nak balik rumah. Nak tidur atas katil sendiri. Sekarang pakai tilam je. Duduk bujag. hukhuk. Dekat sini macam rasa nak makan je sebab tak puas selagi tak jumpa masakan mak. Itu ye tanda, homesick ler tu~


Ok. Fine!


Tak sabar nak tunggu sabtu depan untuk pulang ke kampung halaman.


xoxo

Sabtu, 10 Mac 2012

Pening dengan kerenah celcom.. aih

Salam pembuka bicara...


Saya teramat rindu pada korang semua. Layan lah entri simple saya di pagi sabtu. Sebenarnya, ini entri autopublish. Saya taip malam sambil kesat hidung yang meleleh hingus gara-gara kangan dengan korang. Sebenarnya, tengah demam selesema ditambah lagi dengan sakit tekak.



Hari tu kan saya ada cakap nak aktifkan balik broadband. [klik sini] Saya call la celcom sebab broadband yang lama tu saya ada bayar lebih dalam RM35 gitu. Saya cakap nak aktif kan balik broadband lama. Tanya lah cara-cara nak aktif kan balik. Dia kata sebab saya baru matikan dalam 2 bulan lebih gitu jadi dia akan caj RM10 untuk penyambungan semula sebelum 30 March ini. Dan RM35 yang terlebih tu, dorang akan tolak dari bil seterusnya nanti.


Tapi masalah nya sekarang saya kena fax kan surat penyambungan semula broadband kepada celcom. Itu masalah kecil je. Masalah besar adalah saya tak tahu nak tulis surat tu macam mana. Pening sudah~ Asal taip je padam, asal taip je padam. Masa nak matikan broadband haritu, customer servis yang baik hati yang tolong buat kan surat bagi pihak saya. Kali ni, customer servis yang sikit malas suruh saya buat sendiri pula. erm...




Nak tulis apa ni dalam surat tu? Adoyai, macam nak karang surat cinta la pulak kan? eh, yeke?


Sekarang ni ambil simkad dalam tablet tunang dan masukan dalam modem broadband celcom yang lama. Macam nak beli simkad SKMM. Ada sesiapa jual tak?


Walaupun, pening dengan kerenah celcom. Saya tetap berpuas hati dengan celcom. Cayalah!


xoxo

Isnin, 5 Mac 2012

setelah lama menghilang..

saalam pembuka bicara..


dah lama tak update. ada tak yang rindu pada saya? pang.


sekarang ni dalam proses menyesuaikan diri. kerja sekarang macam agak fun. ala-ala buat final project gitu. sekarang, dalam proaes belajar handle all customer complaint. jumaat ritu dapat complain dari customer di jepun. orang jepun ni sangat details. pening..


buat masa sekarang, saya tak access dengan internet. update kali ni pun guna tablet encik tunang. kawan-kawan pun text banyak kali suruh saya buka facebook dengan blog dan gmail jugak.


banyak yang saya nak kongsi. tunggu lepas broadband di aktifkan semula.


jumpa lagi kawan-kawan. bai..


xoxo