Ahad, 11 Mac 2012

Homesick la

Salam pembuka bicara...


Adik saya mesej, "kakak tak nak balik ke? Minggu ni semua ada dekat rumah."


Terus teringat dulu, masa duduk dekat asrama. Umur saya 15 tahun tapi adik bongsu umur 5 tahun. Kalau telefon rumah, adik selalu tanya "bila kakak nak balik rumah?". Pasal adik selalu tanya lah, saya selalu fly keluar dari asrama gara-gara nak balik rumah. hehehe. Naik form 5 lagi lah menggila fly lari balik rumah dari asrama. Masuk asrama buat muka tak bersalah je kan.




Sekarang umur 25, adik umur 15 tahun. Baru seminggu lebih duduk merantau, adik dah sms tanya bila nak balik. kehkeh. Cabaran duduk sendiri selepas 1 tahun setengah duduk dengan mak, tak ada lah cukup mencabar sangat sebab tunang seorang yang supportive. Sebenarnya, kami bekerja bawah satu company tapi department berlainan.


Kadang-kadang boleh pergi kerja sama-sama, balik pun sama-sama tapi buat kerja lain-lain la~ Dia bertugas di bahagian production, saya bertugas di bahagian duduk bawah aircond. Owh, ayah dah pesan "jangan asyik nak berkepit je". Sebelum ni, ayah monitor bila saya keluar dengan tunang. Sekarang, kalau kerja sama-sama, sah-sah hari-hari boleh jumpa tapi jumpa masa masuk dan balik kerja je la~ Eh, kami breakfast sama-sama. Lunch je tak sama.


Alkisahnya, saya pun rindu bilik saya. Nak balik rumah. Nak tidur atas katil sendiri. Sekarang pakai tilam je. Duduk bujag. hukhuk. Dekat sini macam rasa nak makan je sebab tak puas selagi tak jumpa masakan mak. Itu ye tanda, homesick ler tu~


Ok. Fine!


Tak sabar nak tunggu sabtu depan untuk pulang ke kampung halaman.


xoxo

28 komen:

APAN berkata...

mcm x caya lak ko fly sis...kes berat tu kalau kantoi masa kat hostel...

da keje fly jd ngulor... :)

Syu, Syuhada berkata...

sama la..rindu umah-.-"
dhiera stay mne skang??:)

~Sal Ismail~ berkata...

kite jenis jarang blk kg..keras hati sket.x penah homesick..~ ;p

tp bila cuti panjang dpt balik kg mmg seronok..terubat rindu dekat mak ayah~ =)

Cik Anita berkata...

hmmm.

duduk bujang dan tidur hanya atas tilam memang menyedihkan! semakin rindu ouh kat emak~ walaupun baru semalam jumpa.

sedihnya.

:(

Tanpa Nama berkata...

Kecik ke besor ke sama je...husband pun prnah homesick...hehe

Tanpa Nama berkata...

Kecik ke besor ke sama je...husband pun prnah homesick...hehe

NZ berkata...

mcm mane nak kahwin ni asik homesick je..heheh..same la saye..selalu sgt balik rumah sebab homesick :)

Unknown berkata...

mun pun tgh homesick ni..huhuhu

EyqaLuvender berkata...

iqa pon homesick jgk ni...
hari2 call mak ckp nak balik tp sbb gatal sgt dtg kerja kat cni,so...redha jela...uhuk3

Izzatul Azma berkata...

Sekarang dok mana dhiera ? Shah Alam ?

Mak ayah kita dulu pun selalu pesan, jgn asyik berkepit. Haha. Tambah-tambah lagi sebulan dua sebelum kawen, memang kena sound la kalau diorang call malam-malam dok kat luar lagi T_T

::Aja:: berkata...

hehehe..sy dh mengunjungi kamu..sila beli tilam ye macik..xmau tido mcm tu.sakit belakang nanti..

kalo ak nak dtg selalu pon cam susah je kan.hr2 u kuar ngan Z.xsyiok la bertiga.kiki

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

X pernah lagi merasa HOMESICK ..
Tp tu la..xde yg lebih bahagia berbanding rumah parents sendiri..
Klu dah kawin pun..errr..same kut..
hehe

cik dila berkata...

haha,kalau duk rumah sewa asyik lapar je. tp klu dkt rumah sendiri tak mkn pun ok.

dhiera zainudin berkata...

@APAN
aha...itu la. naseb tak pernah kena kantoi. kire lucky jugak la ni~ hehehe

dhiera zainudin berkata...

@ciksusu
kan~ kite dok meru skang..

dhiera zainudin berkata...

@~SaL IjOu~
jenuh sangat nak balik kelantan kalau tiap2 minggu~

dhiera zainudin berkata...

@Cik Anita
kan..sedih kan~ sobsob

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
jiwa kite dah terdidik macam tu..

dhiera zainudin berkata...

@Zakia
dah kahwin angkut suami balik kapung la nanti.. hehe

dhiera zainudin berkata...

@cik mun
jom sama2 homesick mun~

dhiera zainudin berkata...

@EyqaLuvender
ala...eyqa. terus kan mencari pengalaman disitu walaupun ada makcik garang tu~

dhiera zainudin berkata...

@sweethOneY
sekarang kat klang izza.. tu la kan. ni nak pergi kerja pun sama2. macam mana tak berkepit je..

dhiera zainudin berkata...

@::Aja::
boleh je.. tapi ko kena tido sini sebab baru dapat chit chat lame2. hehehe

dhiera zainudin berkata...

@♥cmª shIemª♥
serius tak pernah rasa gitu?? sebab cma dah kahwin kot. hek

dhiera zainudin berkata...

@cik dila
absolutely agree.. hehe

Hanie Dew berkata...

aku tak pernah duk asrama. pendek kata tak pernah duk bejauhan dgn mk dr kecik sampai la masa aku fly dr sabah ke KL ni sambg study.

homesick tu perkara biasa bagi seorang perantau. chewahhh..

at least ko bole balik weekend. akuuu??? (-. -)

Afzainizam berkata...

wooo rindu bantal busuk tilam kat kampung dan paling penting air tangan ibuuuu.... kena balik gak cuti sekolah ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta

Jue berkata...

hahaha tgelak bc komen Hanie

aku suka dok asrama tp sbb aku ganas..homesick jarang berlaku haha

wah best dpt nengok en tunang hari2

aku tau sbb aku rasa hahaha