Sabtu, 19 Februari 2011

Alasan pemandu jadi berhemah!

Salam pembuka bicara..

Semalam balik dari kerja, hujan sangat lah lebat sampai tak nampak jalan. Selalunya situasi macam ini saya selalu alami ketika ulang alik Tanjung Malim dan Ipoh bulan Oktober sampai November tahun lepas. Sebab masa ini musim hujan. Biasanya bila sampai dekat area Tapah dan Gua Tempurung mesti hujan lebat sangat sampai ada sesetengah pemandu pasang emergency signal.

Waktu-waktu macam ini pemandu-pemandu di Malaysia jadi seorang yang sangat berhemah. Nak tahu kenapa? Sebab:

1. Semua orang bawa kereta perlahan-perlahan. 
Paling laju pun takat 60 km/j. Saya lah tu. Tak nampak jalan okeh!
Tapi kalau tak hujan, saya lah yang suka bawa kereta laju-laju sampai Z selalu pesan,
Z: nak pergi mana sibuk sangat bawa laju-laju
Saya: kereta saya viva cc pertengahan, kalau naik bukit kena lah bawa laju baru lah dia pick up

sumber: google

Kalau bawa nenek saya, nenek akan cakap
Nenek: la, kakak bawa 110 km/j. Patutlah nenek asyik tekan brek angin je
Saya: ala nenek, bukan laju mana pun. kereta tu lagi laju~

2. Masa hujan macam inilah semua orang ikut jarak kenderaan yang selamat. 
Kalau tak, bawa kereta macam nak cium bontot kereta kat depan. Lagi teruk, ada yang main cucuk-cucuk kereta orang.
Saya: Bang, kalau nak potong-potong aja lah. Ke nak ajak saya main speed underground

sumber: google

Z lah tu yang suka bawa kereta macam nak cium bontot kereta orang lain. Lagi seram kalau dia buat dekat bontot lori. Kalau guna kereta saya, memang dah jerit-jerit suruh dia turun sekarang.

3. Masa macam inilah cari kereta yang pasang emergency signal. 
Sebab rasa macam secure sikit. Tapi kereta sendiri tak reti-reti pasang emergency signal.

sumber: google

Ayah: Kalau hujan lebat sangat, berhentilah kat mana-mana dulu. Berhenti kat tepi jalan ke sampai hujan dah reda sikit dan boleh nampak jalan ok sikit, barulah gerak balik.
Saya: Tak boleh ayah. Dah starving gila ini. Nak balik makan nasi lauk mak masak. Masakan emak paling terbaik!

4. Masa hujan inilah ada yang tak nampak traffic light sudah tukar warna hijau.
Kena bagi hon sikit pada mereka. Paling tidak, mereka tak nampak sebab hujan lebat sangat. Mereka betul-betul pemandu berhemah.
sumber: google

Saya: bang ooo kak, jalan lah. Saya dah penat nak tukar-tukar gear dan tekan-tekan clas. 
(Dari jauh dah bawa slow dengan harapan kejap lagi traffic light jadi hijau)

5. Masa hujan lah ramai pemandu yang pakai seat belt.
Masa inilah kena berjaga-jaga lebih sebab kebanyakan accident berlaku ketika hujan. Jalan licin kan? Amaran: jangan main brek waktu ini, nanti kalau brek kamu sudah jammed kan susah. Kamu nak landing kat mana? Rumput pun basah.
sumber: google

Saya: waktu hujan lah polis jarang buat road block. tak payah kelam-kabut tarik seat belt bila ada road block. he.

xoxo

p/s: silalah klik pada nuffnag saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

7 komen:

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

betul jugak tu
jd pemandu berhemah bila da sebab je kan

100 Kerja Kosong Sepanjang Tahun 2011"

Korang pernah main game ni?"

Firdaus Kasim berkata...

tp siapa nk bawa motor, wajib kemalangan.. hehe.. btul x? awk, jom tukar link blog nk

TOJIES berkata...

nice...:)

This is Tojiero

dhiera berkata...

princess momoy: 2 la..peringatan untuk diri sendiri jugak. he

firdaus kassim: uik, bukan lah wajib kemalangan.tapi risiko tersangatlah tinggi. ok. jom.. saya terjah blog awak~

tojies: thanx~

odah + one = odahone berkata...

org yg drive laju2 time ujan mcm nk bnuh diri jek...jln licin brake no eat...hoho!

AYUH MATI BUNUH DIRI?

dhiera berkata...

ya betul!!

DiaUmaiNiNaz berkata...

salam singgah , just nak ajak join 1st GA dari saya..silakan Tq.