Khamis, 24 Februari 2011

diskriminasi dalam pekerjaan

Salam pembuka bicara..

Beberapa hari yang lepas saya dapat emel mengenai diskriminasi dalam pekerjaan.

Cubalah baca isi kandungan emel ini. Kemudian, kita bincang ea. Silalah beri pendapat kamu!

................................................................................................................................................................

Sedar atau tidak diskriminasi didalam dunia kerjaya di Malaysia ini masih berlaku samada secara anda sedar mahupun tidak.

Beberapa hari lalu, seorang sahabat saya mendapat panggilan temuduga di salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. Segalanya berjalan lancar semasa ujian bertulis, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang sukar diterima semasa proses interview/temuduga bermula.

Polisi syarikat yang tidak mahu mengambil pekerja yang mempunyai pointer/cgpa kurang dari 3.0 menyebabkan beliau hanya sempat berada tidak kurang dari 2 minit didalam bilik penemuduga.

Ini benar-benar dikesali kerana jikalau semua syarikat di Malaysia ini mengguna pakai polisi yang sama dimanakah kedudukan graduan-graduan kita yang mempunyai CGPA kurang dari 3.0? Ini belum termasuk dengan syarat-syarat tidak masuk akal seperti perlu mahir berbahasa mandarin,tamil dan sebagainya.

Adakah mereka-mereka ini tidak layak? Jikalau tidak layak mengapa mereka dipanggil untuk menghadiri temuduga? Adakah mereka yang berada di bawah 3.0 bukan seorang pemegang ijazah, diploma dan sebagainya?
..............................................................................................................................................................
sumber: google

Sejujurnya, saya memang kurang sedar mengenai perkara ini (berkaitan CGPA) mungkin disebabkan saya dan rakan-rakan saya kesemuanya mendapat CGPA melebihi 3.0. Tapi saya rasa perkara sebegini mungkin salah satu punca mengapa ramai yang masih belum bekerja. Sejujurnya juga, saya mengetahui ramai yang belum bekerja pun hanya dari media massa. Kebanyakkan rakan-rakan saya semua sudah bekerja dalam tempoh sebulan selepas habis belajar. Lebih tepat 4 bulan sebelum kami menghadiri majlis konvokesyen. Malah, ada antaranya sebelum habis belajar juga sudah mendapat pekerjaan.

Maka, mengenai hal ini saya memang tak berani nak cerita panjang.

Tapi yang saya sedar yang memang wujud diskriminasi dalam penguasaan bahasa. Kini, bahasa mandarin sangat memainkan peranan. Bila pergi interview, pasti akan ditanya hal ini. Malah, dalam iklan yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat juga menetapkan penguasaan dalam bahasa mandarin. Bagi mereka yang lurus bendul, pasti akan menekan pangkah untuk menutup website tersebut. Tapi bagi mereka yang hendak mencuba nasib, mereka akan tetap memohon di syarikat tersebut.

Apa pendapat kamu?

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

4 komen:

Unknown berkata...

Bagi fiq lah kan, pointer tu amat penting utk kita score..
sbb ia merupakan penanda aras bagi pihak luar tentang keupayaan kita utk doambil bekerja..
Adakah kita benAR2 layak?
Maka, di sinilah segalanya dijadikan sebagai penanda aras bagi pihak luar..
Meskipun kita tahu kita layak, tapi hanya sekeping kertas yg tertulis ke[putusan kita tu jerk yg mampu dijadikan sbg bukti..


eh, panjag lah plak..cm karangan..huhuhuhu :)

dhiera berkata...

hahaha...dah kata cikgu, mestilah suka tulis panjang-panjang.
Sepatutnya, pointer itu memang penting tapi akademik kena seimbang dengan aktiviti yang dapat membina soft skill.
Barulah dapat melahirkan insan yang dapat berdaya saing.
kan?

Unknown berkata...

rilex..dkt mane2 ade peluang..sabar je..

Orang cina berpusu-pusu nak bukak business sendiri..

orang Melayu berpusu-pusu nak kayakan harta cina..

renung-renungkanlah..

Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

dhiera berkata...

@ silabilabi: well, kalau ikut kan ramai kalangan kawan-kawan saya nak buat bisnes tapi tengok lah macam mana sokongan yang kami dapat.. plus, even pihak u dan macam2 pihak nak tolong tapi tengok kerenah birokrasi dorang..

actually, ramai juga kawan-kawan saya yang bekerja dan berbisnes dalam masa yang sama. ada yang buka syarikat tapi bagi orang lain yang handle dan dia juga ada kerja sendiri~ kalau kamu tanya saya, saya juga akan berbisnes dan bekerja.