Salam pembuka bicara..
Satu lagi emel yang saya terima. Tapi emel ini lagi lama dari emel mengenai diskriminasi dalam pekerjaan tu. [Sila klik tajuk untuk membaca] Emel ini mengenai cara rompakan yang terbaru.
Silalah baca untuk pengetahuan kita bersama dan bagi keselamatan kita juga.
.................................................................................................................................................................
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawan-kawan ku tentang masalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai-bagai cara untuk merompak kita..
Berhati-hati semua terutama para wanita.
Bahaya....!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta di parking awam. Semasa nak balik ke rumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa-rupanya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.
" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )"
Sedarlah semua! Tolong sebar-sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan
pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Tolong sebarkan/email pada pada rakan-rakan
.................................................................................................................................................................
Sudah baca? Harap dapatlah kamu sebar-sebarkan untuk keselamatan bersama. Sejak saya dapat emel ini, sebelum saya masuk kereta saya akan lihat di cermin belakang dan cermin depan kereta. Setakat ini, belum pernah ada kertas melekat di bahagian belakang kereta. Tapi memang sangat selalu ada kertas di bahagian cermin hadapan kereta samada saman parking atau pun flyer-flyer dari kedai-kedai. he
Kamu dah bayar saman PDRM belum?
xoxo
p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.
2 komen:
da follow
@ ijam ismail: thanx ya..saya akan terjah ke blog awak juga~
Catat Ulasan