Jumaat, 4 Februari 2011

Al-fatihah untuk arwah atuk

Salam pembuka bicara..

Chines New Year dah dekat. Kat tempat kerja saya pun dah siap-siap beli berkotak-kotak limau untuk di bahagikan ke klinik-klinik yang menjadi supporter kami. Klinik dari Kuala Kubu Bharu, Selangor sampai lah ke Slim River, Perak. he.

Tapi sesuatu yang buat saya teringat dan rindu sangat adalah pada arwah atuk. Tahun Baru Cina tahun lepas, atuk saya kembali ke rahmatullah disebabkan sepsis. Sepsis ini adalah keracunan dalam darah. Kadang-kadang, bila teringatkan punca pemergian arwah atuk rasa marah membuak-buak sebab keputusan untuk tidak membenarkan air tulang belakang atuk diambil, saya memang sangat-sangat tak setuju.

Perkara yang paling terkilan sebab arwah atuk pernah cakap dia teringin nak bawa kereta masa saya ronda-ronda dengan arwah atuk naik kereta. Dia dah lama ada lesen kereta tapi dah lama tak dapat bawa. Masa kereta kancil merah ada kat rumah dia, atuk nak bawa tapi takut nenek marah sebab kereta itu kereta nenek.

Dulu, masa arwah atuk jadi pengajar kelas memandu, nenek beria tak benarkan.

Dan saya ingat masa itu saya ada janji dengan atuk, bila dira dah kerja nanti perkara mula-mula dira nak buat, dira nak beli insurans lepas itu dira nak beli kereta. Nanti atuk boleh lah bawa kereta dira. Tapi dira nak pakai kereta manual aje tau. Masa itu atuk kena bawa dira jalan-jalan sama macam kecik-kecik dulu. Dira nak bagi pakai kereta ini tapi bukan kereta atas nama dira.

Itulah ayat saya.

Terus saya teringat awal tahun lepas, saya memang ada plan nak beli kereta. Bersungguh-sungguh nak beli tapi sebab masih belajar, mak saya tak nak belikan walaupun saya kata saya sanggup bekerja sambil belajar. Mungkin waktu itu, saya terlalu bersungguh-sungguh supaya atuk dapat bawa kereta atas nama saya sendiri.

Bila saya ziarah kubur atuk, saya mesti cakap 'atuk, dira dah beli kereta' (cakap dalam hati)

Sebelum atuk koma, kali terakhir saya jumpa atuk adalah masa atuk pulih dari demam. Beberapa hari sebelum itu. Itu pun sebab saya pulang ke kampung sebab bosan di kolej kediaman. Dan saya bawa balik ayamas. Saya beli setengah ekor ayam black pepper dengan pesanan atuk kena habiskan ayam ini bagi sihat betul-betul. Lepas itu asyik tanya 'sedap tak? sedap tak?'

Tiba-tiba saya teringat waktu atuk buat operation mata kali kedua di hospital teluk intan, saya nampak betapa tak sukanya sesetengah 'mereka' kalau atuk saya buat operation lagi. Ayah dan mak yang sanggup ulang alik dari kuala kubu bharu ke teluk intan sepanjang tempoh atuk disana. Ayah saya juga sempat di saman kerana melebihi had laju yang bernilai rm300. Baru je cek saman ini 2 bulan lepas. Saman bertarikh Julai 2009.

Paling buat saya rasa nak menangis adalah masa hari atuk meninggal, malam ada kenduri tahlil. Saya duduk di beranda tempat selalu bergurau, bergosip, berlepak dan berteka-teki dengan atuk. Atuk saya memang suka main teka-teki dan menyakat orang. Tiba-tiba saya disakat macam selalu, spontan ayat keluar dari mulut saya (dengan nada manja dan menggedik) adalah 'atuk'. Terus malam seterusnya, saya tak tunjuk muka di majlis tahlil.

Kawan-kawan yang pernah datang ke rumah arwah atuk dan tidur disini pasti tahu betapa rapatnya saya dan arwah atuk. Saya tak pandai naik motor jadi arwah atuk lah yang bawa saya pusing kampung sambil berlagak muda dan macho dengan memakai topi dan cermin mata.

Tanggal 4 Februari ini iaitu hari ini, kami akan adakan kenduri tahlil untuk atuk sempena hampir setahun atuk pergi meninggalkan kami. Al-fatihah untuk atuk.

xoxo

4 komen:

zuljengka berkata...

Al-fatihah untuk arwah atuk awak...saya pun sedih gak bila tkngkan arwah nenek saya yang paling saya sayngi,yang paling rapat ngan saya telah pergi..Al-fatihah..

Tanpa Nama berkata...

urm...i know exactly the feeling darling...bile tringat mnde yg kite nyesal,mnde yg xsempat nk wat dengn meke yg da pegi,rase terkilan sgat...tpi bile tringt cmtu,cepat2 sdekahkan fatihah...b strong girl!!!smoga roh mereka yg kite syang sntiasa dtempatkan bsame org2 beriman...INSYA ALLAH...

dhiera berkata...

zul n zahirah: thanx babe~

Blogger Addict berkata...

alfatihah..moga roh nyer dicucuri rahmat dn ditempatkn diantara2 org2 yg beriman...