Isnin, 14 Februari 2011

6 warna dan maksud

Salam pembuka bicara..

Entri ini adalah pandangan saya melalui warna bunga ros.

Saya ada beberapa pengalaman menerima bunga.

Bunga pertama daripada abang angkat saya. Sangat surprise.

Selebihnya daripada ayah saya sewaktu hari lahir dan terima keputusan PMR dan SPM sebagai tanda tahniah. Tapi masa konvokesyen hari itu, saya tak dapat pula bunga daripada ayah melainkan dari seorang sahabat. Itulah kali terakhir dapat bunga.

 Z? Dia tak pernah bagi pun. Tapi kalau nak bagi, tolonglah jangan bagi bunga sebab saya tak tahu apa yang boleh saya buat dengan bunga itu nanti~ he. Belanja saya makan di Seoul Garden ke umbai ke. Best la jugak! Eceh, nak yang best saja~

Jom kita imbas apa maksud disebalik warna bunga yang berbeza dan campuran warna dalam satu jambak bunga.

a) Merah: Kasih sayang dan romantik

Warna ini adalah yang paling universal daripada semua simbol dan warna. Kebanyakkan orang katakan, bunga berwarna merah melambangkan cinta sejati sepanjang zaman.
Tapi tak salah kalau kamu nak bagi bunga merah kepada sahabat kamu sebagai tanda kamu sayangkan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

b) Kuning: Persahabatan dan kegembiraan
sumber: google

Melalui sejarah, kuning selalu dihubung kaitkan dengan matahari. Maka, mawar kuning sangat sesuai untuk menghiburkan hati seseorang. Bunga ini menghantar mesej penghargaan dan kasih persaudaraan.
Kalau kamu melawat orang sakit, kamu bolehlah hadiah kan mereka ros kuning. Tanda kamu mendoakan mereka cepat sembuh disamping menggembirakan mereka.

c) Merah jambu: Cinta, penghargaan dan kesyukuran
sumber: google

Merah jambu selalu disertai dengan rasa kasih, keanggunan, manis dan romantik.
Merah jambu yang sedikit gelap adalah tanda rasa syukur dan penghargaan. Cara tradisional untuk mengucapkan rasa terima kasih.
Merah jambu yang sedikit cair adalah tanda kelembutan dan kekaguman. Boleh juga menandakan simpati.

d) Putih: Suci murni, simpati dan spiritual
sumber: google

Pada saya, mawar putih menandakan cinta sejati. Agak klasik kan? Putih mewakili kebajikan sebab cintakan memerlukan pengorbanan. eceh. Bunga ini juga mewakili kehormatan.

e) Oren: Keinginan dan kebanggaan
sumber: google


Warna oren adalah campuran kuning dan merah. Kuning itu persahabatan dan merah itu cinta. Maka, oren membawa kepada daya tarikan dan keinginan. Ia juga boleh memberi tanda sebagai "saya bangga pada kamu"

f) Lavender: Pesona, mulia dan cinta pandangan pertama
sumber: google

Pada saya, lavender ini seolah-olah menunjukan suasana keagungan dan kemegahan.

xoxo

6 komen:

Wan Gerrard berkata...

owh ada jenis rupenyer..kena hati-hatila nak bg bung :P

Kempen Kami tak Sambut Hari Valentine
Meireles gol lagi
Kentut adalah saat paling melegakan

MIMIE AIZA berkata...

nak warna pink dengan purple.. heeee

Orang Kampung berkata...

mna 1 pilihan hati ni..
bunga kala biru xdak ke?? huhu

dhiera berkata...

wan gerrard: yang penting nawaitu nak beli tu~
mimie aiza: warna pink n purple 2 cantik kan??tp warna putih nampak lagi suci sangat..
orang kampung: erk,,tak terfikir pula warna biru~hehehe

Azura "Banyak Cakap" berkata...

cantiknya mawar yang warna pink lembut and lavender tu, ish ish ish, sejuk hati nampak. :)

dhiera berkata...

ape lg~boleh buat penghias dalam rumah la..nanti sejuk je hati masuk umah~