Isnin, 28 Februari 2011

Satu cerita seram dan satu cerita perang

Salam pembuka bicara...

Saya nak share dua cerita. Satu cerita seram dan satu cerita perang.

Cerita pertama.

Cerita seram ini memang sangat buat saya tertunggu-tunggu dari penulis. Lif berpenghuni. Itu tajuk dia. Saya dapat tahu mengenai cerita ini masa berblogwalking. Terus ada perasan nak tahu. Mungkin ramai yang dah ikut cerita-cerita dari penulis.


Tekan pada gambar untuk paparan besar. Cerita penuh boleh tekan pada link ini.

Cerita ini buat saya sangat ternanti-nanti untuk tahu episod seterusnya.

Cerita kedua.

Cerita mengenai peperangan di Iraq. Keteguhan seorang wanita demi mendidik kanak-kanak yang terpinggir di Iraq supaya terus mendapat pendidikan yang sepatutnya. Cerita ini melalui novel. Hasil karya Khairyn Othman. Bertajuk Zahrah de Tigris. Tigris itu adalah nama sungai Tigris yang terletak di Baghdad.

Dalam cerita ini, wanita tegar ini mempunyai blog dengan menggunakan bungatigris.blogspot.com. Paling tak sangka, blog ini memang betul-betul wujud. huu.



Buku ini adik saya yang perkenalkan. Mula-mula, saya tanya best sangat ke cerita tu. Tapi saya rasa macam tak best sebab sudah beberapa hari saya nampak dia baca tapi tak habis-habis. Pagi tadi gatal tangan nak baca. Terus nak baca sampai tak reti nak berhenti. lalala

Kamu semua kalau nak cuba novel yang berunsur yang agak kelainan boleh lah cuba baca novel ini? Atau ada antara blogger yang sudah khatam buku ini.

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

5 komen:

afifah berkata...

nice la..bleh try bce kalau jmpe..cam best je.. :)

dhiera berkata...

@ nurul afifah: cuba lah baca. sedih juga baca bila masa perang-perang tu~

Tanpa Nama berkata...

suka mmbaca erk? bagus2... satu hobi yang amat baik..

Tanpa Nama berkata...

sy cari blog bungatigris.blogspot.com and termasuk dalam link niey..tapi tak jmper pown blog tu..awk prnh sggah blog tu?

dhiera zainudin berkata...

@ tanpa nama: masa saya tulis entri ini dulu, memang blog itu boleh masuk dan betul-betul wujud. tadi saya try bukak lagi sekali blog tu, tapi dia sudah di "private" kan~