Rabu, 23 Februari 2011

Otak bercelaru

Salam pembuka bicara..

Maaf hari ini saya tak dapat berblogwalking seperti biasa. *tarikh entri ditaip pada 22 Februari 2011* Selalunya saya akan menulis entri sehari awal dari tarikh entri dipublish. Saya akan cuba melawat kawan-kawan semua.

Hari ini hari yang sangat sibuk pada saya. Malah, otak saya asyik berligat memikirkan pelbagai perkara. he. (poyo je ayat).

1. Pagi tadi ada pesakit datang buat saringan kesihatan. Cubaan pertama untuk mengambil darah gagal kerana pesakit jadi pucat dan mahu pitam. Maka, tindakan awal bagi menggelakkan pesakit dari pitam membuatkan saya dan collegue saya agak serabut sebab ini kejadian pertama setakat ini.


Make Your Own Gifts Here



2. Saya ada perancangan untuk bercuti di Labuan dengan ex- housemate-housemate saya semasa di UPM dulu. Maka, pagi tadi kami bermesej dan bertelefon-telefon serta ber'ym-ym' sehingga keputusan muktamad dicapai. Hasilnya, kami membeli tiket air asia ke Labuan pada harga RM65 pergi dan balik. Mood: happy! Yeay!

3. Saya ada satu lagi perancangan dimana untuk bercuti di Penang. (ee..apa ni! nak simpan duit untuk kahwin tapi asyik nak bercuti je). Bercuti itu perlu bagi mengurangkan tekanan saya. he. Kamu ada idea tak di tempat menarik untuk saya lawati dan tempat tinggal yang berbaloi di Penang?

4. Petang tadi, ada seorang kakak ni bawa anak dia dan mengadu masalah yang dialami anak dia. Dia minta saya bagi pandangan tapi saya takut nak memberi cadangan yang sepatutnya sebab saya bukan doktor. Saya nasihatkan beliau supaya beliau mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Tapi beliau tidak mahu kerana beliau sudah 6 kali berurusan di hospital kerajaan mengenai masalah anaknya. Malah, berjumpa doktor di klinik swasta pun beliau tak mahu. Dan akhirnya, beliau memilih untuk melakukan beberapa ujian darah dan jantung.

All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

5. Majlis Daerah Tanjung Malim ada telefon beritahu mengenai bayaran pelekat parking. Mereka bagi less RM20. Ok la. Daripada sebulan saya kena saman sampai RM60. (average)

6. Minggu ini kena bawa kereta slow-slow dan tanpa air-cond sebab nak bagi minyak tahan untuk seminggu sehingga gaji.

7. Ini lagi stress. Cepatlah gaji! Poket makin nipis ni. Tak seronok bila sudah kerja sebab kena buat saving sendiri. Masa belajar dulu bila tak ada duit boleh minta kat mak ke ayah ke. Walaupun ada duit pinjaman, tiap-tiap bulan mak ayah tetap bagi duit. Sekarang bila sudah kerja, nak minta duit tapi malu. Tak patut la kan? Macam awal bulan bagi mak duit, hujung bulan nak minta balik.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8. Bila nak naik gaji lagi ini. hu. Padahal baru je confirm kerja. Baru je naik gaji, sudah berharap untuk naik gaji lagi. *saya tetap bersyukur*

xoxo

p/s: silalah tekan nuffnang dan HB saya. Saya tengah kumpul duit kahwin ni. Terima kasih~

0 komen: