Khamis, 20 Januari 2011

Z yang semakin tua

Salam pembuka bicara..

Semalam, 19 Januari adalah hari lahir Z yang ke 25. Dah tua rupanya Z tu. Saya juga yang masih muda. Baru 23 tahun. hukhuk.

Saya memang ingat birthday dia semalam tapi memang tak nak wish awal-awal. Alih-alih dapat sms dari yang bertanyakan samada saya ingat atau tidak hari tersebut hari apa? Siap cakap lagi yang dia sedih sebab orang lain yang wish birthday dia dulu sebelum saya. (ini bikin saya jeles lagi-lagi yang wish itu bekas madu i tauk)

Tapi at least Z akan sentiasa ingat pasal hal ini. Btw, itulah tujuan saya. Lagipun, kan dah celebrate birthday dia awal sebulan sampai ke Melaka. [post ini]

Plan nak berkencan minggu ini pun terpaksa dibatalkan demi berkhidmat untuk negara. Sudah sebulan okeh tak berkencan. *emo sekejap*

Lepas itu, kawan-kawan tempat kerja dia sambut birthday dia tanpa saya. Tak aci korang mentang-mentang saya jauh. Dislike banyak-banyak. Nak tahu apa Z cakap? Dia kata dia dapat makan kek coklat yang sangat sedap. Bila saya tanya kek yang saya beli hari itu tak sedap ke? Dia kata kek tu tak sedap. Hello Z sayang, i beli kek secret resepi untuk u tauk!!! Dia siap bagitahu ramai amoi-amoi sambut birthday dia. Menyampah gila lah. I report dekat bos baru tahu yang korang sambut birthday dalam bilik engineering.

Motif: jeles#%@