Sabtu, 20 November 2010

kaunter,internet banking,atm atau cash deposit?

Salam pembuka bicara..

Antara kaunter pembayaran, internet banking, mesin atm dan cash deposit? Saya selalu terfikir yang mana lebih praktikal dan mudah. Korang rasa mana lagi praktikal dan mudah?

Sebenarnya, saya fikir internet banking lagi mudah dan praktikal. Tapi rupanya kaunter pembayaran lagi mudah untuk uruskan segala pembayaran tapi kurang praktikal bagi mereka yang bekerja. Nasib saya baik sebab manager saya ok kalau saya keluar ke bank sekejap. Untung kan?

Kaunter pembayaran dan cash deposit lagi mudah dan cepat untuk memasukkan wang ke dalam akaun orang lain terutamanya orang yang mempunyai akaun berlainan dengan yang kita gunakan. Kalau guna internet banking perlukan masa hampir 3 hari kalau kita memindahkan wang ke akaun lain selepas jam 12 tengahari. Saya sangat tak suka masa proses yang panjang ini. Sebab kebiasaannya apa-apa hal yang melibatkan wang, kita rasa kurang secure kan? Tapi kalau orang yang kita nak pindahkan wang itu ada akaun yang sama dengan saya, saya memang guna internet banking saja. Lebih mudah dan tak payah jalan-jalan. Sesuai untuk orang yang malas macam saya. Tapi saya guna internet banking di tempat kerja sahaja.

Dengan internet banking juga saya perlu tahu no rujukan perjanjian ptptn saya untuk bayar hutang ptptn saya. Yang ini saya sangat benci sebab perjanjian itu pun saya kena cari dalam satu satu dan setiap fail yang saya ada. Serius, saya tak ingat saya letak kat mana. Kalau berurusan dengan kaunter, saya hanya cakap nak bayar duit ptptn terus dapat borang yang dah siap di isi dengan nama ptptn. Jadi, apa yang saya perlu buat hanya isi no ic dan jumlah yang saya nak bayar je. Senang kan? Walaupun ada extra caj tapi saya tak kesah sebab segala urusan mudah.

Lagi senang berurusan bila saya bawa bil banyak-banyak dan cakap saya nak bayar bil. Tak perlu saya cari mana akaun syabas,mana akaun tnb, mana akaun telekom bila guna internet banking sama juga dengan atm dan cash deposit. argh. Leceh. Pergi kaunter tunjuk bil, pekerja kaunter kirakan semua bil dan beritahu jumlah kat kita. Kemudian, kita keluarkan duit dan bayar. Last sekali, jangan lupa cakap terima kasih. Dalam hati sambung, sebab mudah kan urusan saya. Dan senyum.

Tapi nota penting, buat segala urusan di kaunter pembayaran ini, jangan lah jadi bijak sangat pergi bank-bank yang kita memang dah tahu selalu ramai orang macam maybank dengan cimb. Saya suka pergi agro bank sebab dekat dengan tempat kerja saya dan orang pun tak ramai. Jadi saya tak perlu tunggu lama sangat. Tapi saya paling tak suka pergi bank rakyat kat tempat saya ini. Saya tak tahu mereka malas buat kerja atau apa tapi kadang-kadang bila ada klien nak masukkan duit di kaunter dengan bawa buku akaun lagi, itu maknanya klien itu nak update buku akaun dia lah. Ada ke patut dia suruh kita pergi kat cash deposit je? Weh, klien dah tunggu nombor giliran ok! Hasilnya, kena pergi cash deposit. Baik buat siang-siang, tak payah tunggu nombor.

Nak bayar duit kereta pun senang. Si didi saya (si kancil saya) guna bank islam. Saya tak suka betul bila nak bayar duit didi guna cash deposit. Pertama sebab bank islam kat sini ada satu saja mesin cash deposit. Kedua, satu-satunya mesin ini selalu out of service. Rosak la tu. Ketiga, skrin dia kabur je. Kena tengok dekat-dekat baru nampak. hoho. Nasib si viva saya (Nama belum diberi. Saya nak minta Z yang bagikan nama. Bagi nama sedap-sedap ea. Kalau tak, saya nak panggil vivi je. lalalala) guna ambank. Ambank masa hari weekend pun dia buka juga. Kalau berurusan di kaunter, just cakap nak bayar duit kereta dan pekerja kaunter akan minta no pendaftaran kereta. Kemudian, bayar, ucap thank, senyum dan balik.

Saya nak buat post untuk didi dan viva. Tapi bukan sekarang. huhu. Saja buat selingan di sini.

Bagi internet banking, hanya cimbclicks saya sahaja yang boleh guna. RHB saya tak pasti kenapa tak boleh. Nak kata tak daftar, saya dah daftar. Boleh log in pun. Tapi dia cakap no phone saya yang tak di daftar. Bila tengok kat profile, ada je no hp saya siap dengan no telefon rumah lagi. aish.

Cimbclicks tak boleh bayar streamyx. Maka, guna kaunter pembayaran di pejabat pos pun berguna juga. At least, boleh masukkan duit untuk ASB sekali kan. Agro bank kat tempat saya tak boleh uruskan ASB.

Lagipun, nak guna internet banking kena tengok tempat. Kalau kawasan rumah saya yang dalam hutan itu, line broadband confirm-confirm la slow. Nak loading website pun lambat. Ada berani ke nak buat internet banking? Saya tak berani sebab saya takut duit saya hilang tanpa dikesan. hoho. It just emotional stress je bila buat internet banking kat rumah. Alasan!!

Tapi saya rasa sangat praktikal dan berguna bila nak beli tiket air asia guna internet banking. Macam saya cakap tadi, saya ini malas. Kalau pergi kat mana-mana agen air asia, ada lebihan caj. Ini kawan saya yang tinggal kat Sabah itu yang beritahu. Kena cari agen itu lagi. Kaunter air asia yang saya tahu pun di KL sentral dan LCCT saja la. Saya pernah tanya di kaunter Air Asia dekat KL sentral itu, harga mereka caj dengan internet sama tak? Mereka kata lain. Mereka ada extra caj juga sama macam agen air asia. Tak tanya la pula caj apa. Mungkin caj perkhidmatan.

Apa pun, semua kemudahan ini ada kelebihan dia dan kekurangan dia. Gunalah yang mana ada rasa lagi praktikal dan mudah untuk anda. Sebab apa yang saya cakap adalah apa yang saya lalui. ha.


0 komen: