Semalam saya
Pada saya kedua-dua plan ini ada kebaikan dan kekurangan sendiri. Semuanya bergantung kepada penggunaan individu. Tapi saya memilih untuk menggunakan postpaid sebab lagi jimat. Semata-mata lagi jimat.
Dulu, masa guna prepaid, saya selalu tak faham kenapa orang kata postpaid lagi murah dan berbaloi dan sekarang baru saya faham.
Prepaid seolah membebankan saya.
Masa saya menggunakan prepaid, penggunaan wang yang saya guna kan untuk membeli topup adalah sebanyak RM100. Kadang-kadang lebih dari RM100 sebab saya selalu bersms dengan Z. Bercakap dalam telefon jarang-jarang sebab saya takut kredit habis. Kedekut gile la. Saya selalu dapat sms dari push mesej yang tak pasal-pasal tolak kredit saya. Walaupun, saya menggunakan celcom upax dan hotlink youth club yang sememangnya murah tapi perbelanjaannya tetap tinggi untuk orang yang macam kedekut seperti saya ni. huk
Dah cuba baru tahu
sumber: celcom
Sebelum mula nak guna postpaid, macam takut terbeban dan takut ada kos-kos tersembunyi. Tapi disebabkan ada yang kata lagi murah maka saya pun mencuba. Jadi saya beralih dari celcom upax ke celcom exec. Dalam masa yang sama, saya menggunakan plan celcom 1+5 sebab Z jadi macam supplementary line saya. Maka, setiap bulan kami wajib membayar sekurang-kurangnya RM65 dimana celcom exec yang saya pakai adalah RM50 dan Z yang menjadi sub-line setiap bulan perlu membayar RM15.
Buktinya
Setiap bulan kos bil yang perlu saya bayar adalah tidak melebihi RM53. Dan Z pula kebiasaannya tidak melebihi RM30. Dan ternyata penggunaan postpaid murah hampir separuh dari kos saya membeli topup. Dan Z juga akuinya. Kalau kita guna lebih, maka kita perlu bayar lebih. Oh ya, bil bulan 1 tu RM30 sebab bulan 12 tahun 2010, saya bayar lebih.
Berhubung dengan Z dengan percuma
sumber: celcom
Peace of mind
Tiap-tiap hari boleh bergayut dengan Z. Saya tak perlu takut kredit habis. Sentiasa lega sebab sentiasa update dengan cerita member-member. Boleh bergayut dengan member dengan tenang sekali walaupun member-member guna maxis. Saya memang malas nak taip mesej, suka call jadi habit ini tidak perlu dihadkan. Sentiasa relax je, tak risau kredit habis. Masa emergency pun, tak perlu risau. Disebabkan saya dan Z berhubung secara percuma, jadi RM50 ini adalah untuk rakan-rakan saya.
xoxo
8 komen:
saya pakai digi buddy. free je call n sms boypren.
tapi tak suke sbb lepas 10 hari kredit tamat tempoh. tepaksa topap jugak sbb salu kedit byk lg tempoh yg dah habis.
kesimpulannya sebulan rm30 kene topap. :D
hmmm...memang berbaloi...
@ miss B: digi memang saingan celcom dari segi penjimatan tapi dari segi coverage, memang susah nak percaya. hukhuk. Agaknya, kalau saya pakai digi prepaid tetap banyak habis kot sebab saya selalu berborak dengan kawan-kawan jugak~
@mama hani: kan..berbaloi sangat! semalam belek-belek bil, baru perasan yang saya call no celcom lain pun free jugak.
dear..now i follow u!hahaha..my plan to change to celcom akhirnye tercapai..so, nant2 i gayut ngan u oke? i pakai no laen..:)
wah..jaja~at last, guna juga postpaid. nanti bagi feedback kelebihannya ok!hu
aja, tukar no tak bagitahu kawan.cet~
p/s: banyak report kena sign la. nak muntah!
erm.. =) same. ok. Dhiera melegakan. =) smg YD dan family x dibebani lg dgn cas2 t'sembunyi sprti apa yg mxs buat pd kami dulu.. =)
Thanks 4 d sharing link too. =)
Solution kepada masalah Tarikh kredit expired adalah anda terus beli langganan 1 tahun.. lepas tu topup seperti biasa.. kompem walau pon ada topup RM5 je sampai 1tahun klau tak guna kredit tu takkan expired
nak tanya pasal simkad internet sila lawat blog sy
Catat Ulasan