Rabu, 27 April 2011

Dapat 15% diskaun kalau jadi follower PB

Salam pembuka bicara..

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ini dari hari pertama PB publish entri pasal ini tapi baru sekarang ada kesempatan.

Suka tengok-tengok dan baca-baca sambil cuci mata kat blog PB ini. Sebenarnya, dah lama jadi follower PB. Paling best sebab PB ini ada sediakan pakej untuk pasangan yang memang ada bajet yang sangat terhad. Jadi, bila PB nak offer bagi diskaun 15% bagi mana-mana perkhidmatan dia untuk seumur hidup mestilah tak mahu lepas kan peluang juga. hukhuk. Ini namanya penjimatan yang mengurangkan beban.


PB, saya pinjam banner ea.

Terima kasih PB.

xoxo

Selasa, 26 April 2011

3 perkara yang buat tersengih

Salam pembuka bicara..

Ada tiga perkara yang menggembirakan saya hari ini.

Pertama
Cuti saya telah diluluskan. hek. Itu pun nak kecoh. Maka, weekend ini saya dapat berhoneymoon dengan kawan-kawan saya secara aman dan damai lah. Sangat rindu pada kalian. hu. Sebenarnya setiap hari sabtu, saya memang bekerja tapi kerja half day lah. Tapi kan 2 Mei tu sepatutnya cuti tapi kami tetap kena bekerja. Masa itu, saya masih berhoneymoon lagi, tetap nak cuti.

sumber: google

Kedua
Z naik gaji. yippie! Boleh paw. hukhuk. Nak minta handphone baru boleh? Confirm kena lempang laju-laju. Ok. Rezeki orang nak kahwin boleh? Baru semalam Z kata nak buat part time, sekali hari ini dapat tahu naik gaji. wettt

sumber: google

Ketiga
Rupanya hari sabtu ini, saya akan ke Penang bersama Hajar, Ili, Sherin, Nida dan lagi sorang adalah surprise untuk kawan-kawan saya. Balik dari Penang mesti kena basuh kaw-kaw dengan Z sebab dia dah banyak kali cakap tak payah pergi. hukhuk

sumber: google
xoxo

Isnin, 25 April 2011

postpaid lebih baik!

Salam pembuka bicara..

Semalam saya bertumbuk berborak dengan seorang adik ni. Kami cerita mengenai postpaid dan prepaid.
Pada saya kedua-dua plan ini ada kebaikan dan kekurangan sendiri. Semuanya bergantung kepada penggunaan individu. Tapi saya memilih untuk menggunakan postpaid sebab lagi jimat. Semata-mata lagi jimat.

Dulu, masa guna prepaid, saya selalu tak faham kenapa orang kata postpaid lagi murah dan berbaloi dan sekarang baru saya faham.

Prepaid seolah membebankan saya.
Masa saya menggunakan prepaid, penggunaan wang yang saya guna kan untuk membeli topup adalah sebanyak RM100. Kadang-kadang lebih dari RM100 sebab saya selalu bersms dengan Z. Bercakap dalam telefon jarang-jarang sebab saya takut kredit habis. Kedekut gile la. Saya selalu dapat sms dari push mesej yang tak pasal-pasal tolak kredit saya. Walaupun, saya menggunakan celcom upax dan hotlink youth club yang sememangnya murah tapi perbelanjaannya tetap tinggi untuk orang yang macam kedekut seperti saya ni. huk

Dah cuba baru tahu


sumber: celcom


Sebelum mula nak guna postpaid, macam takut terbeban dan takut ada kos-kos tersembunyi. Tapi disebabkan ada yang kata lagi murah maka saya pun mencuba. Jadi saya beralih dari celcom upax ke celcom exec. Dalam masa yang sama, saya menggunakan plan celcom 1+5 sebab Z jadi macam supplementary line saya. Maka, setiap bulan kami wajib membayar sekurang-kurangnya RM65 dimana celcom exec yang saya pakai adalah RM50 dan Z yang menjadi sub-line setiap bulan perlu membayar RM15.

Buktinya


Setiap bulan kos bil yang perlu saya bayar adalah tidak melebihi RM53. Dan Z pula kebiasaannya tidak melebihi RM30. Dan ternyata penggunaan postpaid murah hampir separuh dari kos saya membeli topup. Dan Z juga akuinya. Kalau kita guna lebih, maka kita perlu bayar lebih. Oh ya, bil bulan 1 tu RM30 sebab bulan 12 tahun 2010, saya bayar lebih.


Berhubung dengan Z dengan percuma
sumber: celcom

Saya dan Z bole bercakap dan bersms tanpa sebarang kos. Segalanya adalah percuma. Walaupun, celcom ada had limit masa bercakap dan sms antara saya dan Z tapi had limit itu terlalu banyak bagi kami dan kami tak pernah guna sampai habis limit.


Peace of mind
Tiap-tiap hari boleh bergayut dengan Z. Saya tak perlu takut kredit habis. Sentiasa lega sebab sentiasa update dengan cerita member-member. Boleh bergayut dengan member dengan tenang sekali walaupun member-member guna maxis. Saya memang malas nak taip mesej, suka call jadi habit ini tidak perlu dihadkan. Sentiasa relax je, tak risau kredit habis. Masa emergency pun, tak perlu risau. Disebabkan saya dan Z berhubung secara percuma, jadi RM50 ini adalah untuk rakan-rakan saya.

xoxo

Sabtu, 23 April 2011

Tonsil bengkak dan demam.

Salam pembuka bicara..

Rasa macam kurang sihat hari ini. Macam biasa, kat tempat kerja ramai sangat patient sampai tak sempat nak duduk, tak sempat nak minum apatah lagi tak sempat nak rehatkan otak kejap.

Bila tekak dah semakin perit, asyik terbayang dapat minum minuman sejuk. Tak pasal-pasal sekarang, tonsil saya dah mula membengkak. Terasa besarnya bengkak ini. Boleh tak nak minta MC lama-lama sikit. hek.

Dulu masa sekolah, tonsil saya selalu bengkak. Tapi dalam tak suka demam malam, saya suka sebab dapat cuti lama-lama. Dalam pada tak suka kena makan banyak ubat (ubat tahan bengkak la, antibiotik yang ada 2 jenis, ubat sakit tekak lah, ubat kumur lah, macam-macam ubat ea), saya suka sebab dapat makan aiskrim. Antibiotik kena makan 2 jenis sebab antibiotik sebelum tu saya tak habiskan. Sadis bukan?

Oleh itu, kalau kamu di prescibe dengan antibiotik pastikan kamu habiskan antibiotik itu walaupun kamu rasa kamu sudah sihat walafiat ok!

sumber: google

Z pula demam, selesema dan batuk-batuk makin teruk. Sebenarnya, hari ini Z ada test dan interview di salah satu company worldwide. Company yang berasal dari India. Kalau dah nama company worldwide, basic salary dorang nak bagi memang 2 kali ganda dari gaji saya. Best ok dapat job yang offer high salary.

sumber: google

Cuba bayangkan, dalam pada tak sihat beliau sanggup pergi interview dan test tu. Kalau saya, saya nak tidur kat rumah sahaja. Tapi Z insist nak pergi, lagipun beban kat tempat kerja dia makin banyak semenjak eksekutif dia berhenti. Jadi, dia kenalah buat semua kerja eksekutif dia dan kerja dia sendiri. Lepas itu, asyik meeting je. Otak dia pun sudah tepu dengan meeting, meeting, meeting. Kalau sudah meeting, kerja sendiri yang banyak pun jadi terbengkalai. Jawab nya, bebanan kerja pun semakin meningkat. Kasihan encik kekasih.

Tapi disebabkan keadaan Z yang kurang sihat, dia tak lepas penilaian company ni. Kasihan sangat. Kasihan juga kat saya sebab baru berangan dapat demand dan minta macam-macam. *Materialistik giler la saya. Tapi hakikatnya bukan ok!* Tak pe Z, yang pasti rezeki kamu ada dimana-mana. Chaiyok!

xoxo

Jumaat, 22 April 2011

Jumaat: seronok atau penat?

Salam pembuka bicara..

Wordless friday.

sumber: google

Saya sangat penat. Dari pagi tadi, patient datang non-stop baru sekarang dapat merehatkan segala urat saraf, tulang dan kaki yang sudah perit berdiri. Kalau lah dapat tidur, best sangat.

Sumber: google

Back to work. Belum rehat lagi. Bye.

xoxo

Khamis, 21 April 2011

kilang baru yakult: kerja kosong

Salam pembuka bicara..

Kamu mesti kenal yakult kan? Antara minuman susu berkultur yang hebat di Malaysia. Kalau yakult ada buka kilang baru, maka adalah peluang pekerjaan baru bagi sesiapa yang mencari mana-mana kerja kosong sekarang ini.

Kalau betul-betul yakult buka kilang baru, saya lah orang nak lompat-lompat sambil terkinja-kinja memohon tapi kan tapi kan yakult tak mahu pun buka kilang baru kat Malaysia lagi kot. he. Saya sudah bosan dengan kerja sekarang sebab sebab m****** saya pemalas! Boleh tak bagi alasan macam itu? Bila ada patient kan dia suka, buat-buat busy. Padahal, masa itu saya ada 2 tray air kencing yang perlu saya analyze. Penat ok hadap air kencing banyak-banyak! Lepas tu, lepas tu, dia minta saya ambil darah patient lah, buat mesin test la. Padahal, dia tak ada kerja hanya menghadap hp samsung galaxy dia la, baca komik lah. mencik ok!

Sebenarnya, yakult sudah mula buat strategi marketing yang baru dimana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran ke depan pintu rumah, kedai dan lain-lain. Silalah percaya. Secara tak langsung, mereka membuka peluang pekerjaan yang baru kan?



Percaya atau tidak, saya pernah pergi ke kilang Yakult sebanyak dua kali? Yang pertama melalui Sekretariat Keusahawanan Kolej 17 UPM, yang kedua melalui subjek Food safety kat fakulti tu.

Percaya atau tidak, lawatan ke Yakult mengikut subjek wajib program saya itu masuk dalam exam final. Adalah dalam 5 soalan yang keluar. Soalan paling mudah adalah, nama bakteria yang terdapat dalam minuman berkultur ini. Haruslah boleh jawab sebab dalam iklan kan selalu sebut bakteria lactobicallus shirota.

Percaya atau tidak, kalau pergi ke Yakult mereka hanya beri sebotol yakult kepada setiap seorang?

Percaya atau tidak, saya masih suka vitagen dari yakult sebab vitagen kurang manis berbanding yakult?

Teringat cerita family outing (korean show) yang mana ada perkhidmatan penghantaran susu yang dalam botol kaca ke depan pintu rumah dan perkhidmatan mengutip botol susu tersebut.

psstt..kan saya dah cakap semalam Z mesti marah kat saya kalau dia tahu saya beli mekap. Dah kena marah pun pagi tadi. Ayat dia semuanya tanda seru. Nak tahu pasal mekap apa? [klik sini]

xoxo

Rabu, 20 April 2011

diana2u buat clearance stock!

Salam pembuka bicara..

Semalam saya bercuti. yeay! Perak sahaja yang bercuti ye.

Dan semalam saya dapat satu parcel dari diana.

Diana ada buat clearance stock. Rasanya, masih ada clearance stock lagi kot. Oleh itu, setelah godek-godek saya berkenan dengan satu make-up pallette ni. Maka, apa lagi mesej diana cakap nak order, isi form dan terus bayar. Kemudian, tunggu lah parcel sampai.

Kebetulan memang nak beli eyeshadow tapi masalahnya tak tahu nak pilih yang mana sebab biasanya ada jual dalam satu atau dua warna je. Saya fikir kalau dapat yang banyak-banyak ni pun ok juga. Plus, ada blusher jugak. Buat tambahan 6 blusher sampai jumlah terkumpul 9 warna. hoho. Tamak haloba. Z tahu memang berdarah telinga kena membebel nanti.

Treaser sikit ea.



Puas hati dengan warna eyeshadow ini. Suka sebab banyak matte eyeshadow dari shimmer eyeshadow. Kalau kamu berminat nak tengok-tengok atau berblogshopping boleh lah [klik sini.]

xoxo

Rakam video dapat RM1k!

Salam pembuka bicara..

Semalam Perak bercuti, hari ini kena bekerja balik. aish.. Saya jadi seperti mempunyai tahap kemalasan melampau.

OK. Sebenarnya nak bercerita mengenai contest yang dianjurkan oleh seminute.com. Dah banyak kali nak tulis pasal entri ini tapi asyik lupa saja.


Seminute.com ada adakan satu contest "Rakaman video pendek sudikah awak mengahwini saya". Tapi pertandingan ini terhad kepada ahli seminute.com sahaja. Sebenarnya, saya ada minta Z masuk pertandingan ini. Tapi dia tak mahu sebab katanya malu lah. Sabar aje lah. Tiba-tiba jadi pemalu. ceh.

Sebenarnya pertandingan ini telah berlansung dari 14 februari hari itu dan akan tamat pada 14 jun nanti. Kalau kamu nak join, sempat lagi ini. Masih ada 2 bulan lagi untuk terima vote yang banyak-banyak. Oh ya, pemenang akan ditentukan dengan undian yang terbanyak!

Macam mana cara nya?

1. Mestilah ahli seminute.com
2. Rakam video "Sudikah awak mengahwini saya?" yang panjangnya selama 1 minit (maksimum) dan bersaiz maksimum 3MB.
3. Muatnaik video dalam seminute.com.
4. Hebahkan video ini untuk mendapat undian yang terbanyak.

Oh ya, kamu boleh buat banyak mana video yang pasti haruslah berlainan. Pemenang akan diumumkan pada 1 Julai dan akan menerima wang tunai sebanyak RM 1000. Banyak kan? Boleh tanggung baju untuk sanding nanti! he.

Kalau sebelum ini, kamu malu-malu nak luahkan perasaan kepada si dia, kamu boleh lah luahkan dalam video ini. Selamat mencuba dan berjaya dalam seminute.com.

*sumber: seminute.com

xoxo

Selasa, 19 April 2011

Bunga ros dari kertas

Salam pembuka bicara..

Sempena hari lahir Z yang lepas, saya tak tahu nak hadiahkan apa pada Z. Maka, terdetik nak buat kan Z kad memandangkan saya memang tak pernah bagi apa-apa kad pada dia.

Hasilnya adalah ini.

*sila abaikan kualiti gambar henpon murahan ini.*

Bunga-bunga yang ada atas itu, saya buat menggunakan crepe paper dan dibentuk kan menjadi bunga ros. Idea asal nak susun ros crepe paper ini jadi nama Z tapi tangan saya laju saja jadikan bentuk ini. Sabar aje la.


Rasanya, luaran kad sahaja yang nampak menarik. Dalam kad, saya memang tak tahu nak buat apa. Sadis kan? Beberapa hari saya fikirkan apa yang patut ditulis dan diolah dalam kad ini.

Jadi ini lah hasil daripada ketandusan idea saya. Sedikit comot tapi cukup dihargai oleh Z. Maka, saya suka. yeay!


Untuk memudahkan kerja saya, saya terus menggunakan sticker paper. Maka, tangan saya tak perlu comot dengan gam. Tapi kesilapan saya adalah dalam memilih warna sticker paper kerana warna merah itu tidak begitu menyerlah dan nampak kusam sahaja. Idea asal nak guna warna hot pink tapi tak jumpa pula. Sebab itu tiba-tiba jadi macam-macam warna ada atas kad ini semata-mata nak jadikan ia sedikit ceria. *dush*

Tulisan yang sah-sah dah malas

Nak bagi wish pun saya tak tahu tulis ape. Kesian kan?

Tapi kad ini boleh digantung. Memang saja buat begini dengan niat Z harus gantung dan tatap tiap-tiap hari walaupun buruk~


Kamu harus tahu, senang sahaja nak buat ros crepe paper ini. Yang penting kesungguhan. Walaupun buruk tapi tetap cantik sebab kamu ikhlas.

Oh ya, saya tak ingat mana saya jumpa toturial asal untuk buat ros yang macam ini sebab tutorial tu saya jumpa tahun lepas. Btw, kalau yang martha steward punya toturial saya ingat lah. Boleh klik sini.

xoxo

Isnin, 18 April 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

Salam pembuka bicara..

Hari ini saya nak join lagi satu giveaway tapi dari Miszlullaby.

Saya memang suka baca blog beliau. Haruslah blog beliau ada cerita pasal mekap dan hal-hal gadis mestilah minat kan.


Jom la join juga dan katam kan blog beliau. [klik sini]

Saya nak tag.
Good luck untuk semua.

xoxo

Sabtu, 16 April 2011

Jom rasa kek lapis sarawak!

Salam pembuka bicara..

Ada sesiapa yang teringin nak makan kek lapis sarawak tak? Kamu nak makan kek lapis sarawak yang sedap tak? Kat sini kan ada jual kek lapis sarawak yang sedap taw. [klik sini]

Semalam kan sampai-sampai rumah ada satu parcel atas nama saya. Excited la.

Sekali itu, mak saya balik dari ambil adik saya yang pergi kelas tambahan terus masuk rumah, suruh cepat-cepat buka parcel tu sebab dia tahu mesti ada kek lapis sarawak dalam parcel itu.

Apa lagi layan gambar la. eh, tapi gambar ini dari website kek lapis ni. Sebab saya lupa nak transfer gambar yang tangkap semalam.

Saya beli.
1. kek lapis coklat chip

2. kek lapis peppermint

3. kek lapis masam manis

Z pula beli.
1. Kek lapis cadbury

2. kek lapis peppermint yang sama macam saya juga.

Semua kek ini sangat sedap especially kek lapis sarawak peppermint itu. Sangat marvellous tahu.
Ingat taw, kalau nak beli kek lapis, yang peppermint tu sangat recommended ok! Mak saya sampai tak bagi habiskan sebab dia kata kalau habiskan hari ini, besok tak dapat makan lagi. Sabar je la.

Harga pun murah je. Kalau nak beli contact la en mizie ni. [klik sini] hu. Dia pun blogger juga.

Dorang pos guna nationwide. Cepat je sampai rumah. Mak saya kata parcel tu datang sekali dengan teksi. Apa lagi cepat lah beli. Beli taw!

xoxo

Khamis, 14 April 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway

Salam pembuka bicara..

Agak lewat juga saya buat entri untuk GA ini. Nasib belum tamat lagi.

Thanx ya una sebab tag saya. *akak sepatutnya*


Saya nak tag semua blogger yang baca entri ini ya!

Nak tahu lanjut, klik sini

xoxo

Rabu, 13 April 2011

mengapa wanita sangat istimewa

Salam pembuka bicara..

Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah, setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri. Kalau lelaki mengakui kebenaran ini, hormat dan hargailah mereka untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.
sumber: google

Ini entri sharing. Saya dapat daripada facebook.
_________________________________________________________________________
Mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata "..i letih la..dah lewat ni, i nak tidur lah.."
 Mama pun pergi dapur untuk menutup tingkap dapur, nanti masuk pula lipas.. leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

sumber: google

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...sembahyang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

sumber: google

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
___________________________________________________________________________

Bulan depan adalah hari lahir mak saya. Bulan depan juga hari ibu.

xoxo

Selasa, 12 April 2011

Kaji selidik mengenai dadah. [silalah isi]

Salam pembuka bicara..

Masa saya berblogwalking terjumpa satu blog yang buat entri mengenai dadah.

Rupanya agensi antidadah malaysia (AADK) ada buat satu survey. Jom ramai-ramai buat survey ini. Mungkin dari survey ini, AADK dapat buat dan anjurkan program yang lebih baik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai dadah sekaligus mengelakkan bekas-bekas penagih dadah in terus didiskriminasi.

Oh ya. Tujuan kaji selidik ini adalah untuk meninjau dan menilai pengetahuan, kefahaman dan persepsi masyarakat tentang ancaman dadah di Malaysia.

Saya dah buat tahu. Buktinya.


Kamu pun buat lah juga ye..klik sini.

xoxo

Isnin, 11 April 2011

Ucapan terbaik untuk pengantin baru

Salam pembuka bicara.

Selalu kita dengar atau kita ucapkan kepada pengantin baru dengan ucapan seperti ini:

1) Selamat pengantin baru
2) Semoga kekal sepanjang hayat
3) Semoga bahagia ke anak cucu

Gambar dari entri ini

Tidak dinafikan ucapan sebegini telah menjadi ikutan dalam masyarakat kita. Malah, saya sendiri selalu menggunakan ucapan seperti ini sebab tak tahu nak tulis apa. Dari pemahaman saya, macam tak ada salahnya pun tapi sebenarnya ucapan seperti ini agak bertentangan dengan ajaran Rasulullah.
Mari imbas kembali ke sejarah di zaman baginda Rasulullah,

Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,

"Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya,

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,

“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

*Dipetik dari Blog MyJodoh

Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin.

Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah.

1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?


2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan.

Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.

Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita.

Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.

Wallahualam.....

* Ini adalah entri yang diambil dari blog anis. Sumber asal dari blog wanwma.

xoxo

p/s: nak tengok antara adat minangkabau dalam majlis perkahwinan. [klik sini]

Jumaat, 8 April 2011

Jangkitan KOLONY.com hari ini

Salam pembuka bicara..

Laman sosial KOLONY sepatutnya akan dilancarkan hari ini.

Maka, pagi-pagi lagi (selepas habis calibrate mesin di tempat keje) saya terus buka laman sosial ini. Tapi ini yang keluar. Pada jam 08:22 am ye.


Jadi, saya masukkan lah alamat emel saya. Hasilnya adalah ini.


Hati saya menyatakan laman sosial ini mungkin bukan khas untuk pengguna celcom sahaja.

Apa kata, yang bukan pengguna celcom cuba letakkan alamat emel kamu juga. Sama-sama kita tunggu ye.

xoxo

Khamis, 7 April 2011

Resepi: Kek red velvet

Salam pembuka bicara..

Tiba-tiba, ada mood untuk tulis cara nak buat red velvet cake. Sebab baru saja kejap tadi order kek lapis sarawak dengan encik mijie.

Jom layan gambar dulu. Biar kamu terliur tengok.


Cara-cara nak buat kek ini agak panjang. Kalau kamu rasa berminat untuk buat sendiri atau nak simpan resepi ini buat kenangan, feel free to emel saya. Lagi mudah daripada kamu salin panjang-panjang. Resepi khas yang di datangkan dari UPM oleh ex-roomate saya.

Bahan-bahan untuk buat sebiji kek.

Bahan A: kek
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko (van houten)
2 oz pewarna *kalau tak tahu oz, agak-agak saja.
1/2 cawan butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk (suhu bilik) *boleh juga buat sendiri. kalau nak, emel saya atau tinggalkan emel kamu di ruangan komen.
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/ baking soda

Bahan B: Cream cheese frosting
2 buku cream cheese (dilembutkan)
1/2 cawan butter (dilembutkan)
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula icing (diayak) *kalau tak suka manis boleh kurangkan, saya mesti kurangkan

Cara buat kek
1. Sapukan butter pada 2 loyang bulat atau 3 loyang bulat yang sama saiz
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius
3. Ayak tepung kek + serbuk penaik.
4. Dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga pes tidak berketul.
5. Dalam satu bekas besar, pukul butter + gula sehingga kembang.
6. Masukan telur satu persatu dalam bekas besar.
7. Masukan esen vanila + pes koko merah dan gaul dalam bekas besar.
8. Perlahankan mixer. Masukan 1/3 daripada tepung dan pukul rata.
9. Kemudian masukan 1/2 daripada buttermilk dan pukul rata.
10. Ulang langkah 8 dan 9.
11. Campurkan cuka + baking soda dalam bekas kecil. Nanti akan berbuih.
12. Cepat-cepat campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukan dalam loyang dan bakar.
13. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit.

* Kek ini moist, jadi kena cek awal. Bila cucuk dengan lidi dah bersih, keluarkan dari oven.
* Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang.
* Pastikan kek sudah betul-betul sejuk baru letak frosting

Cara buat cream cheese frosting
1. Pukul butter + cream cheese sampai halus
2. Perlahankan mixer dan tambah gula icing + esen vanila

Untuk letak frosting
1. Terbalikan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas.
2. Sapu frosting di bahagian rata kek. *Lagi tebal lagi sedap
3. Letak kek yang kedua ata kek tadi. Bahagian rata menghadap bawah.
4. Sapu frosting di seluruh kek.

Kek ini sedap kalau sudah masuk dalam peti sejuk dan keluarkan sekejap bagi dia tak keras, baru makan.

Cubalah buat kek ini ye kawan-kawan. Jangan lupa beritahu hasilnya. he

Pada kamu yang nak makan kek lapis sarawak boleh lah order dengan encik mijie ini. [klik sini]. Nak order untuk apa-apa majlis sebagai door gift pun boleh. Tanya je dengan encik mijie ni. he.

Nak tahu entri kek yang lain. [klik sini] Kek murah-murah tahu.

xoxo

Rabu, 6 April 2011

Teka-teki lambang misteri: terjawab!

Salam pembuka bicara..

Ingat tak entri saya semalam, lambang pelik ketika iklan. [klik sini]

Akhirnya sudah terjawab pun teka-teki ini, buat gempak aja ok!


Inilah lambang yang buat orang kecoh terlampau.

Sebenarnya, ini memang salah satu advertisement daripada celcom. Celcom sekarang ini nak buat laman sosial mungkin macam facebook. hu. Tak ape yang penting kita dapat berhubung dengan rakan-rakan kita kan?

Laman sosial ini bernama KOLONY. Laman ini masih lagi dalam countdown. Saat saya menulis entri ini ada lagi 1 hari 7 jam. Macam mana kehebatan laman sosial ini, kita sama-sama countdown ok! Tapi ia terhad untuk pengguna celcom sahaja. Harap maklum.

Siapa di sini pengguna celcom? Sila angkat tangan.

Saya pengguna celcom tegar dari tingkatan 3 ok! Maknanya, sudah 9 tahun saya setia bersama celcom. Dari rate mahal sampai rate murah gila. Dari saya guna postpaid kemudian ke prepaid dan ke postpaid kembali. *tapi saya pengguna sampingan maxis yang telah 6 bulan tidak bertopup*

xoxo

Selasa, 5 April 2011

Lambang pelik ketika iklan

Salam pembuka bicara..

Kamu semua perasan tak ada lambang pelik masa iklan ditayangkan kat TV. Lambang yang macam radioaktif tu. Saya memang perasan ada lambang pelik itu setiap kali iklan. Sampai terfikir, ada kaitan ke dengan freemason. he. Kebenarannya memang saya tak pasti.

Maka, malam tadi saya pun cuba google. Mencari apa-apa maklumat yang berguna mengenai lambang ini.

Lambang dia macam ini taw.

sumber: blog ini

Dalam iklan dia warna oren dan ada bunyi-bunyilah. hu

Antara entri yang mungkin dapat meringankan pencarian kamu. (dapat puaskan ke?)


Saya masih tak puas dengan pencarian ini. Ada sesiapa dapat jelaskan dengan lebih lanjut?

Penjelasan yang lebih jelas mungkin disini. [klik sini]

Sebenarnya banyak lagi..tapi takat ini saja lah saya kongsi. Tapi daripada 3 laman yang saya bagi itu, kamu boleh dapat banyak lagi maklumat lain.


xoxo

Ahad, 3 April 2011

Pembunuhan bersiri di KL. (gempar!)

Salam pembuka bicara..

Membunuh itu haram ye. Kalau membunuh dengan sengaja maka hukumannya adalah qisas (bunuh dibalas bunuh) kecuali setelah dimaafkan oleh waris mangsa, pesalah akan dikenakan diyat.

Ada satu kisah pembunuhan bersiri di Kuala Lumpur yang baru-baru ini saya baca. Untuk mencari siapaakah pembunuh tersebut, pihak polis sehingga memerlukan bantuan pakar bahasa untuk mengenali dan analisis sikap pembunuh.

Inilah cerita dari sebuah novel yang saya baru khatam minggu lepas. Nama novel itu: Labyrinth. Ini adalah novel thriller. Permulaan novel agak lambat tapi selepas itu makin menarik.


Tapi sinopsis belakang cerita ini macam kurang menarik. 

Pembunuh bersiri itu menggunakan pedang samurai dan memecahkan kepala mangsa dengan tukul sampai berkecai. Kejam sangat kan pembunuh tu. Semua hint dan klu dalam penyelesaian kes akan dibunuh sehingga polis hilang tujuan untuk mencari. Dan paling tidak disangka pembunuh itu adalah salah seorang yang terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. *haruslah dia tahu macam mana nak hilangkan klu*. Mangsa 
pembunuhan adalah orang yang terlibat dalam rasuah.

Nak tahu lanjut? Silalah beli novel ini. he

xoxo

Jumaat, 1 April 2011

Saya tunang orang??

Salam pembuka bicara..


Tajuk macam nak gempak saja kan? Tapi saya rasa perkara patut dikongsi sebab saya sendiri pun baru tahu. Yang pasti, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


Maksud bertunang dari segi syarak
Dari segi syarak adalah lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada perempuan. Apabila perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Walaupun dalam telefon dan tanpa pengetahuan ibu bapa perempuan!
Macam mana kalau ada lelaki lain masuk meminang?
Haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Orang Melayu kan selalu hantar rombongan meminang?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
 

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."

Sumber: bertunang tanpa sedar [klik sini]

xoxo