Isnin, 28 Februari 2011

Satu cerita seram dan satu cerita perang

Salam pembuka bicara...

Saya nak share dua cerita. Satu cerita seram dan satu cerita perang.

Cerita pertama.

Cerita seram ini memang sangat buat saya tertunggu-tunggu dari penulis. Lif berpenghuni. Itu tajuk dia. Saya dapat tahu mengenai cerita ini masa berblogwalking. Terus ada perasan nak tahu. Mungkin ramai yang dah ikut cerita-cerita dari penulis.


Tekan pada gambar untuk paparan besar. Cerita penuh boleh tekan pada link ini.

Cerita ini buat saya sangat ternanti-nanti untuk tahu episod seterusnya.

Cerita kedua.

Cerita mengenai peperangan di Iraq. Keteguhan seorang wanita demi mendidik kanak-kanak yang terpinggir di Iraq supaya terus mendapat pendidikan yang sepatutnya. Cerita ini melalui novel. Hasil karya Khairyn Othman. Bertajuk Zahrah de Tigris. Tigris itu adalah nama sungai Tigris yang terletak di Baghdad.

Dalam cerita ini, wanita tegar ini mempunyai blog dengan menggunakan bungatigris.blogspot.com. Paling tak sangka, blog ini memang betul-betul wujud. huu.



Buku ini adik saya yang perkenalkan. Mula-mula, saya tanya best sangat ke cerita tu. Tapi saya rasa macam tak best sebab sudah beberapa hari saya nampak dia baca tapi tak habis-habis. Pagi tadi gatal tangan nak baca. Terus nak baca sampai tak reti nak berhenti. lalala

Kamu semua kalau nak cuba novel yang berunsur yang agak kelainan boleh lah cuba baca novel ini? Atau ada antara blogger yang sudah khatam buku ini.

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Sabtu, 26 Februari 2011

ini amaran keselamatan dari PDRM

Salam pembuka bicara..

Satu lagi emel yang saya terima. Tapi emel ini lagi lama dari emel mengenai diskriminasi dalam pekerjaan tu. [Sila klik tajuk untuk membaca] Emel ini mengenai cara rompakan yang terbaru.

Silalah baca untuk pengetahuan kita bersama dan bagi keselamatan kita juga.
.................................................................................................................................................................

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan-kawan ku tentang masalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai-bagai cara untuk merompak kita..

Berhati-hati semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta di parking awam. Semasa nak balik ke rumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa-rupanya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )"

Sedarlah semua! Tolong sebar-sebarkan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan
pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Tolong sebarkan/email pada pada rakan-rakan
.................................................................................................................................................................

Sudah baca? Harap dapatlah kamu sebar-sebarkan untuk keselamatan bersama. Sejak saya dapat emel ini, sebelum saya masuk kereta saya akan lihat di cermin belakang dan cermin depan kereta. Setakat ini, belum pernah ada kertas melekat di bahagian belakang kereta. Tapi memang sangat selalu ada kertas di bahagian cermin hadapan kereta samada saman parking atau pun flyer-flyer dari kedai-kedai. he

Kamu dah bayar saman PDRM belum?

xoxo


p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Jumaat, 25 Februari 2011

MATTA FAIR kembali..

Salam pembuka bicara..

Selepas habis promotion big sale dari Air Asia pada 27 Februari ni, MATTA FAIR pula akan kembali.

Pada kamu yang merancang untuk bercuti antara September 2011 sehingga Februari 2012, cepat-cepat grab tiket sekarang. Kalau agak-agak, ada kawan nak kahwin hujung tahun ini, boleh lah hadiah kan tiket penerbangan kat mereka. Saya pernah sekali je hadiahkan tiket penerbangan sempena perkahwinan kawan saya. Tapi hadiah ini tak boleh lah nak buat surprise sangat. Kena inform bakal pengantin sebab kita perlu nombor kad pengenalan mereka. hu.

Ada sesiapa tak nak hadiahkan saya tiket penerbangan bila saya dah kahwin nanti? he.

Kalau kamu suka berjalan-jalan seperti saya, kamu hars pergi MATTA FAIR. Sebab kat sini boleh dapat harga perlancongan dan pakej yang superb murah dari biasa. hu. Dengan syarat kamu harus pandai mencari!

sumber: ammboi.com

Yang tak berminat? Apa salahnya kalau anda berkunjung kesana terlebih dahulu. Kemudian tepuk dada, tanyalah minda.


Date : Mar 11 - 13 2011

Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Contact : Ms Aisya or Ms Salbiah
Phone : 60392876881
Fax : 60392876881
Email : salbiah@matta.org.my
Website : http://mattafair.org.my/

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Khamis, 24 Februari 2011

diskriminasi dalam pekerjaan

Salam pembuka bicara..

Beberapa hari yang lepas saya dapat emel mengenai diskriminasi dalam pekerjaan.

Cubalah baca isi kandungan emel ini. Kemudian, kita bincang ea. Silalah beri pendapat kamu!

................................................................................................................................................................

Sedar atau tidak diskriminasi didalam dunia kerjaya di Malaysia ini masih berlaku samada secara anda sedar mahupun tidak.

Beberapa hari lalu, seorang sahabat saya mendapat panggilan temuduga di salah satu syarikat terkemuka di Malaysia. Segalanya berjalan lancar semasa ujian bertulis, tetapi bertukar menjadi sesuatu yang sukar diterima semasa proses interview/temuduga bermula.

Polisi syarikat yang tidak mahu mengambil pekerja yang mempunyai pointer/cgpa kurang dari 3.0 menyebabkan beliau hanya sempat berada tidak kurang dari 2 minit didalam bilik penemuduga.

Ini benar-benar dikesali kerana jikalau semua syarikat di Malaysia ini mengguna pakai polisi yang sama dimanakah kedudukan graduan-graduan kita yang mempunyai CGPA kurang dari 3.0? Ini belum termasuk dengan syarat-syarat tidak masuk akal seperti perlu mahir berbahasa mandarin,tamil dan sebagainya.

Adakah mereka-mereka ini tidak layak? Jikalau tidak layak mengapa mereka dipanggil untuk menghadiri temuduga? Adakah mereka yang berada di bawah 3.0 bukan seorang pemegang ijazah, diploma dan sebagainya?
..............................................................................................................................................................
sumber: google

Sejujurnya, saya memang kurang sedar mengenai perkara ini (berkaitan CGPA) mungkin disebabkan saya dan rakan-rakan saya kesemuanya mendapat CGPA melebihi 3.0. Tapi saya rasa perkara sebegini mungkin salah satu punca mengapa ramai yang masih belum bekerja. Sejujurnya juga, saya mengetahui ramai yang belum bekerja pun hanya dari media massa. Kebanyakkan rakan-rakan saya semua sudah bekerja dalam tempoh sebulan selepas habis belajar. Lebih tepat 4 bulan sebelum kami menghadiri majlis konvokesyen. Malah, ada antaranya sebelum habis belajar juga sudah mendapat pekerjaan.

Maka, mengenai hal ini saya memang tak berani nak cerita panjang.

Tapi yang saya sedar yang memang wujud diskriminasi dalam penguasaan bahasa. Kini, bahasa mandarin sangat memainkan peranan. Bila pergi interview, pasti akan ditanya hal ini. Malah, dalam iklan yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat juga menetapkan penguasaan dalam bahasa mandarin. Bagi mereka yang lurus bendul, pasti akan menekan pangkah untuk menutup website tersebut. Tapi bagi mereka yang hendak mencuba nasib, mereka akan tetap memohon di syarikat tersebut.

Apa pendapat kamu?

xoxo

p/s: jangan malu-malu tekan nuffnang dan HB saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Rabu, 23 Februari 2011

Otak bercelaru

Salam pembuka bicara..

Maaf hari ini saya tak dapat berblogwalking seperti biasa. *tarikh entri ditaip pada 22 Februari 2011* Selalunya saya akan menulis entri sehari awal dari tarikh entri dipublish. Saya akan cuba melawat kawan-kawan semua.

Hari ini hari yang sangat sibuk pada saya. Malah, otak saya asyik berligat memikirkan pelbagai perkara. he. (poyo je ayat).

1. Pagi tadi ada pesakit datang buat saringan kesihatan. Cubaan pertama untuk mengambil darah gagal kerana pesakit jadi pucat dan mahu pitam. Maka, tindakan awal bagi menggelakkan pesakit dari pitam membuatkan saya dan collegue saya agak serabut sebab ini kejadian pertama setakat ini.


Make Your Own Gifts Here



2. Saya ada perancangan untuk bercuti di Labuan dengan ex- housemate-housemate saya semasa di UPM dulu. Maka, pagi tadi kami bermesej dan bertelefon-telefon serta ber'ym-ym' sehingga keputusan muktamad dicapai. Hasilnya, kami membeli tiket air asia ke Labuan pada harga RM65 pergi dan balik. Mood: happy! Yeay!

3. Saya ada satu lagi perancangan dimana untuk bercuti di Penang. (ee..apa ni! nak simpan duit untuk kahwin tapi asyik nak bercuti je). Bercuti itu perlu bagi mengurangkan tekanan saya. he. Kamu ada idea tak di tempat menarik untuk saya lawati dan tempat tinggal yang berbaloi di Penang?

4. Petang tadi, ada seorang kakak ni bawa anak dia dan mengadu masalah yang dialami anak dia. Dia minta saya bagi pandangan tapi saya takut nak memberi cadangan yang sepatutnya sebab saya bukan doktor. Saya nasihatkan beliau supaya beliau mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Tapi beliau tidak mahu kerana beliau sudah 6 kali berurusan di hospital kerajaan mengenai masalah anaknya. Malah, berjumpa doktor di klinik swasta pun beliau tak mahu. Dan akhirnya, beliau memilih untuk melakukan beberapa ujian darah dan jantung.

All new #PizzaHut . New dishes. New flavours. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!

5. Majlis Daerah Tanjung Malim ada telefon beritahu mengenai bayaran pelekat parking. Mereka bagi less RM20. Ok la. Daripada sebulan saya kena saman sampai RM60. (average)

6. Minggu ini kena bawa kereta slow-slow dan tanpa air-cond sebab nak bagi minyak tahan untuk seminggu sehingga gaji.

7. Ini lagi stress. Cepatlah gaji! Poket makin nipis ni. Tak seronok bila sudah kerja sebab kena buat saving sendiri. Masa belajar dulu bila tak ada duit boleh minta kat mak ke ayah ke. Walaupun ada duit pinjaman, tiap-tiap bulan mak ayah tetap bagi duit. Sekarang bila sudah kerja, nak minta duit tapi malu. Tak patut la kan? Macam awal bulan bagi mak duit, hujung bulan nak minta balik.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8. Bila nak naik gaji lagi ini. hu. Padahal baru je confirm kerja. Baru je naik gaji, sudah berharap untuk naik gaji lagi. *saya tetap bersyukur*

xoxo

p/s: silalah tekan nuffnang dan HB saya. Saya tengah kumpul duit kahwin ni. Terima kasih~

Selasa, 22 Februari 2011

Jom sertai faceblog

Salam pembuka bicara..

Ini adalah entri promo. Saya hanya copy dan paste dari faceblog. Mari para blogger semua kita sertai group komuniti ini.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG.

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK.

SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


TERIMA KASIH
Saya sudah sertai. Kamu bila lagi?

xoxo

p/s: rajin-rajinlah tekan nufnang dan HB saya. Saya tengah kumpul duit kahwin ni. Sumbangan kamu amat saya hargai~

Isnin, 21 Februari 2011

tema majlis perkahwinan

Salam pembuka bicara..

Semalam ada seorang kawan minta saya cadangkan pada dia warna tema bagi majlis perkahwinan dia. Saya pastinya tak akan cadangkan warna tema yang saya impikan untuk majlis saya. Walaupun sebenarnya lama lagi. he.

Saya tak cadangkan warna gold sebab seorang sahabat saya, cik ili akan gunakan warna gold untuk majlis dia. Maklumat warna gold ini adalah maklumat yag saya tahu buat masa inilah. Tak tahulah kalau tiba-tiba bertukar!

sumber: google

sumber: google

Lagi satu warna yang saya tak cadangkan adalah krim sebab masa majlis perkahwinan seorang sahabat kami, dia menggunakan warna ini.

sumber: safyah ihsan's facebook

sumber: google

Oleh kerana, majlis pertunangan beliau menggunakan tema oren dan hijau.

sumber: ct hajar's facebook

sumber: ct hajar's facebook



Maka, saya cadangkan warna:
a) aqua blue + white
sumber: google

sumber: google

b) blue (light blue /torquise /aqua blue) + purple
sumber: google

sumber: google

c) blue + pink
sumber: google


Baru saya tersedar cadangan di atas kesemuanya bersumberkan biru. Dan tiba-tiba, saya mencadangkan kuning warna diraja. Dah kata raja seharikan?

sumber: google

sumber: google

xoxo

p/s: silalah klik-klik pada nuffnang dan heartbeat. saya tengah kumpul duit kahwin ni. terima kasih.

Sabtu, 19 Februari 2011

Alasan pemandu jadi berhemah!

Salam pembuka bicara..

Semalam balik dari kerja, hujan sangat lah lebat sampai tak nampak jalan. Selalunya situasi macam ini saya selalu alami ketika ulang alik Tanjung Malim dan Ipoh bulan Oktober sampai November tahun lepas. Sebab masa ini musim hujan. Biasanya bila sampai dekat area Tapah dan Gua Tempurung mesti hujan lebat sangat sampai ada sesetengah pemandu pasang emergency signal.

Waktu-waktu macam ini pemandu-pemandu di Malaysia jadi seorang yang sangat berhemah. Nak tahu kenapa? Sebab:

1. Semua orang bawa kereta perlahan-perlahan. 
Paling laju pun takat 60 km/j. Saya lah tu. Tak nampak jalan okeh!
Tapi kalau tak hujan, saya lah yang suka bawa kereta laju-laju sampai Z selalu pesan,
Z: nak pergi mana sibuk sangat bawa laju-laju
Saya: kereta saya viva cc pertengahan, kalau naik bukit kena lah bawa laju baru lah dia pick up

sumber: google

Kalau bawa nenek saya, nenek akan cakap
Nenek: la, kakak bawa 110 km/j. Patutlah nenek asyik tekan brek angin je
Saya: ala nenek, bukan laju mana pun. kereta tu lagi laju~

2. Masa hujan macam inilah semua orang ikut jarak kenderaan yang selamat. 
Kalau tak, bawa kereta macam nak cium bontot kereta kat depan. Lagi teruk, ada yang main cucuk-cucuk kereta orang.
Saya: Bang, kalau nak potong-potong aja lah. Ke nak ajak saya main speed underground

sumber: google

Z lah tu yang suka bawa kereta macam nak cium bontot kereta orang lain. Lagi seram kalau dia buat dekat bontot lori. Kalau guna kereta saya, memang dah jerit-jerit suruh dia turun sekarang.

3. Masa macam inilah cari kereta yang pasang emergency signal. 
Sebab rasa macam secure sikit. Tapi kereta sendiri tak reti-reti pasang emergency signal.

sumber: google

Ayah: Kalau hujan lebat sangat, berhentilah kat mana-mana dulu. Berhenti kat tepi jalan ke sampai hujan dah reda sikit dan boleh nampak jalan ok sikit, barulah gerak balik.
Saya: Tak boleh ayah. Dah starving gila ini. Nak balik makan nasi lauk mak masak. Masakan emak paling terbaik!

4. Masa hujan inilah ada yang tak nampak traffic light sudah tukar warna hijau.
Kena bagi hon sikit pada mereka. Paling tidak, mereka tak nampak sebab hujan lebat sangat. Mereka betul-betul pemandu berhemah.
sumber: google

Saya: bang ooo kak, jalan lah. Saya dah penat nak tukar-tukar gear dan tekan-tekan clas. 
(Dari jauh dah bawa slow dengan harapan kejap lagi traffic light jadi hijau)

5. Masa hujan lah ramai pemandu yang pakai seat belt.
Masa inilah kena berjaga-jaga lebih sebab kebanyakan accident berlaku ketika hujan. Jalan licin kan? Amaran: jangan main brek waktu ini, nanti kalau brek kamu sudah jammed kan susah. Kamu nak landing kat mana? Rumput pun basah.
sumber: google

Saya: waktu hujan lah polis jarang buat road block. tak payah kelam-kabut tarik seat belt bila ada road block. he.

xoxo

p/s: silalah klik pada nuffnag saya. saya tengah kumpul duit untuk kahwin ni.

Jumaat, 18 Februari 2011

Rasa bertuah yang bajet kasihan

Salam pembuka bicara..

Entri mengenai GA lagi~ tapi GA ini sudah tamat. Malah, pemenang pun sudah diumumkan. Nak tahu siapa yang menang?

ehem ehem..

Yang pasti bukan saya. he.

Cuma saya rasa agak bertuah. Almaklum lah, saya tak pernah pun menang apa-apa GA. Malah, lucky draw dalam apa-apa majlis atau annual dinner pun tak pernah dapat. Bajet sangat kesian.

Tapi saya rasa agak bertuah sebab tercalon dalam top 10. he. Tak pernah dapat kan, kira masih bertuahlah sebab termasuk dalam top 10. Cuma belum cukup bertuah untuk menang GA. ahaks.

Tak percaya? Tengok sini..

Gambar bersumberkan my lovely english

Sekarang sudah percaya? he.

xoxo

Khamis, 17 Februari 2011

First GA from Diva's Shoppe..!!

Salam pembuka bicara..

Diva's Shoppe adakan giveaway. Rasanya blogshop ini macam baru saja lagi. Jom ramai-ramai meriahkan blogshop ini. Klik gambar ok!


TARIKH PENYERTAAN BERMULA : 16 FEB 2011


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 27 FEB 2011

HADIAH : SOMETHING YG KORANG AKAN SUKE...SURPRISE...!!!!!

PEMENANG : BERGANTUNG KEPADA YANG JOIN NANTI...

Penganjur juga minta kita tag 5 orang. Saya nak tag:
kak ieda - semoga akak cepat sembuh
dzariff
mimie aiza
suna husna

dan
semua follower

xoxo

Rabu, 16 Februari 2011

Buletooth laptop ni disable, ada sesiapa boleh tolong!

Salam pembuka bicara..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat padat untuk saya. Apa kes cerita pasal minggu lepas? Maaf ini entri yang lupa untuk di publish. Balik rumah dah penat. Malam tidur awal.

Bila Z nak tidur dulu, saya sibuk-sibuk tak nak bagi sebab saya tak ada istilah tidur dulu. Ok. Tipu. Saya selalu tidur dulu sebelum Z. Saya tak pernah keluar kenyataan, 'Ok lah nak tidur dulu'. Never. Tak pernah. Sebab selalunya saya akan tertidur. Bila bangun pagi, saya akan jumpa mesej yang hampir separuh ditaip atau mesej yang tak sempat di hantar atau mungkin ada beberapa sms atau ada beberapa miss call. Tapi sekarang Z dah pandai, sekali je call kalau tak angkat memang sah tidur.

Saya selalu pesan pada Z, bila balik dari main badminton, call saya. Tapi kalau tak angkat itu memang sah-sah tidur lah. Besok pagi Z akan membebel sebab suruh call tapi tak angkat. Lepas itu kena tahan telinga sebab Z selalu pesan kat saya, jangan silent hp tapi saya tetap nak silent. Malu lah kan kalau asyik handset kita saja ada bunyi. Kan kan?

Kalau handset hebat sangat dengan berteknologi tinggi, tak pe lah nak pasang bunyi. hu.

Tapi minggu ini, saya jadi tidur lambat sebab saya nak habis kan baca novel ini.


Maaf ya! Webcam laptop yang macam cap ayam.

Novel ini sangat sweet~ Mood: berangan. Kalau lah dapat pakwe pilot mesti best. Tapi pakwe engineer aka bos yang busy pun ok la.

Sebenarnya, banyak benda saya nak cerita tapi tak tahu kenapa laptop saya ini bluetooth dia macam tak boleh berfungsi. Kenapa ya?? Ada siapa-siapa tahu. Tolong saya!!


Bluetooth dan wireless dah on tapi kenapa dia masih disable? Macam nak enable kan?

xoxo

Selasa, 15 Februari 2011

Lenggong: Tamadun tertua di dunia.

Salam pembuka bicara..


Tamadun 
manusia tertua ditemui
sumber: kosmo

LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.


Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.


Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.


Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.

* dipetik dari Kosmo



xoxo


Isnin, 14 Februari 2011

6 warna dan maksud

Salam pembuka bicara..

Entri ini adalah pandangan saya melalui warna bunga ros.

Saya ada beberapa pengalaman menerima bunga.

Bunga pertama daripada abang angkat saya. Sangat surprise.

Selebihnya daripada ayah saya sewaktu hari lahir dan terima keputusan PMR dan SPM sebagai tanda tahniah. Tapi masa konvokesyen hari itu, saya tak dapat pula bunga daripada ayah melainkan dari seorang sahabat. Itulah kali terakhir dapat bunga.

 Z? Dia tak pernah bagi pun. Tapi kalau nak bagi, tolonglah jangan bagi bunga sebab saya tak tahu apa yang boleh saya buat dengan bunga itu nanti~ he. Belanja saya makan di Seoul Garden ke umbai ke. Best la jugak! Eceh, nak yang best saja~

Jom kita imbas apa maksud disebalik warna bunga yang berbeza dan campuran warna dalam satu jambak bunga.

a) Merah: Kasih sayang dan romantik

Warna ini adalah yang paling universal daripada semua simbol dan warna. Kebanyakkan orang katakan, bunga berwarna merah melambangkan cinta sejati sepanjang zaman.
Tapi tak salah kalau kamu nak bagi bunga merah kepada sahabat kamu sebagai tanda kamu sayangkan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

b) Kuning: Persahabatan dan kegembiraan
sumber: google

Melalui sejarah, kuning selalu dihubung kaitkan dengan matahari. Maka, mawar kuning sangat sesuai untuk menghiburkan hati seseorang. Bunga ini menghantar mesej penghargaan dan kasih persaudaraan.
Kalau kamu melawat orang sakit, kamu bolehlah hadiah kan mereka ros kuning. Tanda kamu mendoakan mereka cepat sembuh disamping menggembirakan mereka.

c) Merah jambu: Cinta, penghargaan dan kesyukuran
sumber: google

Merah jambu selalu disertai dengan rasa kasih, keanggunan, manis dan romantik.
Merah jambu yang sedikit gelap adalah tanda rasa syukur dan penghargaan. Cara tradisional untuk mengucapkan rasa terima kasih.
Merah jambu yang sedikit cair adalah tanda kelembutan dan kekaguman. Boleh juga menandakan simpati.

d) Putih: Suci murni, simpati dan spiritual
sumber: google

Pada saya, mawar putih menandakan cinta sejati. Agak klasik kan? Putih mewakili kebajikan sebab cintakan memerlukan pengorbanan. eceh. Bunga ini juga mewakili kehormatan.

e) Oren: Keinginan dan kebanggaan
sumber: google


Warna oren adalah campuran kuning dan merah. Kuning itu persahabatan dan merah itu cinta. Maka, oren membawa kepada daya tarikan dan keinginan. Ia juga boleh memberi tanda sebagai "saya bangga pada kamu"

f) Lavender: Pesona, mulia dan cinta pandangan pertama
sumber: google

Pada saya, lavender ini seolah-olah menunjukan suasana keagungan dan kemegahan.

xoxo

Sabtu, 12 Februari 2011

ICT Hijau. Jom support!!

Salam pembuka bicara..

Kalau kamu nak tahu, Perbadanan Putrajaya ada mengadakan inisiatif ICT Hijau dimana mereka akan:

- Log off peralatan ICT bila tidak menggunakannya
- Gunakan emel dalam berurusan bagi menggelakkan penggunaan kertas
- Cetak bila perlu sahaja
- Mesyuarat tanpa kertas. Mereka hanya memancarkan kertas kerja mereka melalui screen monitor
- Gunakan perkhidmatan atas talian (on-line)

Sejauh mana mereka praktikkan, saya tak tahu sebab saya bukan bekerja disana. Tapi inisiatif mereka memang bagus walaupun sesetengah inisiatif mereka itu telah lama tempat kerja saya praktikkan.

Di tempat kerja saya,

- Log off peralatan ICT bila tidak menggunakannya
Selalunya memang akan log off. Lagi-lagi, ECG dan lung function test machine. Tapi bone mineral density dan body composition analysis machine memang pasang dari start kerja sampai habis.

- Gunakan emel dalam berurusan bagi menggelakkan penggunaan kertas
Kat tempat kerja saya memang berkomunikasi melalui emel.

- Cetak bila perlu sahaja
Ya, betul. Tapi setiap hari pasti ada consent form yang perlu dicetak untuk di tanda tangani oleh pesakit sebelum kami ambil darah mereka.

- Mesyuarat tanpa kertas. Mereka hanya memancarkan kertas kerja mereka melalui screen monitor
Tak pernah lagi mesyuarat dengan kertas. Kecuali guna recycle paper untuk tulis nota-nota penting.

- Gunakan perkhidmatan atas talian (on-line)
Ini memang salah satu cara kami berkomunikasi dengan branch yang lain.

Go green!!

xoxo

Jumaat, 11 Februari 2011

event besar lagi~

Salam pembuka bicara..

Selain Karnival WOW Putrajaya, ada satu lagi event besar. Tapi event ini di SACC Mall. Buat mereka yang merancang untuk berkahwin. he. Boleh lah melawat ke SACC Mall hujung minggu ini. Eh, yang belum nak kahwin pun boleh juga pergi. Mana tahu dapat beberapa input.



Saya teringin nak pergi tapi tak dapat juga lah~ Tak pe. Bukan nak kahwin sekarang pun. lalala. Tahun depan harus pergi ye Z.

Punya lah nak sangat pergi sampai saya ingat event ini minggu lepas. Nasib half-way baru teringat tarikh hari itu 5 Feb 2011. Cik nida dah bebel-bebel kat saya sebab salah tarikh. Untuk nida, bulan depan kalau dorang buat area sini kita pergi ea.

xoxo