Jumaat, 13 November 2015

Lahirnya khalifah kecil

Salam pembuka bicara..


Lama menyepi.


Sebelum terlupa terima kasih buat semua yang mendoakan keselamatan saya dan anak [rujuk: Salam Aidilfitri 1436h]


Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Ogos 2015 yang lepas. Baby syawal. Kini khalifah kecil ini sudah berusia 3 bulan. Pengalaman melahirkannya sangat indah, sangat bermakna dan sangat semulajadi sekurang-kurangnya. Doa saya untuk merasa kelahiran secara natural telah ditunaikan dengan izin Allah swt.


Sebenarnya, saya ingin kongsikan pada hari raya haji tempoh hari tapi kesibukan sebagai ibu baru buat saya tidak berkesempatan untuk kongsikan pada semua. Tapi saya tetap ingin kongsikan gambar pertama kami sekeluarga semasa raya haji tempoh hari.



Inilah Dzikri Zhareef bin Mohd Zulhafiz bermaksud ingatanku yang bijak, yang menyenangkan. Semoga Dzikri Zhareef menjadi anak yang bijak dan menyenangkan hati kami.


Terima kasih untuk doa kalian semua.


Oleh itu, bertambah bermakna bulan ogos buat kami sekeluarga. Ogos si bulan cinta. Lahirnya anakanda dan ulangtahun perkahwinan kami.


Saya doakan buat rakan-rakan yang sedang mencuba memperolehi cahaya mata akan merasainya tidak lama lagi. Alhamdulillah untuk nikmat Allah ini.


xoxo
dhiera
http://nextgoldcreation.com/dhiera

Khamis, 8 Oktober 2015

Atasi masalah kewangan

Salam pembuka bicara..


Oktober 2015 sudah menjengah tiba.


Keadaan luar rumah masih lagi berkabus yang menyebabkan pedih di mata dan sakit di tekak. Tetapi alhamdulillah sudah 2 hari hujan turun tiba. Harapnya keadaan ini tidak akan berterusan lama dan pulih sebelum tibanya musim el nino nanti. Keadaan ini seolah-olah peringatan untuk hati-hati manusia yang cenderung melakukan dosa. Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang ini.


Nilai Ringgit Malaysia pula semakin susut jika dibandingkan dengan USD. Jadi, sama-sama lah mengurus kewangan kita dengan berhemah. Jadi, apa perancangan anda?


Kalau kita tak ada rancangan untuk bangunkan ekonomi diri kita sendiri dan keluarga seolah-olah kita menjurus ke arah tindakan orang yang tidak berjaya. Those who failed to plan is the one who plan to fail. Saya yakin anda tidak begitu.




Ini adalah perniagaan emas yang mampu memberi keuntungan berganda dan lumayan kepada anda. Inilah salah satu cara mudah untuk memiliki aset yang tiada susu nilainya dengan kos yang rendah. Orang Malaysia memang suka shopping terutamanya shopping ONLINE.


Hobi baru saya adalah shopping emas. Semua simpanan saya telah ditukarkan menjadi emas kerana kelebihan memiliki emas. Hanya simpanan untuk uruskan pembelian rumah sahaja saya tidak tukarkan kepada emas. Saya kira saya patut tukarkannya kepada emas terlebih dahulu. Jual beli emas kini mudah. Hanya dengan shopping ONLINE juga. Ini bukan scam ya.


Pilihan saya untuk shopping emas adalah di POWERGOLD. Kalau tak shopping di laman web ini pun, boleh terus hubungi peniaga kecil ini di 013-3866930 secara whatsapp sahaja.


xoxo
dhiera

Khamis, 23 Julai 2015

Syukur Selalu

Salam pembuka bicara..




xoxo
dhiera

Selasa, 14 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Salam pembuka bicara...


Mood kerja bertaburan entah ke mana. Yang ada kini adalah mood raya dan mood nak sambut baby je. Haa..gitu. Alhamdulillah, keceriaan aidilfitri kian terasa. Sudah beberapa tahun saya tak ucapkan ucapan hari raya untuk kawan-kawan blogger dan pelawat blog ini. Rasanya ucapan last masa zaman saya bujang dulu kala. Bila dah kahwin, blog jadi sepi!


InshaAllah, besok saya akan mula bercuti sehingga raya keenam nanti.
Misi pertama yang harus diuruskan adalah mengemas rumah. Hoyeah! Baru lega untuk meninggalkan rumah disamping exercise sementara tunggu the real labor.
Misi seterusnya adalah pulang ke kampung. Tugas suami tahun ni membakar lemang. Saya pula mengerahkan adik-adik untuk siapkan kuih raya. Hahaha

Tahun ini tahun beraya di rumah mak ayah saya. Raya ketiga baru suami pulang ke kampung halaman beliau. Tak dapat ikut balik raya tahun ni sebab takut pula ada emergency di
pertengahan jalan.




Ecard raya khas untuk anda semua. Our maternity photoshoot at 35weeks of pregnancy. Saya membesar dengan jayanya.


Dikesempatan ini, saya tak tahu bila saya akan bersalin, jadi sebelum saya berada di dalam labor suite itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada anda semua jika saya pernah berkata atau menulis perkara yang salah atau menyakiti anda dalam apa jua cara.


Saya harap anda akan mendoakan saya, suami dan baby. Wish us well in the new chapter of life.
Saya seakan sukar untuk percaya perjalanan membawa perut ini akan berakhir dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi. Alhamdulillah, saya dapat merasa pengalaman yang indah ini selepas beberapa episod keguguran. Saya bersyukur kerana setiap hari Allah menjadikan kehamilan ini sesuatu yang mudah buat saya dan suami. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.
Semoga perhubungan dan jalinan kemesraan di antara kita memperolehi keberkatan dari Allah swt sepanjang masa. Sama-samalah kita memupuk rasa kesyukuran dan keberkatan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna.


Semoga Allah swt memberkati kita semua. InshaAllah.


xoxo
dhiera

Rabu, 8 Julai 2015

Botol minyak masak

Salam pembuka bicara...


Tengah memikirkan cara penyimpan minyak yang paling efficient dalam banyak-banyak ni. Sekarang saya menggunakan botol gambar ketiga tetapi jenis plastik.


Ada sesetengah orang kata pakai botol minyak sedia ada je mudah. Tapi saya tak lalu asyik nak mengangkat botol minyak tu. Setiap kali beli minyak akan beli botol 5kg terus. Mampu? Bila minyak dah sikit boleh la, klo masih lagi baru. Adoi..


Paling berkenan botol yang pertama ni tapi tak pasti mana nak cari. Huu






Kalau korang lagi suka jenis botol yang mana?
Kot-kot la ada yang guna botol antara 3 ni, meh share sikit pengalaman.


xoxo

dhiera

Selasa, 23 Jun 2015

Restoran SZ Rahmah: restoran ikan patin liar


Salam pembuka bicara...


Siapa pernah makan di restoran di bawah?



Ini adalah restoran ikan patin liar di Temerloh. Ikan patin liar mempunyai harga pasaran yang tersendiri yang mana mungkin mencecah ratusan ringgit harga sepotong.


Dan saya barulah tahu yang kedai ini adalah kepunyaan makcik saudara suami. Hahaha. Selama ni, saya lalu dan pergi rumah mak ngah suami tapi kedai ni sentiasa bertutup memang tak perasan la rupa paras kedai ni. Bila tengok gambar ni, barulah ooooo..


Suami pernah cerita Sultan Pahang selalu datang makan ikan patin di sini. Siapa yang nak merasa ikan patin liar Temerloh yang popular katanya, restoran yang ada kelainan sikit, boleh la singgah Restoran SZ Rahmah ni. Saya sendiri tak pernah rasa sebab tak makan ikan patin.


xoxo
dhiera

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat Ber"Ramadhan"

Salam pembuka bicara..


Lama tak buka blog ni. Maaf untuk komen yang tidak terbalas. Terima kasih buat yang masih menghubungi saya melalui emel atau gtalk.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua Muslim yang membaca entri ini.

Selamat berpuasa dan bertarawikh.
Moga bulan Ramadhan kali ini dipenuhi dengan keberkatan dari Allah swt.



Alang-alang, saya mohon doa dari semua supaya mendoakan semoga urusan saya melahirkan permata hati saya dan suami dipermudahkan dan selamat semuanya. InshaAllah
Terima kasih semua.


xoxo
dhiera

Isnin, 6 April 2015

Jiwa kacau

Salam pembuka bicara..


Bila jiwa kacau.




xoxo
dhiera

Isnin, 9 Mac 2015

Projek Suami: Pelikat Pants BOB Afdhlin Shauki

Salam pembuka bicara..


Ini antara projek suami yang lain.



Teringin nak dapatkan Pelikat Pants Afdhlin Shauki? Boleh singgah ke Seksyen 7, Shah Alam. Selesa sangat. Kami laki bini pun ada koleksi pelikat pants dan batik pants BOB ni.


xoxo
dhiera

Selasa, 3 Mac 2015

Gerbang Malam Teluk Intan

Salam pembuka bicara...


Kalau korang nak beli atau mencari baju yang cantik-cantik dan mengikut trend semasa tapi tak tahu nak cari dekat mana. Korang boleh lah singgah Ke Gerbang Malam Teluk Intan ni.



Alang-alang, jalan malam di Gerbang Malam Teluk Intan mai la singgah Menara Condong Teluk Intan ni sebab dia di kawasan yang sama. Ingatkan ada koleksi patung panda lagi. Rupanya dah tak ada.


Teringin nak masuk dalam menara ni tapi saya sendiri tak pasti boleh masuk ke tak. Nampak ada tandas je dekat bahagian bawah dia je.


Menara Condong Teluk Intan ni memang merupakan trademark Teluk Intan. Orang pasti datang jengah sini kalau ke Teluk Intan.


xoxo
dhiera

Khamis, 26 Februari 2015

WW: Biawak Gergasi

Salam pembuka bicara...


Terjumpa di tengah jalan masa nak balik rumah mak.



Geli geliman melihatnya!


xoxo
dhiera

Rabu, 18 Februari 2015

Durian Bukit

Salam pembuka bicara..


Setelah hujan panas hujan panas.


Cendawan tumbuh merata. Nurse-nurse naik gunung (kawasan kediaman orang asli di Banjaran Titiwangsa). Mana tah gambar dorang dok sibuk kutip cendawan. Saya memang tidak lah join sebab tak kuasa nak membersihkan cendawan-cendawan tu. Tapi nampak memang sedap lah kan.



Jadi, tibalah musim durian. Durian bukit ni rasa dia memang lain. Tak sama macam durian kampung dan durian yang selalu beli dekat penjual tu. Yang mesti pasti, durian dia tak da rasa gas macam durian biasa dan manis sangat rasanya. Bila tak ada gas, jawabnya makan banyak pun sedap lah kan.


Nak dapat durian ni kena tanya orang-orang Asli ni kalau dorang ada stok, Kadang-kadang peraih dah ambil siap-siap yang jual dekat tepi-tepi jalan Sungkai tu. Harga peraih ni jual memang superb mahal lah. Kalau beli dekat orang asli ni, 3 bakul besar penuh baru RM30 sahaja. 1 bakul tu bukan ada 5-6 biji tapi puluh-puluh biji. Tak habis tempoyak lah jawab nya.


xoxo
dhiera

Isnin, 16 Februari 2015

Projek Suami: Otak-otak

Salam pembuka bicara...


Projek sang suami. Sang isteri tukang support je la kan?


Pergi supermarket survey harga otak-otak.



Kemudian, dia order otak-otak dari kawan dia yang memg jadi supplier otak-otak dekat kawasan Selangor/ KL sehingga ke Kedah/ Penang.



Rasa otak-otak ni pergh... memang terbaik. Sedap! Manis-manis pedas. Masa openhouse raya lepas, salah satu menu adalah otak-otak, Memang licin! Uncle india depan rumah first time makan siap asyik cakap sedap-sedap.



Lepas tu, collegue tempat kerja order pulak 200 cucuk sebab nak buat openhouse. Kawan yang duduk dekat Kemaman, Terengganu siap order 100 cucuk.



Argh.. tapi tak ada pula gambar isi dalam daun.


Siapa nak try?


xoxo
dhiera

Jumaat, 13 Februari 2015

Review: Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson

Salam pembuka bicara..


Another sweet escape ke Port Dickson sekali lagi. Kali ni bermalam di Ancasa All Suites Resort & Spa, Port Dickson.


Bayaran hotel ditaja sepenuhnya termasuk makan dan minum. Menarik bukan?


Untuk yang datang berkeluarga sangat sesuai lah menetap di resort ni. Kenapa? Sebagai contoh bilik yang saya duduk ini ada:-

  • Dapur - bukan open kitchen ye. Siap ada fridge dan kettle. Tapi dapur masak mahupun microwave tak adalah. 

  • 2 bilik - 1 bilik sudah ada toilet/ shower di dalam
  • 1 tandas/ shower untuk kegunaan bilik satu lagi

  • Meja makan - muat untuk 6 orang

  • Ruang tamu - yang sangat besar. Boleh tidur bentang toto beramai-ramai

  • Cermin besar - khas untuk akak-akak, adik-adik yang pantang nampak cermin, jangan gaduh-gaduh ada 3-4 cermin besar dalam bilik ni


Sweet escape kali ni tak banyak pun berjalan sangat. Banyak mengisi masa dengan beristirehat sahaja. Nak pergi makan-makan pun semua dah disediakan di hotel.




Nak ke Pantai Kemang hanya dengan turun bilik dan terus ke pantai. Dah boleh jalan-jalan ke tepi pantai. Dekat sangat dengan pantai dan swimming pool dekat resort pun full house dah dengan budak-budak mandi manda.



xoxo
dhiera

Rabu, 11 Februari 2015

WW: Rumah lama

Salam pembuka bicara..


Gambar sebelum pindah pada November 2013 dulu.




xoxo
dhiera

Isnin, 9 Februari 2015

Laluan menenangkan

Salam pembuka bicara..


Laluan yang paling menenangkan di Bidor




xoxo
dhiera

Jumaat, 6 Februari 2015

Makan-makan di Kia Abdul Bakery, Tanjung Malim

Salam pembuka bicara..


Sambil-sambil servis kereta sambil melantak di kedai kek bersama ice lemon tea




Orang Tanjung Malim mesti tahu kedai kek kepunyaan orang Melayu yang nampak sangat eksklusif. Masa pembukaan kedai ni, dia banyak menyediakan peralatan untuk buat kek atau kuih. Sekarang telah upgrade jadi kedai buat kek yang bersaiz seperti Secret Recipe tetapi harga lagi murah dan makanan frozen. Macam-macam makanan forzen ada jual disini macam lagsana, pizza dan lain-lain.



Nak buat tempahan kek kahwin pun boleh dekat sini.




xoxo
dhiera

Khamis, 5 Februari 2015

Resepi: Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

Salam pembuka bicara..


Siapa disini peminat KR macam saya? Dekat tempat kediaman saya ni, tak ada KR yang berdekatan. Paling dekat samada Ipoh atau Rawang. Jadi, kadang-kadang tu nak makan ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ni kena lah homemade je.


Saya ambil resepi ni dari Potret Kasih (sini). Sebab saya masak untuk dua orang makan sahaja, kuantiti saya tak adalah sebanyak yang disarankan.


Resepi Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-bahan perapan:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 - 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega

*Kalau tak ada sos lada hitam boleh buat campuran sos tiram, kicap pekat dan lada hitam.


Cara penyediaannya sangat mudah.

  1. Semua bahan perapan tapi dikisar
  2. Lumurkan bahan kisaran pada ayam (luar dan dalam)
  3. Perap selama 2 jam sehingga semalaman
  4. Bakar ayam selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
  5. Setiap 30 minit, sapukan ayam dengan lebihan bahan perapan ayam tadi
  6. Sedia untuk dihidang.

Gambar ayam siap masak saya tak ada tapi saya ada gambar ayam yang siap untuk diperap. Jeng jeng.




Selamat mencuba.


xoxo
dhiera

Rabu, 4 Februari 2015

WW: Pengemar Buku

Salam pembuka bicara..


Walau dimana pun berada.




Simpan sebagai kenangan.




xoxo
dhiera

Selasa, 3 Februari 2015

Makan-makan di The Captain Steamboar & Grill, Meru

Salam pembuka bicara..


OMG!! Entri pertama di tahun baru rupanya. Hello Februari! Hello semua orang!!


Saja lah nak share tempat makan steamboat dan grill yang best dekat Meru. Saya ada lah 2-3 kali datang sini sebelum pindah ke Bidor hujung tahun 2013 dulu. Ok. Ini memang stori mori yang lama lah tapi nak up juga sebab tempat ni memang best. Ada juga ajak suami singgah sini lagi tapi suami memang tak berapa rajin sebab jauh kan.




Serius. Saya memang rekemen kedai ni sedap. Ingat ye, nama dia The Captain Steamboat & Grill dekat Meru. Ala tepi jalan besar nak ke Kapar dari pekan Meru tu je. Kalau menghala ke Kapar tu, kedai ni sebelah kanan la. Boleh nampak signboard ni.




Untuk mak mak yang ada anak kecil pun boleh makan dengan senang hati sebab ada small playground dekat sini. Keke




Bilik untuk solat pun disediakan. Pernah gak datang berbuka puasa di sini. Bilik solat dia full dan kena beratur panjang. Jadi, jangan risau. Banyak surau/ masjid berdekatan untuk singgah solat. Masa tu saya pergi solat dulu lepas tu datang balik sambung makan.




Harga dicaj mengikut perseorangan dan sangat berbaloi sungguh. RM21.90/ pax untuk dewasa. Kalau steamboat & grill dekat Kalumpang lagi mahal dari sini.




Oleh itu, buat sesiapa yang berdekatan dan teringin sangat makan steamboat berserta grill dan nak murah, boleh lah singgah sini. RECOMMENDED! Untuk hubungi mereka, boleh:-

Telefon: 019- 2354796
Facebook: link


xoxo
dhiera