Selasa, 23 Jun 2015

Restoran SZ Rahmah: restoran ikan patin liar


Salam pembuka bicara...


Siapa pernah makan di restoran di bawah?



Ini adalah restoran ikan patin liar di Temerloh. Ikan patin liar mempunyai harga pasaran yang tersendiri yang mana mungkin mencecah ratusan ringgit harga sepotong.


Dan saya barulah tahu yang kedai ini adalah kepunyaan makcik saudara suami. Hahaha. Selama ni, saya lalu dan pergi rumah mak ngah suami tapi kedai ni sentiasa bertutup memang tak perasan la rupa paras kedai ni. Bila tengok gambar ni, barulah ooooo..


Suami pernah cerita Sultan Pahang selalu datang makan ikan patin di sini. Siapa yang nak merasa ikan patin liar Temerloh yang popular katanya, restoran yang ada kelainan sikit, boleh la singgah Restoran SZ Rahmah ni. Saya sendiri tak pernah rasa sebab tak makan ikan patin.


xoxo
dhiera

5 komen:

Hana Soffelia berkata...

Mesti sedap gila ni masakan kat sini. Dulu kan hana xpernah kenal pun spesis ikan patin. Tapi since keje kat ktn, br kenal dan bila rasa ikan patin masak tempoyak, terus jatuh cinta, apatah lagi pais ikan patin. Ya Allah sedap gilaaaaaaaaaa.. Kat kg ni mana nak cari ikan patin. Dahlah family sume xmkn ikan patin. hurmmmmm

Kakzakie berkata...

Kalau ikan patin liar mestilah susah nak dapat kan Dhiera
Sesekali dapat itu yg makan berselera:)

nabilah_2908 berkata...

Boleh geng la kita ni..

Saya pun tak makan ikan patin...huhu.. :)

Selaamt berpuasa... :)

E'in berkata...

e'in tak pernah mkn ikan patin..

LYAfrina berkata...

feberet ikan patin ni