Khamis, 5 Februari 2015

Resepi: Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

Salam pembuka bicara..


Siapa disini peminat KR macam saya? Dekat tempat kediaman saya ni, tak ada KR yang berdekatan. Paling dekat samada Ipoh atau Rawang. Jadi, kadang-kadang tu nak makan ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ni kena lah homemade je.


Saya ambil resepi ni dari Potret Kasih (sini). Sebab saya masak untuk dua orang makan sahaja, kuantiti saya tak adalah sebanyak yang disarankan.


Resepi Ayam Panggang ala-ala Kenny Rogers

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-bahan perapan:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 - 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega

*Kalau tak ada sos lada hitam boleh buat campuran sos tiram, kicap pekat dan lada hitam.


Cara penyediaannya sangat mudah.

  1. Semua bahan perapan tapi dikisar
  2. Lumurkan bahan kisaran pada ayam (luar dan dalam)
  3. Perap selama 2 jam sehingga semalaman
  4. Bakar ayam selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
  5. Setiap 30 minit, sapukan ayam dengan lebihan bahan perapan ayam tadi
  6. Sedia untuk dihidang.

Gambar ayam siap masak saya tak ada tapi saya ada gambar ayam yang siap untuk diperap. Jeng jeng.




Selamat mencuba.


xoxo
dhiera

4 komen:

Kakzakie berkata...

Kakak pun buat macam ini juga cuma kakak ada masuk sikit minyak zaitun

Cik Ecah berkata...

mcm sedap jer...kene try ni..bako jer...

❤Kamsiah❤ berkata...

nampak sedap..:)

Zura Tahir berkata...

Xboleh nk terliurlah cmnie...xde gmbar yg dh siap goreng...