Lama menyepi.
Sebelum terlupa terima kasih buat semua yang mendoakan keselamatan saya dan anak [rujuk: Salam Aidilfitri 1436h]
Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Ogos 2015 yang lepas. Baby syawal. Kini khalifah kecil ini sudah berusia 3 bulan. Pengalaman melahirkannya sangat indah, sangat bermakna dan sangat semulajadi sekurang-kurangnya. Doa saya untuk merasa kelahiran secara natural telah ditunaikan dengan izin Allah swt.
Sebenarnya, saya ingin kongsikan pada hari raya haji tempoh hari tapi kesibukan sebagai ibu baru buat saya tidak berkesempatan untuk kongsikan pada semua. Tapi saya tetap ingin kongsikan gambar pertama kami sekeluarga semasa raya haji tempoh hari.
Inilah Dzikri Zhareef bin Mohd Zulhafiz bermaksud ingatanku yang bijak, yang menyenangkan. Semoga Dzikri Zhareef menjadi anak yang bijak dan menyenangkan hati kami.
Terima kasih untuk doa kalian semua.
Oleh itu, bertambah bermakna bulan ogos buat kami sekeluarga. Ogos si bulan cinta. Lahirnya anakanda dan ulangtahun perkahwinan kami.
Saya doakan buat rakan-rakan yang sedang mencuba memperolehi cahaya mata akan merasainya tidak lama lagi. Alhamdulillah untuk nikmat Allah ini.
xoxo
dhiera
http://nextgoldcreation.com/dhiera
6 komen:
Alololo tomel nyr dzikri ;)
Alhamdulillah.. Tahniah dhiera
bestnyaaa nama. Tahniah dhiera!
Tahniah dhiera. Baru tau ni. Btw, hana pun bersalin bulan ogos yg lepas, 2hb.
Hi Ogos baby!
Alhamdulillah.. dah besar anak Dhiera no.. Comel sangat...
Punya lah lama tak jengah blog Dhiera kan..
Maaf tau :)
hi dira!
tahniah ye dpt baby.. ;)
eh dira pun kene try my homemade lipscare tau.... ;)
Catat Ulasan