Selasa, 19 April 2011

Bunga ros dari kertas

Salam pembuka bicara..

Sempena hari lahir Z yang lepas, saya tak tahu nak hadiahkan apa pada Z. Maka, terdetik nak buat kan Z kad memandangkan saya memang tak pernah bagi apa-apa kad pada dia.

Hasilnya adalah ini.

*sila abaikan kualiti gambar henpon murahan ini.*

Bunga-bunga yang ada atas itu, saya buat menggunakan crepe paper dan dibentuk kan menjadi bunga ros. Idea asal nak susun ros crepe paper ini jadi nama Z tapi tangan saya laju saja jadikan bentuk ini. Sabar aje la.


Rasanya, luaran kad sahaja yang nampak menarik. Dalam kad, saya memang tak tahu nak buat apa. Sadis kan? Beberapa hari saya fikirkan apa yang patut ditulis dan diolah dalam kad ini.

Jadi ini lah hasil daripada ketandusan idea saya. Sedikit comot tapi cukup dihargai oleh Z. Maka, saya suka. yeay!


Untuk memudahkan kerja saya, saya terus menggunakan sticker paper. Maka, tangan saya tak perlu comot dengan gam. Tapi kesilapan saya adalah dalam memilih warna sticker paper kerana warna merah itu tidak begitu menyerlah dan nampak kusam sahaja. Idea asal nak guna warna hot pink tapi tak jumpa pula. Sebab itu tiba-tiba jadi macam-macam warna ada atas kad ini semata-mata nak jadikan ia sedikit ceria. *dush*

Tulisan yang sah-sah dah malas

Nak bagi wish pun saya tak tahu tulis ape. Kesian kan?

Tapi kad ini boleh digantung. Memang saja buat begini dengan niat Z harus gantung dan tatap tiap-tiap hari walaupun buruk~


Kamu harus tahu, senang sahaja nak buat ros crepe paper ini. Yang penting kesungguhan. Walaupun buruk tapi tetap cantik sebab kamu ikhlas.

Oh ya, saya tak ingat mana saya jumpa toturial asal untuk buat ros yang macam ini sebab tutorial tu saya jumpa tahun lepas. Btw, kalau yang martha steward punya toturial saya ingat lah. Boleh klik sini.

xoxo

5 komen:

Belog Sambal Belacan berkata...

singgah sini dan bc n3...

klu sudi singgah la

http://akutetapaku85.blogspot.com/

kita gelanggang santai...

dhiera berkata...

@ akutetapaku.com: thanx ya..saya singgah ye kejp lg..

Tanpa Nama berkata...

kertas crepe tu yg komot komot tu ke. camana nak baut. ada tutorial tal. kalau buat bunga tgn pengantin ygn bolat tu pun lawa kan.kan. jimat beli bunga idup.

dhiera zainudin berkata...

@ Hanie_Dew : nak buat bunga tangan ke? kalau yang macam ni buat bunga tangan macam leceh sikit~ ada yang lagi senang. paling senang, beli tissue paper flower siap2 kat daiso. dorang dah siap letak dawai dah~ he

HeNRieTTa JoSe berkata...

thanks for the share....memang tengah nak buat card....3 birthday for this month plus 1 of Mei....