Semua pakat-pakat cerita pasal PRU 13 hari ini. Saya tak ada mood untuk cerita pasal PRU 13. Lain kali lah baru stori mori pasal tu. Kihkih. Meh sambung pasal jalan-jalan Melaka tempoh hari. Ini adalah destinasi terakhir saya. Ada yang berlaku pada hari ahad pagi, saya cerita dekat entri selepas ni. Hehe.
Destinasi 7: Monorail Perlancongan Melaka
Ini adalah destinasi terakhir sebab selepas tu terus nak gerak ke Batu Pahat. Ada lagi 2 baucer yang tak sempat guna sampai sekarang pun belum guna. Tak berkesempatan nak ke Melaka lagi.
Bayaran untuk naik monorail seperti di bawah.
Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5
Tapi buat masa sekarang ni yang dah beroperasi dua stesen je. Ikut perancangan mereka nak buat 3 stesen macam dekat bawah. Pada saya kalau datang berbayar, lebih baik tunggu semua stesen dah mula beroperasi baru naik. Kalau tak, rasa macam rugi je. erkk..
Tapi pengalaman naik monorel ni menarik jugak la. Monorel ni betul-betul sebelah river cruise dan kat sini lah dipanggil Taman Rempah yang mana saya ingatkan satu-satunya kaunter untuk naik river cruise.
Dan buat pertama kalinya, naik monorel yang ada hanya saya dan suami sahaja sebagai penumpang. Macam suami booking monorel nak bawa bini jalan-jalan dah. Haha. Berangan lebih.
Ini pulak antara pemandangan yang boleh nampak masa naik monorail ni. Pemandangan cantik sebelah kanan sahaja. Sebelah banyak pembinaan atau hotel dan kedai-kedai je.
Ini pula adalah Villa Sentosa atau lebih Malay Living Museum. Tak silap muzium bagaimana orang melayu melaka hidup dan rumah ni masih berpenghuni.
Dulu saya pernah dengar yang Sungai Melaka ni banyak sampah-sarap. Atas inisiatif kerajaan Melaka pelbagai aktiviti di kawasan sungai telah dijalankan. Akhirnya, sungai ni jadi bersih cuma daun-daun kering susah la nak dibersihkan sebab setiap hari mesti ada yang gugur dari pokok kan. Tapi saya lihat dengan mata sendiri yang orang yang memungut sampah di kawasan sungai ni bekerja sehingga malam. Mereka naik perahu kot sebab saya tak sedar ada bunyi bot. Saya nampak masa tengah tunggu giliran nak naik river cruise.
Melaka ni banyak tempat menarik dan pergi. Macam-macam ada rupanya tapi saya tak tahu contohnya Villa Sentosa tu. Ini adalah 2 lagi baucer yang tak sempat saya guna sepanjang berada dekat Melaka ni. Rasanya kalau hari ahad tu seharian dekat Melaka dah habis guna kot baucer ni.
xoxo
14 komen:
Betullah dhiera... kalau ke Melaka bukan boleh sehari-dua sebab banyak tempat boleh dilawati..
alamak kenapa baru tau kewujudan monorel ni. hahaha. lambat betol :P
masa pegi kat sini dulu xde monorail lagi, :P
eh, monorel nie baru ea kat melaka?
MJ insyaAllah hujung bulan ni akan ke Melaka :) Boleh la refer entry Dhiera :D
Salam Dhiera..
monorel tu pit stop yg mcm kt pic tu je ke? blh tahan jgk eh rrm10.. hihi.. untungla uols berdua je yg daring dlm train tu..tak yah bersesak2.. )
@Kakzakie
betul tu kak. pergi sehari dua sangat rugi. banyak tempat boleh pergi~
@J.Syazwana
wana.. monorel ni kire baru bukak sangat kot melaka~
@fadh leyanie
kak fadh, pegi la lagi.. hehe
@E'in
a'ah.. baru lagi~
@Myra Jay
kalau dapat membantu myra, silalah refer~ hehe
@♥ Cmª shIemª ♥
a'ah.. cma. itu je tempat berhenti dia~
serius jijah baru tahu melaka ada monorail..peh terbaik! memang melaka maju.. hope pemimpin baru ni dapat memajukan melaka lagi..
panas kan Melaka..? teriknya semacam... :)
Catat Ulasan