Taman Rama-Rama | Zoo Melaka.
Owh, masa dekat Zoo Melaka, ada penjawat majlis perbandaran jual kupon untuk sehari RM 5. Jadi, seluruh melaka la kami guna kupon parking tu. Balik dari zoo, kami terus ke bandar. Parking kereta depan Menara Taming Sari. Tapi tak naik lagi taming sari ni sebab suami kata cantik naik waktu malam tapi dapat tengok lampu-lampu la malam. Dari taming sari, kami berjalan ke Muzium Samudera.
Destinasi 3: Muzium Samudera
Bayaran masuk muzium adalah seperti dibawah. Tapi bayaran itu bukan untuk replika kapal ini sahaja tahu. Kaunter tiket memang dekat replika kapal ni la. Tiket untuk muzium samudera termasuk:
1. Replika Kapal
2. Muzium Samudera Fasa II. Sebelah kapal ni je.
3. Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia. Betul-betul depan Muzium Samudera Fasa II
3 in 1 ye. Untung la tu.
Dewasa: RM 6
Kanak-kanak: RM 2
Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
Siap ada 50% diskaun kalau untuk MyKad. Moh la kita.
Saya dan suami masuk percuma juga sebab ada voucher tadi dan kena tunjuk kad perlancongan. Dorang tak bagi tiket pun pada kami. Masa nak masuk 2 muzium yang lain tu, kena tunjuk kad perlancongan je.
Replika Kapal Muzium Samudera.
Dalam kapal ni ada macam-macam cerita sejarah malah bilik tawanan pun ada. Cuma dorang tak pasang pulak lampu jadi gelap la. Bahagian bawah kapal ni ada 3 tingkat. Bahagian atas ada 1 tingkat belah kiri dan kanan. Tapi yang atas sekali belah kiri tak boleh masuk. Meh tengok antara yang ada.
Bahagian atas tingkat 1. Dalam ni bilik kecil je. Tak muat kalau masuk ramai-ramai. Pameran yang ada pun tak banyak.
Lepas tu, turun lah belah bawah. Ini kawasan pintu masuk dia.
Dalam ni banyak cerita pasal melaka, senjata, meriam pakai isi batu, mata wang, kapal-kapal, rempah ratus dan macam-macam. Bagus la bawa budak yang minat sejarah dan kajian tempatan ke tempat ni. Dulu pernah datang sini dengan family, masa tu darjah 5, excited tahu baca semua yang ada dalam kapal ni. Masa tu adik-adik semua belum sekolah lagi tahu nak main lari-lari je la dalam ni.
Pusing-pusing dalam ni, suami pun beli lah replika kapal kecik dalam kedai souvenir dalam kapal ni. Kami lepak-lepak ambil angin dekat kawasan kapal ni. Betul-betul sebelah Sungai Melaka. Belah kanan ada Muzium Kastam tapi tak pergi pun sebab tak dapat baucer. Dasar. Huahuahua. Terus kami ke muzium samudera sebelah.
Muzium Samudera Fasa II.
Dalam muzium ni macam banyak pasal angkasa lepas, ada perahu-perahu yang guna untuk ke laut dan sungai, alat-alat pemadam kebakaran, buku-buku dan poster-poster je.
Kat sini jugak lah kami beli keychain yang ada batu serpihan meteor. Berat meteor tak sama dengan besi dari bumi walaupun saiz dia hampir sama. Saya sendiri rasa dengan tangan sendiri. Besi bumi saya boleh angkat tapi besi meteor yang sama saiz besar ye, oh, tak terdaya saya nak angkat sebab ingatkan ringan ye sama. Yang suami tengah pegang tu meteor la.
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia.
Baru daku tahu yang TLDM pun ada helikopter. Lepas tu, kena gelak dengan suami sebab suami kata "semua ada la sayang. bomba pun ada helikopter". Ok. Mana la saya tahu.
Dalam ni banyak pakaian-pakaian TLDM dan pingat-pingat. Dekat luar pula ada macam kereta kebal dan kapal Sri Terengganu. Tapi kapal tu dah macam tak dijaga dah.
Lepas penat pusing-pusing Muzium Samudera ni, kami pun berangkat lah mencari hotel. Cari hotel bajet dekat bandar adalah bukan bajet seperti yang dijangkakan. Kami sengaja cari hotel dekat bandar sebab malam tu ada plan lagi dekat kawasan sekitar bandar dan hari minggu dekat bandar kan ada uptown! Boleh lah shopping! Cari punya cari sampai rasa dah malas nak jalan. Dapat la satu hotel yang dikatakan bajet. Bajet hanyalah pada kemudahannya tidak pada harganya. Hotel ni pun betul-betul dalam kawasan uptown. Apa lagi kan, shopping! Tak silap nama dia Comfortable Inn Hotel. Boleh la nak buat tidur 1 malam.
Dalam hotel ni, betul-betul ada katil saiz queen, TV, cermin yang dah retak dan hot shower. Toilet dekat luar. Dah penat nak jalan cari hotel depan Taming Sari, belasah je la hotel ni. Atas TV tu gambar kami di Muzium Samudera.
Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak kan lah semua nak taruk dalam ni kan. Slow la pulak atau nanti macam 'eh, macam la ko sorang je pernah pergi". Tidak-tidak. Ini hanya perkongsian buat yang tak pernah pergi je la.
xoxo
11 komen:
bestnye...dh lamer xtrun melaka...
lama tak pi melaka.. jeles pulak tengok :D
besttkan jalan2 kat melaka...
muzium dua2 ni dah pergi.. hubby suka sgt masuk muzium samudera tu..dia punya pekerjaan katakan..heee
Ok, dah set in mind mana tempat nak pergi bila nak ke Melaka hujung bulan 5 ni, insyaAllah :D
@HeNRieTTa JoSe
next trip boleh ke sini pulak rieta~
@Muhammad Saiazuan Norhalik
datang la ke sini pulak~
@Nory Zoulkefle
yee betul!
@azizah :)
jijah.. harus lah dia suke. itu kan bidang kerjaya dia..
@Myra Jay
myra pun nak ke melaka jugak ye bulan ni.. tempat ni best!
Muzium Samudera?? wah.. bestnyee.. suka tgk kapal/bahtera beso tuuu.. leh masuk tak dlm tu??
Catat Ulasan