Salam pembuka bicara..
Bulan Februari yang lepas, adik bongsu saya masuk MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Saya sengaja la nak ikut mak dan ayah hantar adik saya ke sana sambil tu boleh jalan-jalan tempat orang. Pengkalan Hulu ni terletak di sempadan Thailand dan pekan terdekat selain Pengkalan Hulu adalah Baling, Kedah. Grik jauh sikit lah. Baling ni tak sampai 30 minit dah sampai dah. Pertama kali datang sini terasa macam jauhnya perjalanan tapi saya tidur je dalam kereta. Hoho
Sampai Pengkalan Hulu kami check in dulu dekat Rumah Rehat Pengkalan Hulu. Ayah nak rehat-rehat la kononnya tapi tak jadi sebab ayah dah excited nak jalan-jalan pusing kawasan. Sebelum cerita apa yang kami buat di sini, saya nak review dulu Rumah Rehat ni.
Ayah booking 2 bilik untuk 3 orang dekat sini. Saya dengan 2 adik perempuan saya 1 bilik manakala mak, ayah dan adik lelaki saya 1 bilik. Suami saya tak ikut sebab kerja. Bilik dia agak luas. Malah, ada ruang yang besar kalau ingin solat berjemaah. Selesa! Setiap bilik dibekalkan dengan satu sejadah dan kami sendiri bawak sejadah. Boleh lah untuk berjemaah.
Dalam bilik juga ada sediakan meja kecil dan 2 kerusi ni.
Kalau untuk tinggal lama, boleh lah kita nak basuh baju-baju kecil ke apa sebab ada penyidai luar dan dalam bilik. Yang luar tu dekat balkoni belakang lah.
Dari balkoni boleh nampak suasana belakang bilik. Belakang bilik kami ada stadium. Tapi dalam gambar ni gambar blok lain la pulak.
Balkoni bilik sebelah.
Toilet dia pula ok la kira besar tapi tak ada rupa hotel. Yang pasti, air sejuk la sangat. Tempat ni memang sejuk dah macam Cameron Highland dah rasanya. Eh, sini lagi sejuk dari Cameron Highland pada saya lah. Nasib ada hot shower.
Sabun dan shampoo disediakan jugak.
Bilik kami dekat tingkat atas.
Dari balkoni depan, ada sebuah tasik. Pemandangan menarik lah tak macam rumah sewa saya yang nampak blok apartment depan. Hehe
Mee rebus dekat Pengkalan Hulu ni sedap! Walaupun sekejap berada kat tempat ni tapi cukup untuk buat saya jatuh cinta untuk datang sini balik. Tak apa.. adik saya 2 tahun di sini.
xoxo
20 komen:
insya allah kalu dtg ke sn bleh la sy menginap kt sini... nmpk selesa
Tasik tu nampak nyamannya Dhiera..
Kalau nak beriadah pun sesuai benar..
Bestlah rmh rehat tu..mcm hotel jgk lbih krg..selesa sy tgk w/pun tgk dr gmbr jak :)
Alahai rindunya kat sini... :)
Dulu masa kawen asben keje sini...
memang menggamit memori..
rasa mcam nak ajak asben ke sini bercuti or honeymoon :D
cuti2 malaysia ke nih, hehhe
Salam Dhiera..
Pengkalan hulu ni dekat kedah ke?
pengkalan balak pernah jgk dengar dan pegi..
huhu.. jakun :p
cantik & nampak selesa bilik tu.. mcm homestay pun ade... mmg tertarik
nmpk selesa tmpt persinggahan nie.. kite xpenah sampai perak lg...
Akak mila duk pengkalan hulu, abg ipar kerja askar kat kem sana..tp mila xprnah smpai pun lg,hehe
Bjln je pn dhiera..hihi..
Dh lamer rietta xkesana...biasanye dlu dly ada program di sna....rietta suka ctu...tmpatnye sjuk...damai sj ht....
untung kalau buka rumah rehat macam ni, lagi2 cuti sklah kalau tmpat tu dekat dgn destinasi pcutian.
Salam Dhiera..
lama menyepi..?
cma ade tag utk dhiera tau.. ade mase, buat eh..hihi... 11 things about me
http://shiemacma.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me.html
dah cantik sekarang.. dulu kakak lya pnh mgajar kat pangkalan hulu.. masa tu tahun 1992 kot... mmg xde apa2 pon kt sini & ramai org asli time tu..
macam mno nak booking rumah rehat tu
mcm mna nak booking rumah ni..berapa harga semalaman. tq.
mcm mana nak book rumah ni
@Tanpa Nama
cuma perlu call sahaja ke rumah rehat ni.
@Tanpa Nama
boleh call rumah rehat ni: 04-4778500
Salam...Adik dhiera dah hbs belajar ke d mrsm ph tu? Anak saya baru masuk pada 1 Apr lepas...dia shock sbb tak ada kawan ramai
@Marr Junid
salam mar,
adik saya dah habis belajar dkt mrsm ph tu? sekarang, adik mar dh ok tak berkawan dekat sana?
Catat Ulasan