Ahad, 28 April 2013

Melaka: Taman Rama-Rama

Salam pembuka bicara..


Kawan rapat saya sejak sekolah cakap, "dira dengan zul tiga bulan sekali mesti nak pergi honeymoon"


Dan.. ya! Kami memang suka honeymoon. Err.. siapa tak suka honeymoon kan? Ini cerita lama. Bulan Januari hari tu punya cerita. Masa tu, kami baru 4 bulan kahwin. Mula-mula, plan nak ke negara jiran tapi bertembung dengan majlis kahwin kawan dekat Batu Pahat. Lepas fikir-fikir, ber'honeymoon' dekat belah selatan je. Ok Ok. Kami pergi Melaka. Bukan pergi melawat adik atau paksu tapi semata-mata berjalan-jalan dan kebetulan kami dapat voucher free! Hoyeah! Semua tempat yang kami pergi ni adalah percuma.


Curi gambar saya di instagram.



Ini adalah salah satu tempat yang kami pergi menggunakan voucher!



Perjalanan bermula hari Sabtu pagi. Tak ingat gerak dari rumah pukul berapa tapi kami sampai ke destinasi pertama dalam jam 1 petang. Tak makan tengah hari pun sebab saya dah masak dan bekalkan lasagna siap-siap pagi tu.


Destinasi 1: Taman rama-rama



Kenapa pergi Taman rama-rama dulu? Sebab taman ni dekat dengan tol Ayer Keroh. Keluar-keluar je terus jumpa. Jadi, singgah la sini dulu. Bayaran masuk taman rama-rama melaka ni adalah seperti di bawah.



Dewasa: RM 8
Kanak-kanak: RM 5
Caj kamera: RM 3 (ala.. simpan kamera dalam beg siapa nak perasan. saya yang snap dekat depan kaunter pun tak kena bayar)


Tapi kan, kami laki bini tak payah le bayar sebab ada baucer kan. Jadi, kami dapat sticker F untuk lekat dekat baju. F untuk free. Suka macam kanak-kanak riang.



Kebanyakan spesis dekat sini sama je sebab balik-balik tengok corak rama-rama yang sama. Tapi taman rama-rama kat sini dah macam zoo sebab macam-macam ada!



Best berada di kelilingi rama-rama tapi tak best bila nak jalan sebab takut terpijak rama-rama yang hinggap kat lantai. Jadi, jalan pandang bawah dan berhati-hati.







Dalam taman rama-rama ada gua serangga. Tapi tak tahu la kenapa kura-kura ni tersesat dekat kawasan serangga.



Lepas tu ke Taman ikan koi pulak. Masih lagi dalam taman rama-rama ni. Dalam taman ni cantik jugak la. Ada air terjun kecik tu. Rasa tenang je.




Jalan-jalan lagi jumpa burung unta. Dia ni macam garang la jugak.



Lepas tu, jumpa pulak kura-kura/ penyu lagi. Masa ni masing-masing tengah tidur. Semua menyorok dalam rumput coklat tu. (Apa ntah nama dia)



Lepas tu, ada kawasan ular dan buaya. Tapi gambar ular tak ada kat sini sebab rasa macam geli je tengok binatang tu. Gambar-gambar tu semua simpan dalam laptop hubby sebab dia yang beria nak snap gambar seekor seekor. Macam-macam jugak spesis buaya yang ada dalam taman ni. Antara nama yang sempat di ambil.




Gambar buaya ada watermark blog saya tu ada 2 ekor sebenarnya. Mereka sedang berasmara tettt... Seronok mereka ke hulur ke hilir dalam kolam tu. Ada banyak lagi binatang lain.






Inilah antara binatang yang ada dalam taman rama-rama ni. Macam zoo kecil kan sebab pelbagai spesis ada dalam ni. Sempat la singgah dalam kedai souvenir dia beli firdge magnet. Baru kini saya ada kegilaan pada fridge magnet. Better late then never. Hohoho.


xoxo

15 komen:

Kakzakie Purvit berkata...

Wah... kalau anak kakak dapat ke sini sukanya dia dhiera.

nabilah_2908 berkata...

sy tak pernah lagi masuk ke sini..hehe.. :)

tengok kat tonton la drama Cinta Jangan Pergi tu..lagi best...ada 1 iklan je... :) :)

Muis Ismail berkata...

Bestkn klu berjln semua free..hehe
Neway, x pernah lg ke tmn rama2, tnggu bwk ank kot :)

anumuchan berkata...

amboihh seronoknyee jln2 yeee..

dhiera zainudin berkata...

@Kakzakie
saya yakin anak-anak akak mesti suka!

dhiera zainudin berkata...

@nabilah_2908
nabilah, orang melaka pun tak masuk lagi. saya advance sikit lah.

ala.. dalam tonton kan gambar dia tak cantik! kahkah. alasan.. betul jugak tu. nanti saya tengok kt sane!

dhiera zainudin berkata...

@muis ismail
betul tu.. free memang suka la nak masuk. kalau tak, free. rasa ye tunggu anak-anak ajak jugak kot.

dhiera zainudin berkata...

@アヌム
orang tunggu hari nak bersalin kena dok umah. tak boleh jalan-jalan sangat!

NZ berkata...

hehe,.best nya.macam mana boleh dapat voucher tu..semua nya free.best2!! :)

dhiera zainudin berkata...

@Zakiah
hubby daftar dengan agen perlancongan mana tah. tu yang dapat free tu.

HeNRieTTa JoSe berkata...

Murah fee dia berbanding yg di penang nie....tpi meriah yea...dh mcm mini zoo....

dhiera zainudin berkata...

@HeNRieTTa JoSe
hari tu masa jalan-jalan dekat penang ada jugak plan nak singgah taman rama-rama tu tapi tak jadi pulak singgah ye.

Unknown berkata...

bestnya... lom pernah g lagi selain zoo negara...padahal bukan jauh PD-Melaka..hee

dhiera zainudin berkata...

@azizah :)
jijah.. kalau balik PD p la singgah sana. macam tempat boleh pegi~

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Salam Dhiera..
wah..giler banyak rerama kat sini.. siap kat lantai lg landingnya..
mesra alam jgk rerama ni ye.... yg kat kl tu tempat besar..tp rerama cam kurang. tak mau hinggap dan dihinggap.. hohoh..

bestnye...bestnye...