Taman Rama-Rama | Zoo Melaka | Muzium Samudera | Menara Taming Sari
Turun je dari Taming Sari, kami terus ke River Cruise. Masa ni, saya tak tahu yang ada perhentian dan kaunter tiket river cruise dekat je Muzium Samudera tu. Mati-mati ingat yang kaunter river cruise dekat Taman Rempah, Melaka. Nak naik kereta malas nak bersesak-sesak dengan lalu lintas yang sibuk. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk naik beca sahaja.
Tak silap harga naik beca ni dalam RM 25. Mati-mati ingat jauh, rupanya alahai.. dekat je. Belakang Taming Sari ada Muzium TLDM, seberang jalan Muzium TLDM ada Replika Kapal Muzium Samudera. Belakang Replika Kapal je rupanya. Kalau tahu, awal-awal jalan kaki je. Tapi memang tak tahu nak buat macam mana. Baucer percuma haruslah bawa bersama. Aset penting dalam honeymoon kali ni.
Destinasi 5: River Cruise
Sampai-sampai je, kemain ramai lagi yang dah beratur. Orang beratur dekat untuk naik cruise lebih ramai dari yang beratur dekat kaunter.
Bayaran naik river cruise adalah seperti dibawah.
Dewasa: RM 10 (bersama MyKad)
Kanak-kanak: RM 5 (bersama MyKad)
Kat sini pun dapat tiket juga tapi tulis RM 0 la.
Semua pakat-pakat suruh ahli keluarga beratur dulu dekat giliran naik cruise dan seorang je beratur beli tiket. Lebih dari 1 km panjang beratur nak naik cruise ni. Lenguh-lenguh kaki. Dah la kat belakang kami, pelancong Jepun. Adoi.. Kecoh sungguh anak-anak beliau.
Dari sini pun boleh nampak Menara Taming Sari. Oh, malam-malam ni banyak beca-beca yang berkumpul kat sini. Macam-macam fesyen beca pun ada. Tapi sebab kaki dah sakit sangat, lupa nak ambil gambar. Hoho. Inilah bot yang semua pakat-pakat nak naik.
Macam tak ada apa sangat la naik cruise ni. Ke sebab saya yang tak pandai menghayati seni lukis mural dekat dinding-dinding ke tak tahu lah. Omputih suka la naik river cruise ni sebab dorang suka sangat dengan biawak Malaysia ni. Tak tahu la kenapa. Sepanjang menyusuri Sungai Melaka ni, banyak juga lampu-lampu. Masa belajar dulu, suami saya praktikal dengan sub-kontraktor yang dapat tender pasang lampu-lampu dekat Melaka ni. Jadi, suami asyik dok tunjuk "hah.. lampu tu b pasang" dan blablabla cerita dia dengan projek pasang lampu dekat Melaka ni.
Kalau naik cruise ni, pastikan tak duduk dekat bahagian depan atau tepi cruise sebab kalau tak, merasa la percikan air-air sungai tu. Bau hanyir. Saya adalah mangsa percikan air. Sabar je la.. Lebih baik duduk bahagian tengah. Kena jugak dengan air tapi tak seteruk yang duduk dekat tepi. Kalau duduk depan habis basah.
Ini pula adalah video pendek yang sempat suami rakam semasa menyusuri Sungai Melaka dan melalui Kampung Morten. Antara penempatan pertama di Melaka dan kampung tercantik di Melaka. Sila abaikan suara-suara disebalik video.
xoxo
12 komen:
bestnya...3 kali datang ke Melaka hanya siang hari...indahnya waktu malam
alahai...teringat kenangan naik River Cruise ni :)
Ramai yg dah menikmati river cruise tu Dhiera, tapi kakak tiap kali pergi asyik tak jadi aje...
pernah naik sekali tahun lepas. hihihi.
time tu cuti ape entah krismas kot memang ramai giler orang. so kite beratur yang lain pergi beli tiket. pehh nak patah kaki.
Salam Dhiera..
huhu..tgk bot aje cma dh nk pitam.. inikan pulak nk nek bot..
ntahle.. lepas ada ank yg kedua ni punya seram nk nek bot..
time anak pertama dolu siap dok dlm bot kat tgh2 laut g mancing!..
haha.. kuar topic plak.. dhiera g musim cuti sekolah ke? smpi 1 km org Q tu.. fengsan -_-"
mcm tak berbaloi naik beca dgn bayaran yg mahalkan..
Eeeh...river cruise....rietta teringin juga nk nek cruise nie...
jln2 melaka mmg best waktu mlm.
nak honeymoon melaka gak..tp laki den kata melaka ni dtg hari sudahla..dkt...hihi
jalan2 melaka waktu malam best kan.. tp syg tak pernah jijah g malam2 lagi..heee
teringin.takpenah lagi smpai sana.huhu
Ok takenote, in case naik cruise tu tak duduk depan or tepi.. :)
Tp heaven pe kena air laut..hehee
Catat Ulasan