Salam pembuka bicara..
Hari ini hari kedua saya bermula bekerja di Tanjung Malim semula setelah hampir 1 bulan saya bekerja di Ipoh. Saya gembira. ha
Sigh~ Saya memang harapkan untuk kembali bekerja di sini tapi saya telah merancang pelbagai agenda di Ipoh. Yang paling tidak menyeronokan adalah tadaaa..... Saya diberi memo untuk pulang pada hari yang di kira hari terakhir saya bekerja di Ipoh. Pada saya, management patut dan harus inform saya awal. Sehari sebelum itu saya keluar bersama collegue-collegue saya di Ipoh. Perancangan kami malam itu adalah untuk tidak memberi apa-apa servis kesihatan supaya banyak masa saya dapat habiskan di Ipoh. Tapi sayang, management macam tahu-tahu je rancang kami dan saya di arah untuk pulang. sigh again~ Apa-apa pun segalanya menjadi seperti sedia kala. Saya suka.
Hujung minggu saya masih penuh dengan pelbagai rencana. Walaupun, saya lagi suka untuk menghabiskan masa di rumah (boleh tidur sepanjang hari) tapi saya tetap ingin mencari hiburan-hiburan lain bersama rakan-rakan. Apa rencana nya??? Saya akan berkongsi di post yang lain.
0 komen:
Catat Ulasan