Semalam nini dah selamat sampai di rumah. Trimas untuk kak mimi sebab bawa balik nini dan keluarkan sedikit belanja unutk nini. Dan trimas juga sebab akak belanja isi minyak sampai full tank. hu.
Emosi: saya gembira. Excited sangat. Sampai Z nak tidur pun, saya rasa kalau boleh tak nak bagi. Kena dengar cerita saya. Padahal, rasanya saya nak bercerita tentang cerita yang sama berulang-ulang. Semalam tak tahu nak tinted nini color apa. Z suruh tinted color hitam sebab dia kata color lain tak lawa. Tapi kalau boleh, saya tak mahu warna hitam. Mungkin saya kurang gemar dengan warna ini kot. Ikutkan hati nak tinted color hijau. Adik saya sibuk gelakkan saya. Dia kata 'semuanya nak warna hijau'. Dia siap cakap 'nanti kakak kahwin, umi ambil daun pokok rambutan itu buat perhiasan. Warna hijau juga'. Dalam hati terbakar betul dengan budak ini.
Nak tahu apa keputusan saya. Saya pilih warna brown. hu. Sebab pilihan yang saya ada hanya hitam dan brown saja. Daripada saya pilih hitam, baik saya pilih brown. Lagipun, saya memang pengemar warna-warna alam ini. Tapi biru macam ada sedikit kureng la. hu. Hasilnya, saya puas hati. Tak ada buruk pun. Lawa sangat. Macam tengok pokok. Kan daun hijau, dahan coklat. he. Pada saya, Z itu takut pada perubahan kot. Sebab itu dia stick dengan warna hitam. Tapi saya dah pesan, kereta dia nanti saya nak tinted warna hijau. ha. Tak kira.
End story pasal tinted. Next, saya masih tak dapat bawa nini jalan-jalan sebab saya belum biasa lagi untuk balance kan clas dan minyak. Sebab balance antara dua ini sangat berbeza dengan didi. Kalau bawa didi, saya hanya perlu tekan minyak sikit dan lepas clas banyak. Tapi nini, saya perlu tekan minyak banyak dan lepaskan clas sikit. Jadi, saya perlu praktis lebih sedikit. Oleh itu, saya tak bawa nini pergi ke tempat kerja lagi hari ini. Mungkin minggu hadapan. Tak sabar nak bawa nini jalan-jalan.
Semalam saya ada buat sedikit survey. Saya sebenarnya nak sangat tahu apa beza minyak RON 95 dengan RON 97? Actually, terbit soalan ini bila dapat kertas peraduan dari petronas hari itu masa isi minyak RM30. Kalau isi, RM20 tak dapat pula. Bias ni. Sedikit information yang saya boleh kongsi dari website ini. Tapi post ini adalah post lama. Dia beza RON 92 dengan RON 97. Tapi yang dapat saya simpulkan di sini. Isilah minyak ikut minimum RON yang kereta kita perlukan. Ayah kata setakat kereta murah-murah ini pakai RON 95 dah cukup. Kalau kereta mewah-mewah haruslah pakai minyak RON 97. Kalau tak, kita yang pakai kereta murah ini buat poket kosong saja. hu. http://paultan.org/2006/07/25/research-octane-number/
Tapi additive yang di campur dalam minyak itu, mana satu lebih bagus saya tak tahu. Saya tak dapat lagi information yang cukup kukuh. Setiap stesen minyak (petronas, bhp, shell, caltex) mereka guna additive yang berbeza. Kalau additive yang sama buat apa dorang nak promote minyak dorang lagi bagus kan kan? Kalau buka dalam forum, macam-macam yang dorang bincang kan tapi kata putus tak ada. Penat saya baca. hu. Tapi at least, dapat lah sedikit ilmu. ha. Ilmu kan pelita hidup.
5 komen:
suke eh wana hijau ngan cklat..ok la tu..wana alam flora dan fauna...ape yg pntg awak suke..watper nak ksh pasal mr z..nnti leh bwak 'pokok' jln2..hoho..
thanx ya..2 r, wta pe nak ambil kesah kan?btw, nama dia nini bukan pokok~
ala..lbh krg jer..kan wana pokok?hoho..jgn mrh..
ei..nak marah jugk~
mrhla..nnti cpt tua padan muka..hahaha..
Catat Ulasan