Saya agak malas untuk menulis hari ini. Tapi tinggal pertanyaan terakhir seorang sahabat ini. Tiga pilihan yang lain telah saya huraikan di post ini, ini dan ini.
Ok. Aiskrim.
Aiskrim dan ais adalah berlainan. Saya kurang suka untuk makan ais. Mak saya pernah cakap gigi jadi tak cantik kalau selalu makan ais. Saya percaya. Sampai sekarang saya kurang makan ais. Dalam sebulan, belum tentu ada sekali saya ABC.
Tapi, zaman kanak-kanak saya ada istilah aiskrim malaysia. ha. Yang harga 20sen itu. Padahal, kalau fikir-fikir balik, aiskrim malaysia itu sama je kot dengan ais. Cuma yang bezanya adalah saya berminat untuk makan aikrim milo sahaja. Cuma kadang-kadang saya makan aiskrim nenas. Amaran! Aiskrim ini saya tak beli kat luar tapi saya makan yang mak saya buat sahaja. Rasa dia memang lain. Sebab aiskrim ini mak saya buat guna air panas. Makanya, bila air itu dah jadi ais. Ais dia jadi lembut dan mouthfeel. Terus cair dalam mulut. ha. Ok tipu. Kena ketuk dulu baru la jadi mouthfeel. Kawan-kawan saya pun selalu datang rumah sebab mahukan aiskrim ni.
Dulu waktu saya duduk di asrama, bff saya selalu ajak saya makan aiskrim selepas makan tengah hari. Aiskrim yang jadi pilihan saya adalah aiskrim roket dan pensel. Spesis aiskrim yang murah-murah. Tapi aiskrim pensel itu jadi pilihan terakhir saya sebab dia keras.
Ketika belajar di matrik pula, saya dan kawan-kawan rapat dengan seorang abang lab assistant ini. Abang ini kira dah jadi macam abang angkat saya lah. Dia selalu belanja saya makan aiskrim. ha. Sangat best. Asal jumpa saja, abang ini akan tanya nak aiskrim tak? Malah, kalau kami berbual dalam telefon, abang ini selalu cakap 'dah lama tak belanja adik aiskrim kan?'. Ayat sambungan 'nanti kalau abang turun KL, abang belanja ea'. Tapi tak pernah pun. ha.
Bila saya pergi Gaint dengan kawan-kawan saya, saya selalu ajak dorang beli aiskrim yang 99sen itu. Atau bila balik dari kuliah, kawan-kawan saya ajak makan aiskrim, saya akan pilih aiskrim moo. Sebab aiskrim ini ada tulis kat plastik dia, high in calcium. ha. Tapi dia tak tulis la pula high in fat. Pandai betul nak kelentong budak-budak.
Saya pernah belajar buat frozen desert yang macam aiskrim. Nama dia mousse. Sedap. Tapi banyak guna telur.
Gambar ini saya letak chocolate mousse sebab saya suka aiskrim coklat. kah. Bias kan? Selain itu, sorbet dan sherbet pun saya pernah belajar juga.
Memori yang paling best adalah waktu saya dan beberapa rakan-rakan berada dalam keadaan yang sangat stress. Masa final exam di final year dan dalam waktu yang sama kena siapkan tesis. Sangat stress. Petang itu konon-kononnya nak pergi swimming kat putrajaya tapi dibatalkan sebab hujan. Kami pun pergi makan besar di Noodles Station. Kebetulan, kawan-kawan saya ini tak pernah lagi makan di Noodles Station. Kami pergi la ke Alamanda. Dah habis makan, tak tahu nak buat apa. Then, pergi carrefour dan beli aiskrim Wall's selction double dutch with marshmallow. Beli sudu plastik juga. Nak ambil dekat food court. Tapi food court bukan guna sudu plastik. Makanlah kami bertiga dekat air pancut alamanda itu. ha.
Aiskrim yang paling tak sedap saya pernah makan adalah di Baskin Robin. Nasib bukan saya yang beli aiskrim itu. Rasa dari kawan saja. Nama aiskrim tidak diketahui.
2 komen:
haha..aku terlibat mkn aiskrim dgn ko time zaman matrik je kan? eh,penting ke? =.='
kt aysk pn terlibat jugak kot..
errr...igt2 lpe.yg pasti ad jiha.huhu.
abg fazli dh gemok la weh~
Catat Ulasan