Seorang sahabat saya, Nida. hu.
Permintaan seterusnya dari Z. Dia minta saya untuk expresskan perasaan saya. Owh,no. Serius bab ini saya memang tak terer. Mungkin dalam blog ini adalah tempat saya untuk luahkan dengan cara menulis bukan kata-kata yang keluar dari mulut saya. Atau mungkin apa yang saya rasa saya lagi suka simpan sendiri. Atau mungkin saya tunjukkan dalam perbuatan saya. Dan mungkin saya bercerita dengan sahabat rapat saya. Saya cuma harap Z faham-faham sendiri lah. Maka, saya minta maaf ya. Permintaan anda juga tidak dapat saya penuhi. Bukan sekarang tapi masa akan datang, Insyaallah saya dapat penuhinya.
Itu antara permintaan-permintaan sahabat kepada saya. Saya juga ada permintaan. Saya nak pergi MAHA 2010. Macam mana sekalipun, saya tetap nak pergi. Mak minta saya batalkan dengan alasan 4 Dec nanti mak minta saya ikut nenek saya pergi Tampin untuk rombongan meminang bagi pak su. Serius saya memang tak nak pergi. Sebabnya saya memang dah merancang untuk pergi MAHA dan saya sememangnya dah berjauh hati dengan keluarga belah mak saya. Alasannya. Biar saya seorang saja yang tahu. Ini rahsia. Tapi saya selalu fikir samada suatu hari nanti saya perlukan mereka ke? Saya tiada jawapan sampai sekarang. Oleh itu, saya abaikan.
Dan semalam, iklan mana tah yang keluar kat TV itu bagitahu MAHA hanya berlangsung pada 26 dan 27 Nov sahaja. Ei, iklan ini memang cari nahas. Sebab iklan itulah mak dan adik saya bersungguh cakap yang MAHA 2 hari saja. Geram. Rasa nak marah sahaja dengan maklumat kat TV. Saya nak tegaskan MAHA dari 26 Nov sampai 5 Dec ok!! Tolong lah percaya. Kalau tak nak percaya juga, buka website ini. Lihat pada current info di sebelah kanan itu. Secara logiknya, event yang diadakan 2 tahun sekali tak kan lah berlangsung 2 hari saja kot. Tak balik modallah kalau buat 2 hari saja kan? Kepada pihak yang mengeluarkan iklan berkenaan, silalah tukar atau lebih tepat betulkan maklumat anda. Tukar sebelum saya saman anda. Ok. Tipu. Tak kan lah sampai saman kot. Maklumat yang salah macam ini boleh buat orang salah faham malah salah faham kepada saya juga.
0 komen:
Catat Ulasan