Jumaat, 12 November 2010

Episod 3: Saya suka

Salam pembuka bicara...

Kesinambungan daripada post ini dan ini.

Bercakap tentang bunga. Kalau nak tahu dua tahun yang lepas saya ada tunjuk beberapa gambar bunga ros. Bunga ros itu tak sama dengan kebanyakan bunga ros yang biasa saya jumpa dan penjagaan dia amat leceh. Lihat post ini. Sepanjang saya jaga bunga ini sendiri di kolej memang tak ada masalah. Bunga ini pun macam bagi semangat kepada semua housemate saya bila kami penat balik dari kelas especially dari lab.

Kalau bercakap tentang bunga, seingat saya ada beberapa kisah.

a) Saya pernah dapat dedication sekuntum bunga daripada abang angkat saya. Kalau tak silap bunga ros warna peach. Sangat surprise sebab bangun-bangun nampak bunga atas loker. Waktu ini saya form 1.

b) Setiap hujung tahun, asrama saya akan buat party. Bukan takat jamuan perpisahan yang rasmi, ada juga party-party yang diisi dengan majlis tari-menari. ha. Ini party untuk gadis-gadis aje ok! Waktu ini semua orang nak tunjuk daring. ha. Salah satu agenda penting adalah program tukar-tukar hadiah. Ada beberapa kali saya dapat hadiah bunga artificial yang dalam dia ada perfume itu. Saya tak tahu nama sebenar bunga itu.

c) Waktu saya form 4, saya dapat lagi sekali bunga yang ada perfume kat dalam itu. Kali ini adik angkat saya yang bagi. Bunga-bunga ini semua memang saya tak tahu nak buat apa. Akhirnya, semuanya saya tinggalkan dekat rumah di Sijangkang. Rasanya dah tak boleh pakai lagi kot.MAlah, bunga-bunga ini semua dah berhabuk pun. Tapi mungkin bunga-bunga ini saya boleh DIY untuk majlis saya nanti kot.

d) Sempena hari lahir saya kelima belas, ayah saya datang melawat saya di asrama selepas habis waktu bekerja beliau. Too surprise. Ayah saya datang bawa hadiah birthday. Ayah saya bagi lampu untuk meja kecil macam ini. Dan juga bunga ros macam kat bawah ini juga. Weekend itu pula ayah datang lagi sekali dengan bawa kek birthday. Happy happy!!



e) Tarikh 10 March 2005. Hari ini result SPM saya keluar. Saya sangat frust dengan result saya sebab result saya tak sama dengan target saya. Sepanjang hari saya nangis. Tiba-tiba ayah balik kerja, ayah bawa balik sejambak bunga ros. Tapi belum cukup untuk buat saya tersenyum. hu.

f) Pada hari konvokesyen saya, saya dapat sejambak lagi bunga ros. Sama macam bunga kat atas itu tapi ada satu teddy bear kat tengah-tengah. Seorang sahabat saya yang bagi. Saya anggap itu hadiah untuk hari lahir juga. ha.

Hakikatnya, saya suka bunga ini. Bunga tulip.


 Dan ini bunga lili. Saya tak sure bunga ini jenis apa. Kalau tak silap saya, bunga ini clala lily.
Persamaan kedua-dua bunga ini adalah kedua-duanya bunga yang murah. ha. Budget bunga. Mungkin untuk bunga tangan saya, saya mahukan bunga macam ini.

Untuk tulip boleh jadikan centerpiece kat meja makan macam ini. Tapi bukan bunga itu taw.



hu. Abaikan. Saya memang suka berangan.



0 komen: