Selasa, 16 November 2010

Raya

Salam pembuka bicara..

Ini adalah post saya yang ke 100.

Sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan selamat berhari raya aidiladha untuk rakan-rakan semua (yang muslim).

Apa yang korang korbankan tahun ini?

Saya korbankan perasaan saya. Semalam saya agak berkecil hati dengan seseorang sebab pertanyaan saya ditolak mentah-mentah. Yang saya cuma harapkan, satu ayat sahaja. Tak kesah dari permulaan cerita atau akhir cerita atau pun klimaks cerita atau rentetan cerita. Sebenarnya, saya tak minta untuk mengetahui keseluruhan cerita walaupun pertanyaan saya macam nak tahu semua cerita. Saya cuma mahu sedapkan hati saya sahaja. Dan selebihnya, saya nak rasa lebih secure. Itu sahaja. Mana tahu akan datang dari cerita ini boleh buat saya rasa saya patut percayakan dia dari yang lain. Siapa tahu kan dan siapa jangka apa yang berlaku masa akan datang? Tapi tak apalah, saya dah tak kesah dan dah tak berminat nak tahu pun.

Saya tahu seseorang yang saya maksudkan akan baca post ini. Saya minta maaf ye.

0 komen: