Hari ini hari yang sangat busy untuk saya. Tiba-tiba ramai betul orang yang datang ke tempat kerja ini. Sampai sakit pinggang di buatnya.
Excited saya masih pada nini. Saya dah bawa nini berjalan-jalan tapi masih belum dapat biasakan diri bila bawa nini. Macam saya cakap sebelum ini. Didi dan nini sangat berlainan. {post ini} Dalam pada tak sedar, ada seseorang berkecil hati dengan saya sebabnya saya seolah-olah tiada masa untuk beliau. Bila malam, saya dua kali tertidur sewaktu bermesej dengan beliau. hu. Saya minta maaf sangat pada beliau.
Saya penat melayan kerenah sepupu-sepupu saya. Pergi kenduri kahwinlah, pergi fotostatlah, pergi beli kek lah. Macam-macam yang saya buat. Pergi pasar lagi.
Sampai kan sepupu saya yang si kecil itu sibuk nak mengikut saya balik ke rumah. Sampai rumah kena lah pula layan kerenah dia. (Siapa suruh bawa dia balik) ha. Padan muka. Petang itu, saya ada tanya pada si kecil amoi ini nak balik rumah ke tak? Dengan confident dia cakap 'Tak nak. Nak tidur rumah mak ngah. Rumah mak ngah best'. Ok. Saya ikut cakap dia dengan pesanan 'Malam jangan nangis. Akak tak nak bawa amoi balik. Amoi nak balik, amoi jalan kaki.'
Jam 8 lebih dia sudah masuk bilik nak lepak dengan saya atas katil. Saya suruh dia tidur bawah dia tak mahu. *eeii,,jahat.suruh budak tidur bawah* Nak ke tak nak, kenalah layan sepupu seorang ini membebel. Budak-budak memang suka membebel sebelum tidur. Teringat waktu saya kecil-kecil, kalau balik kampung selalu tidur dalam bilik dengan seorang sepupu ini. Kami asyik berborak saja sampai orang lain yang sudah tidur kena tegur kami supaya tidur. Dah tutup lampu pun mulut membebel lagi. Mata sudah tutup pun boleh cakap lagi. ha Sambung story, maka, tidur lah berdua atas katil. Tak sampai 1 jam tidur, dia dah menangis nak balik. Ei, ini yang tak suka ini. Kenalah hantar dia balik ke rumah dia. Nasib mak yang offer diri nak hantar amoi balik.
Kesimpulan yang saya dapat: jangan bawa budak-budak tidur sama kalau nak berangan sorang-sorang.
Tadi saya ada cakap yang saya ada beli kek. Sebenarnya, semalam adalah hari lahir buat adik saya yang bongsu sekali. Birthday yang ke 13. hu. Memang susah nak buat pilihan kek. Kalau ikut saya, saya nak beli kek coklat atau pandan layer cake. Tapi disebabkan mak kurang sukakan kek coklat, saya tak jadilah beli kek coklat. Nak beli pandan layer cake tapi sudah habis pula. Makanya, saya hanya beli kek blueberry saja lah.
6 komen:
hahaha..lawak btul..sggup suruh bdak kcik tido bwh..apela..=p
ala,saya tak suka tidur kat bawah. minta lah dia yang turun kat bawah..
hmm..mcm2 skrg..nsb bek budak2.klau org yg lg tua dari awak mcm mana?huhu..
kalau orang tua, kawtem la.. minta dia tidur bawah. itu bilik saya. kalau tak nak, tidur la kat ruang tamu~ lalala
eii..apela awak nie..xbek tau..kite kene hrmat org yg lg tua dr awak..mcm saya..hehehe..
so, en zul nak cakap yang encik ni lagi tua la.. hu. biasanya kalau orang tua yang datang tempat kita, dia tak akan request macam-macam sebab dia tahu jaga privacy orang lain. budak-budak saja yang selalu minta macam-macam..
Catat Ulasan