Isnin, 20 Mei 2013

Islamic Softbook untuk di jual

Salam pembuka bicara..


Sekarang ni nak update blog on off on off macam suis. Hehe. Saya tengah sibuk menguruskan perniagaan kecil saya. Salah satu yang saya jual adalah Islamic Softbook.


Sangat bagus untuk bayi dan kanak-kanak. Sesuai untuk bayi 3 bulan ke atas!
Tak mendatangkan masalah kalau budak-budak nak gigit ke apa dan boleh dibasuh!
Sangat jimat untuk jangka masa yang lama.
Ada 6 mukasurat tak termasuk kulit muka depan dan belakang


Kalau ada yang berminat, boleh lah beli dengan saya. Caranya mudah sahaja:
2. Boleh emel saya : dhieranottie@gmail.com
3. Whatapps atau sms: 013-3866930


1. Alif to Ya
Kod: EB 011
RM 35
*Pre-order* 
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Alif to Ya. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.

Anak-anak boleh belajar huruf Hijaiyah dari alif sehingga ya


2. Assalamualaikum

Kod: EB 010
RM 35
Ready stock

Anak-anak boleh belajar 6 ekspresi harian / bacaan harian dalam keadaan yang betul atau pada situasi yang betul



3. Binatang kecil di sekitar kita
Kod: EB 012
RM 35
*Pre-order*

Anak-anak boleh belajar tentang binatang-binatang kecil disekeliling kita




4. It's Prayer time
Kod: EB 009
RM 35
*Ready stock*

Anak-anak boleh belajar 5 masa waktu solat dan memberi motivasi kepada anak-anak supaya suka menunaikan solat



5. Learning 123
Kod: EB 015
RM 35

*Pre-order*
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Learning 123. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.


Anak-anak boleh belajar nombor 1 sehingga 10. Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap nombor ada disediakan ilustrasi bersama gambar. Datang dalam bahasa melayu dan english


6. Learning ABC
Kod: EB 016
RM 35

*Pre-order*
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Learning ABC. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.


Anak-anak boleh belajar huruf A hingga Z. Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap huruf ada disediakan ilustrasi bersama gambar
7. Learning Arabic Number
Kod: EB 005
RM 35

*Ready stock*


Anak-anak boleh belajar huruf nombor dalam bahasa arab dari 1 (ahad) sehingga 10 ('asyarah). Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap nombor ada disediakan ilustrasi bersama gambar. Lengkap dengan simbol Arab dan ejaan Arab.



8. Melaksanakan Ibadah Haji
Kod: EB 013
RM 35

*Ready stock*


Anak-anak boleh belajar persediaan mudah dan ringkas dalam mengerjakan ibadah haji.




9. Mengenal warna
Kod: EB 014
RM 35

*Ready stock*


Anak-anak boleh belajar konsep warna dan gambar benda-benda yang sering ditemui oleh mereka

10. My Today's Prayer
Kod: EB 006
RM 35

*Ready stock*


Anak-anak boleh belajar 7 doa yang boleh mereka praktiskan.


Kalau berminat, boleh lah:
2. Boleh emel saya : dhieranottie@gmail.com
3. Whatapps atau sms: 013-3866930


xoxo






Khamis, 16 Mei 2013

WW: Bahagia

Salam pembuka bicara..


Hampir genap 9 bulan perkahwinan kami. Nah, gambar inai yang tinggal masa usia perkahwinan 6 bulan. Sekarang tinggal inai di ibu jari kaki je.



Feeling pengantin baru tetap ada!


xoxo

Isnin, 13 Mei 2013

Pengkalan Hulu: Rumah Rehat Pengkalan Hulu

Salam pembuka bicara..


Bulan Februari yang lepas, adik bongsu saya masuk MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Saya sengaja la nak ikut mak dan ayah hantar adik saya ke sana sambil tu boleh jalan-jalan tempat orang. Pengkalan Hulu ni terletak di sempadan Thailand dan pekan terdekat selain Pengkalan Hulu adalah Baling, Kedah. Grik jauh  sikit lah. Baling ni tak sampai 30 minit dah sampai dah. Pertama kali datang sini terasa macam jauhnya perjalanan tapi saya tidur je dalam kereta. Hoho



Sampai Pengkalan Hulu kami check in dulu dekat Rumah Rehat Pengkalan Hulu. Ayah nak rehat-rehat la kononnya tapi tak jadi sebab ayah dah excited nak jalan-jalan pusing kawasan. Sebelum cerita apa yang kami buat di sini, saya nak review dulu Rumah Rehat ni.



Ayah booking 2 bilik untuk 3 orang dekat sini. Saya dengan 2 adik perempuan saya 1 bilik manakala mak, ayah dan adik lelaki saya 1 bilik. Suami saya tak ikut sebab kerja. Bilik dia agak luas. Malah, ada ruang yang besar kalau ingin solat berjemaah. Selesa! Setiap bilik dibekalkan dengan satu sejadah dan kami sendiri bawak sejadah. Boleh lah untuk berjemaah.




Dalam bilik juga ada sediakan meja kecil dan 2 kerusi ni.



Kalau untuk tinggal lama, boleh lah kita nak basuh baju-baju kecil ke apa sebab ada penyidai luar dan dalam bilik. Yang luar tu dekat balkoni belakang lah.




Dari balkoni boleh nampak suasana belakang bilik. Belakang bilik kami ada stadium. Tapi dalam gambar ni gambar blok lain la pulak.



Balkoni bilik sebelah.



Toilet dia pula ok la kira besar tapi tak ada rupa hotel. Yang pasti, air sejuk la sangat. Tempat ni memang sejuk dah macam Cameron Highland dah rasanya. Eh, sini lagi sejuk dari Cameron Highland pada saya lah. Nasib ada hot shower.




Sabun dan shampoo disediakan jugak.


Bilik kami dekat tingkat atas.




Dari balkoni depan, ada sebuah tasik. Pemandangan menarik lah tak macam rumah sewa saya yang nampak blok apartment depan. Hehe




Mee rebus dekat Pengkalan Hulu ni sedap! Walaupun sekejap berada kat tempat ni tapi cukup untuk buat saya jatuh cinta untuk datang sini balik. Tak apa.. adik saya 2 tahun di sini.


xoxo

Selasa, 7 Mei 2013

Bayar parking setiap hari kalau ke Melaka

Salam pembuka bicara..


Inilah dua baucer jalan-jalan di Melaka yang tak sempat nak guna lagi.




Cerita tak best yang kami terima pagi-pagi ahad di Melaka adalah seperti gambar dibawah. Kebanyakan tempat hari ahad tak perlu tayang kopun gores parking tu. Kalau Tanjung Malim memang tak perlu untuk hari Ahad dan cuti umum tapi Melaka tidak ye, kena juga bayar parking setiap hari. Kami ni tak tahu jadi tak adalah bayar parking. Yang tayang dekat kereta tu pulak expired jam 8 pagi kot. Elok-elok je tamat tempoh bayaran parking, dah kena saman.



Kami bayar time tu jugak la. Bila lagi nak datang Melaka kan. Bayar dekat pondok polis depan Menara Taming Sari tu. Yang bukan warga Melaka tu, jangan lupe ye bayar parking setiap hari.


xoxo

Isnin, 6 Mei 2013

Melaka: Monorel Perlancongan Melaka

Salam pembuka bicara...




Semua pakat-pakat cerita pasal PRU 13 hari ini. Saya tak ada mood untuk cerita pasal PRU 13. Lain kali lah baru stori mori pasal tu. Kihkih. Meh sambung pasal jalan-jalan Melaka tempoh hari. Ini adalah destinasi terakhir saya. Ada yang berlaku pada hari ahad pagi, saya cerita dekat entri selepas ni. Hehe.


Destinasi 7: Monorail Perlancongan Melaka



Ini adalah destinasi terakhir sebab selepas tu terus nak gerak ke Batu Pahat. Ada lagi 2 baucer yang tak sempat guna sampai sekarang pun belum guna. Tak berkesempatan nak ke Melaka lagi.



Bayaran untuk naik monorail seperti di bawah.


Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5


Tapi buat masa sekarang ni yang dah beroperasi dua stesen je. Ikut perancangan mereka nak buat 3 stesen macam dekat bawah. Pada saya kalau datang berbayar, lebih baik tunggu semua stesen dah mula beroperasi baru naik. Kalau tak, rasa macam rugi je. erkk..



Tapi pengalaman naik monorel ni menarik jugak la. Monorel ni betul-betul sebelah river cruise dan kat sini lah dipanggil Taman Rempah yang mana saya ingatkan satu-satunya kaunter untuk naik river cruise.



Dan buat pertama kalinya, naik monorel yang ada hanya saya dan suami sahaja sebagai penumpang. Macam suami booking monorel nak bawa bini jalan-jalan dah. Haha. Berangan lebih.



Ini pulak antara pemandangan yang boleh nampak masa naik monorail ni. Pemandangan cantik sebelah kanan sahaja. Sebelah banyak pembinaan atau hotel dan kedai-kedai je.








Ini pula adalah Villa Sentosa atau lebih Malay Living Museum. Tak silap muzium bagaimana orang melayu melaka hidup dan rumah ni masih berpenghuni.



Dulu saya pernah dengar yang Sungai Melaka ni banyak sampah-sarap. Atas inisiatif kerajaan Melaka pelbagai aktiviti di kawasan sungai telah dijalankan. Akhirnya, sungai ni jadi bersih cuma daun-daun kering susah la nak dibersihkan sebab setiap hari mesti ada yang gugur dari pokok kan. Tapi saya lihat dengan mata sendiri yang orang yang memungut sampah di kawasan sungai ni bekerja sehingga malam. Mereka naik perahu kot sebab saya tak sedar ada bunyi bot. Saya nampak masa tengah tunggu giliran nak naik river cruise.



Melaka ni banyak tempat menarik dan pergi. Macam-macam ada rupanya tapi saya tak tahu contohnya Villa Sentosa tu. Ini adalah 2 lagi baucer yang tak sempat saya guna sepanjang berada dekat Melaka ni. Rasanya kalau hari ahad tu seharian dekat Melaka dah habis guna kot baucer ni.


xoxo

Jumaat, 3 Mei 2013

Melaka: Pirate Park

Salam pembuka bicara...


Taman Rama-Rama | Zoo Melaka | Muzium Samudera | Menara Taming Sari | River Cruise


Destinasi 6: Pirate Park



Lepas je, habis menyusuri Sungai Melaka kami terus berjalan kaki ke tempat letak kereta untuk ke Pirate Park. Nasib Pirate Park ni buka sampai tengah malam sempat lah datang selepas berlama menanti River Cruise tu.



Bayaran untuk main game ni mahal jugak la ke standard. Saya tak tahu.



Baucer yang kami ada tu adalah untuk main 1 game sahaja. Boleh pilih lah mana-mana permainan yang kita nak main. Kami pilih Pirate Ship sebab saya macam tak pernah je naik. Hehe



Ini pula namanya Ferris Wheel atau nama lain Eye on Melaka. Kecik je.



Ini pula Mad Bull. Ganas sungguh beliau.



Rumah hantu pun ada dalam taman tema kecil ni.



Ini pula Bungee. Budak-budak je la boleh main permainan ni. Dia ada had berat yang ditetapkan. Tak silap sampai 45kg. Boleh lah nak loncat-loncat di atas tapak tu.



Ini sahaja lah permainan yang ada dalam taman ni. Lepas pusing-pusing, dating tepi sungai, kami pun balik. Nak shopping dekat uptown pula dan tidur. Tapi Melaka sesak dan parking susah nak cari. Besoknya pagi-pagi dapat cerita tak best.


xoxo