Salam pembuka bicara...
Saya ada buat khidmat sewaan barang-barang yang saya guna masa kahwin tempoh hari. Sebab banyak sangat barang kan dari disimpan sahaja baik disewa pada yang perlu. Masa kahwin haritu, hampir semuanya saya buat untuk simpanan sendiri dari baju, pelamin, hantaran dan lain-lain. Hampir semuanya sendirian berhad.
Untuk detail, bolehlah PM saya di facebook:
Dhiera Wedding Rental. Bawah ni antara barang-barang saya buka untuk sewa.
1. Baju resepsi
Warna baju adalah champagne kekuningan. Baju saya muat untuk orang bersaiz S. Baju suami saya muat untuk orang bersaiz L. Hiasan dibaju saya ada 3D flower, beaded lace dan manik-manik warna sedondon dengan warna baju dijahit pada leher baju, pinggang baju, hujung tangan baju, kain, veil dan shawl. Pada tangan baju ada butang kain tapi gambar bawah ni tak ada pula gambar butang tu.
2. Bakul hantaran
Saya ada 2 biji bakul ni. Sesuai untuk dijadikan hantaran atau hiasan. Warnanya adalah off white.
3. Balang kaca
Balang kaca ni saya ada 2 biji. Sesuai untuk guna sebagai barang letak hantaran atau hiasan.
4. Bantal hantaran.
Saya guna masa bertunang dan nikah tempoh hari. Ada 2 warna iaitu hijau cair dan pink. Bantal warna hijau cair ada 9 biji manakala pink ada 10 biji. Boleh disewa bersama kaki hantaran.
5. Bantal duduk nikah
Saya ada 2 biji yang guna masa nikah tempoh hari. Satu saya guna untuk duduk, satu lagi suami yang guna untuk duduk.
6. Bekas hantaran
Bekas hantaran ni dah dihias oleh keluarga suami. Guna masa hantaran waktu nikah dulu. Bekas ni berkaki. Warna off white. Hiasannya warna ungu. Saya ada 8 biji.
7. Cake stand
Cake stand ni 3 tingkat. Warnanya adalah putih. Kedudukan tingkat tu boleh diubah. Saya letak ikut susunan seprti tangga.
8. Easel
Saya ada 2 easel berwarna putih. Saya letak di pintu masuk khemah.
9. Foam flower
Ini adalah bunga besar yang selalu orang letak dekat pelamin tu. Materialnya adalah evafoam. Warnanya adalah putih dan kuantiti yang saya ada sebanyak 2 biji.
10. Kaki bunga pahar
Saya ada 2 biji kaki bunga pahar ni. Diperbuat dari tembaga dan sangat fragile. Warnanya adalah gold.
11. Payung kuning
Payung ini berwarna kuning cair. Saya ada 2 kaki payung kuning ni. Hiasan ada disekeliling payung.
12. Set kipas tangan dan bantal tangan
Saya ada 1 set kipas tangan dan bantal tangan berwarna putih. 1 set termasuk 2 bantal tangan dan 2 kipas tangan.
13. Half moon shawl off white
Saya guna masa majlis nikah tempoh hari. Warna off white dan bermanik. Pakai shawl ni memang tak membulatkan muka.
14. Veil baby pink
Saya sangat sukakan hiasan manik dan 3D flower dekat veil ni. Sangat cantik! Lace pada veil ni adalah lace yang sama pada baju saya.
Ada beberapa item atas ni saya ada buat review dekat blog kahwin saya tu [
klik sini]. Sebarang pertanyaan, boleh emel saya atau PM saya di
facebook.
xoxo