Selasa, 29 Januari 2013

Kek span coklat dan rendang itik

Salam pembuka bicara..


Hari tu, masa jalan-jalan husband mak saya ada call cakap yang pak cik dan adik saya nak datang petang nanti hantar lauk. Masa tu, pak cik dengan adik saya balik kampung. Kira nak singgah rumah kejap lah kan. Tapi rumah tak ada stok makanan selain biskut yang sesuai untuk minum petang. Akhirnya, singgah lah econsave kejap nak cari tepung segera untuk buat kek. Yang ada semuanya hanyalah kek segera. Jadi, beli lah satu kotak kecil.



Balik rumah terus masak dan nak tahu apa yang berlaku. Saya terlupa masuk kan esen vanila. Terbaik lah. Bau telur kek saya. Adoi lah. Akhirnya, diri sendiri pun tak lalu nak makan. Kesimpulan, esen vanila penting nya masa nak masak kek terutamanya. Jangan lupa letak, nanti diri sendiri yang tak lalu makan apa lagi nak jamu tetamu.


Lepas tu, buka lah apa lauk yang mak kirim tu. Tengok-tengok rendang itik. Nyum nyum. Sedap sangat...



Berapa ramai antara korang yang suka rendang itik?


xoxo

14 komen:

Kakzakie berkata...

Sayangnya kalau kakak makan aje walau tak ada vanilla. Rasa coklat kan ada dhiera...

Itik sebab kakak dikampung ada bela mestilah kakak makan. Pada kakak sedap.

HeNRieTTa JoSe berkata...

rendang itik? yummy...xpernah rasa pown lagi...

Zakia berkata...

Sedapnya~

Hana Soffelia berkata...

Sedapnyaaaaaaa.....

dhiera berkata...

@Kakzakie
tapi yang ni bau telur dia kuat sangat kak. coklat pun tak sekuat telur. menyesal jugak beli yang ready made macam ni

dhiera berkata...

@HeNRieTTa JoSe
rieta kena try rasa. sedap!

dhiera berkata...

@Zakia
=)

dhiera berkata...

@Hana Soffelia
=)

wan nurul hezrina abd halim berkata...

sangat suka ngan itekkkk...erm sodapnya itek=)alamak loya lak bab bau teulq tuh=)

ct zainal berkata...

dhiera, lapar terus rasa bile tgk gambar makanan. hihihi

dhiera berkata...

@wan nurul hezrina abd halim
yeay, geng! gimme 5.

dhiera berkata...

@ct zainal
tengah lapa ea?

Myra Jay berkata...

Rendang itik tak pernah makan ;)

Kalau tak tau mungkin akan makan, tapi kalau tau, tak sure makan ke tak..hehee

.izzati liyana. berkata...

mmg betul betul itik ke? err, tak pernah makan. taktau rasa macam mana.