Rabu, 19 Disember 2012

Aturcara majlis pernikahan

Salam pembuka bicara..


Hard disk memang tak boleh diselamatkan. Makanya, bercadang nak beli hard disk baru je. Tapi bila semalam suami cakap dia nak beli galaxy note terus saya cakap


"apa kata belikan sayang laptop baru?"


Jenuh juga la memujuk dan akhirnya, horray!! Personally, saya lagi suka guna laptop yang berskrin besar dari galaxy tab hubby tu, notebook saya malah HTC saya. Sebabnya tak puas la baca blog dengan skrin kecik.


Isnin depan genap 4 bulan saya kahwin. Hari tu, blogger mama aini ada cakap upload la gambar kahwin dekat blog. Tapi tak kan sekadar nak upload ye dak. Mesti la nak ada ceritanya sekali. Nasib gambar kahwin OP burn dalam CD. Kalau transfer masuk notebook haritu, haru je semuanya corrupt.


Mari cerita serba ringkas perjalanan majlis nikah saya tempoh hari. Owh, cerita basi itu kegemaran saya tapi kenangan masih segar diingatan ku.


Tempat: Masjid depan rumah
Tarikh: 24 Ogos 2012
Masa: Lepas asar. 


Mula-mula, jurunikah bagi khutbah nikah. Beliau bagi keterangan tanggungjawab suami isteri, hukum-hakam dan pelbagai lagi. Lepas tu, suami kena tanya soalan,

"sebutkan rukun nikah"
"cuba mengucap dua kalimah syahadah"



Lepas lulus, jurunikah buat percubaan akad nikah. Lagipun, ayah pertama kali nak nikahkan anak ni. Suami haruslah pertama kali nak betul-betul akad. Owh, ayah nikahkan saya dengan suami ku tercinta.



Alhamdulillah, dua kali lafaz selesai la saya menjadi seorang isteri. Hai, hai, suami! Masa nak akad ni, ayah buat lawak tiba-tiba sebab lupa nama menantu. Erk.. Lepas tu, mesti lah ada bacaan doa selepas akad nikah. Kemudian, suami tanda tangan dokumen yang perlu ditandatangani dan membaca taklik di depan saya.



Lepas tu, barulah suami buat solat sunat nikah, pemberian mas kahwin dan saya sarungkan jam tangan pada suami. Lepas tu, bersalam-salaman dengan hadirin majlis akad nikah kami ni. Sebelum balik makan, bergambar la kejap dekat rumah. Lepas tu, mak suruh cepat-cepat balik sebab keluarga ramai tunggu dekat rumah.



Dekat rumah, salam-salam kaum kerabat. Kemudian, naik pelamin kejap. Ada juga tepung tawar walaupun tak mahu tapi sebab hormatkan orang tua, layan kan je la. Duduk atas pelamin je pun. Lepas tu, barulah sesi potong pulut kuning. Nyum nyum! Sedap ye... Kalau ada rendang lagi sedap! Lepas potong pulut tak kan nak tengok je kan? Makan-makan dan layan la tetamu yang ada.



Oh, si blogger bena!! Itu guest book hadiah dari bena. Masa ni, guest book tu dah bawak pusing-pusing khemah dah mintak sedara mara tulis. Hehe



Pasal nikah masa raya keenam, mak ngah saya siap lukis ketupat lagi! Ucapan selamat hari raya dan selamat pengantin baru pun tak ketinggalan jugak.


Saya tak upload banyak-banyak sangat gambar. Nak tengok gambar lagi, baca sini.


xoxo

20 komen:

Kakzakie berkata...

Sikit nie, tepeklah banyak-banyak, tak payah cerita kakak pun nak juga tengok. So kalau rosak disk pun boleh masuk blog kan senang. Buat dua-tiga part pun tak apalah.

Zakia berkata...

wah best nya dapat laptop baru..dhiera, menarik la bagi hadiah jam tangan kat suami. biasanya sarung cincin..nak buat jugak la macam tu nanti *eh??haha

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

salam dhiera..
hihi..cantik baju kaler pink!
hihi..

J.Syazwana berkata...

cantiklah kelabu pink. sukeeeeeee. hihihi

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

rezeki dapat lappy baru :)

nice pic nikah ;)

~atieput3~ berkata...

tahniah! gmbr2 pon cntik. tp betollah. x byk.hehe

Myra Jay berkata...

Sweet Moment..

Kenangan terindah dalam hidup kan dear ;D

Ema Blog berkata...

nape tak jelas sgt gambar dhiera ni..nanti upload lagi yer..jadikan entry tu cam album..hehehe

Zura Zue berkata...

semoga berpanjangan jodohnye...

HeNRieTTa JoSe berkata...

xpe cerita lamer pown....kenangan kekal abadi....

pss...haah...AA....firsttime ngn AA nie...

MAY berkata...

upload lagi gbr kawen ye..hehe....brp weeks da bb sekarng?

dwaty berkata...

yelah tak puas tengok gambar... nak lagi...

missSenget berkata...

sedap nmpk pulut kuning tu..

LYAfrina berkata...

kenangan utk anak cucu nanti...
amin..semoga hubungan suami isteri kekal hingga ke jannah

wan nurul hezrina berkata...

cketnyer gambar..nnt masuk lagi.hehehehe

Rizal Sadiman berkata...

okay..lmbt lg nk kahwin..hehe http://igossiprizal.blogspot.com/

dhiera berkata...

@J.Syazwana
wana, putih pink la

dhiera berkata...

@Myra Jay
betul2

dhiera berkata...

@LYAfrina
amin

mama aini berkata...

ehem senangkan masjid sebelah depan rumah je..