Rabu, 10 November 2010

Saya terima dirinya

Salam pembuka bicara..

Saya nak review sikit pasal my last weekend, lebih tepat hari ahad yang lepas. Sebenarnya, 07 November 2010 itu adalah tarikh perkahwinan seorang sahabat saya yang saya sangat adore, Siti Norsafiah dengan suaminya, Ihsan Razen. (Note untuk pia: banyak-banyak tahniah untuk ko, pia. At last, jadi juga korang selepas 8 tahun bercintakan). Saya nak abadikan sikit gambar perkahwinan mereka kat sini tapi saya lupa pula nak bawa gambar mereka. Mungkin lain kali saya akan letak di sini.

Majlis mereka sangat simple tapi cukup meriah. Malah, tak ada istilah profesional make up artis macam perkahwinan kebanyakan orang. Saya suka sebab rakan-rakan saya (ili, sherin, hajar) yang tolong make up kan pia. Yang penting, pia nampak natural dan berwarna. I'm happy for you, sangat-sangat. Dan pengapit pia juga adalah hajar. Sahabat gaduh saya. Majlis yang penuh dengan rakan-rakan. Saya nak suka juga sebab friends forever.

Kalau nak tahu, saya ada sedikit sedih sebab saya tak dapat nak sama-sama mengharungi saat-saat terakhir pia bergelar gadis. Bukan sikit tapi banyak. Malah, bacelor party untuk pia juga saya tak hadir sebab saya berada di Ipoh. Kalau ketika saya berada di Tanjung Malim, saya pasti saya sanggup turun ke Puchong semata-mata untuk bersama dengan mereka. Semuanya, gara-gara tugasan yang diamanahkan. Dalam diri, saya mula rasa tak bestnya bekerja pada saat dan ketika itu.

Saya cuba tenangkan hati dan fikiran dengan memujuk hati "at least ko teman pia cari baju untuk majlis pertunangan dia hari itu dan bagi sumbangan idea sikit macam mana nak smooth kan majlis pertunangan pia hari itu". argh.. Tapi belum cukup buat saya bertenang. Apa pun hidup perlu diteruskan.

Kalau saya hendak bercerita mengenai pia, tajuk post ini sepatutnya: 'Ihsan terima nikahnya'. Tapi saya tetap nak guna 'Saya terima dirinya'. Sebab. Sebab saya menerima dirinya. Kalau selama ini saya mengejar bayang-bayang huruf A kemudian saya menghadapi B,C,D,E,F,G sehingga V,W,X,Y tapi saya belum lagi jumpa bayang-bayang huruf Z. Saya perlukan Z untuk tamatkan semua alphabet yang saya belajar di tadika dulu sebelum bertemu noktah adanya. Cikgu saya ajar noktah itu untuk kesudahan ayat. Oleh itu, noktah perlu ada pada kesudahan satu-satu cerita bukan? Makanya, semalam saya telah bertemu dengan Z. Tapi saya nak jadi selfish sekejap sebab saya tak nak lagi letak noktah walaupun saya bertemu huruf Z. Boleh kan?! ha.

Yang penting, hidup mesti diteruskan. No cliche~

2 komen:

oniechan berkata...

perghh..ayat mendalam gilaaaa..but i likee!nak carik Z jugak...to complete the uncomplete~ huhh

dhiera berkata...

hahaha..yeke??
chaiyok nen!!!!suatu masa nanti akan berjumpa juga dengan Z. time itu huruf Z akan tetap sama-sama dengan ko. then,your life will be complete and full with love.**hugh**