Isnin, 3 Disember 2012

Krabi part 3

Salam pembuka bicara...


Hari ketiga

Kalau 2 hari sebelum ni cerah dengan cuaca yang sangat baik. Hari ketiga dekat Krabi cuaca macam mendung-mendung je. Low season kan? Dah boleh jangka la semua ni.


Pagi-pagi breakfast banana chocolate pancake dengan kopi o. Banana chocolate pancake yang beli semalam simpan dalam peti sejuk. Sangat nyum nyum. Kopi dia sangat la pahit! Euw..



Hari ni, kami ambil half-day tour. Low season price only at 900 bath start from 8.30 am until 3.00 pm. Macam biasa, pakej termasuk hotel transfer, air, buah, insuran dan makan tengah hari. Tapi kami tak makan pun sebab kedai yang sediakan makanan ni dimasak oleh orang Muslim tapi kedai yang sama menyediakan makanan tak halal juga. Tour guide kitorang pun tak makan sebab dia pun Muslim.


1. Hot Spring Waterfall

Suam-suam kuku je. Tak panas pun air dia.



2. Emerald Pool

Sini adalah natural spa bath. Air dia sangat-sangat jernih. Batu-batu dekat tepi kolam ni sangat licin la. Kena berhati-hati.



Kat sini disediakan makanan tengah hari. Memandangkan kami tak makan, hubby beli jagung rebus je dengan orange shake. Ini limau yang dorang guna buat orange shake. Sangat sedap!



3. Elephant Trekking

Masa ni dah start hujan. Bergajahlah kami dalam hujan. Tak syok! Dorang bagi kita makan nenas jugak.



Lepas pusing-pusing dengan gajah dalam hujan, bagi gajah makan pulak. Masa ni dan-dan hujan nak berhenti.



Lepas tu, kami pun balik. Sebenarnya, Tiger Temple Cave tu sangat lah dekat dengan tempat naik gajah ni tapi kami decide tak nak pergi pun sebab macam tak penting untuk pergi. Boleh tak macam tu? Lagipun, dah  plan nak shopping hari ni. Sebelum shopping kami cari makanan dulu sebab dah sangat lapar. Masih lagi makan dekat stall.


Saya pilih nasi goreng nenas. Ingat kan nasi goreng dia dalam nenas. Rupanya dia goreng sekali dengan nenas. Yang penting, tom yam mesti ada!



Sebelum shopping, tengok sunset lagi. Kali ni dekat Aonang Beach pula. Betul-betul depan tempat shopping kitorang malam ni.



Hasil shopping hari ni adalah 20 helai baju t-shirt, beg besar nak sumbat semua souvenir yang dah beli, 100 biji keychain, baju sulam dan apa tah lagi. Ini salah satu kedai yang kami pusing survey-survey. Adalah dalam 3000 bath habis malam ni.



Kaki dah penat berjalan. Tibalah masa untuk pulang. Sebelum pulang, singgah beli pancake lagi untuk buat breakfast besok pagi.



Sampai hotel booking in-room massage sebab kaki dah letih berjalan seharian. Saya ambil aromatheraphy massage. Hubby ambil foot massage. Sangat best sampai hampir terlelap. Cerita lanjut pasal hari ketiga ni ada dekat sini. [tekan sini]


Hari keempat

Besoknya kami bangun lambat sebab hari keempat dah nak balik Malaysia. Dah tak ada apa-apa sangat aktiviti dah hari ni. Kononnya nak main go-kart hari ni tapi hujan pula. Makanya, bangun lambat, packing barang lambat-lambat, sarapan pun lambat. Sarapan kami macam biasalah. Pancake lagi! Tapi air buah la pagi-pagi ni.



Lepas hujan berhenti, baru siap-siap turun sekali dengan barang-barang letak dekat receptionist. Hubby buat last payment. Kemudian, kami cari makan tomyam dengan coconut shake dekat gerai-gerai lagi. Sayang ye nak tinggalkan Krabi. Sebelum tu, makan ringan-ringan dulu. Kali ni pilih kedai Melayu Pattani pula.



Drama sekali bila masa makan, tiba-tiba hujan lebat sangat-sangat. Tuk tuk pun tak ada. Last-last minta mamat yang jual coconut shake tu hantar balik hotel. Sampai-sampai hotel je dah ada driver tunggu. Terus gerak ke airport. Sampai airport pun hujan lagi.


Ada lebih kurang 1 jam lagi sebelum naik flight. Kami pusing-pusing la airport yang tak ada apa sangat tu. Last-last terbeli aromatheraphy balm dengan sepasang subang mutiara. Hadiah dari suami. Beli dekat Narai Phand. Narai Phand ni Royal Thai Government Handicraft Center. Barang-barang kat sini original dan boleh dipercayai lah. Yang penting diiktiraf kerajaan Thai. Bawah ni adalah mutiara yang masih dalam cengkerangnya.



Akhirnya, bye bye Krabi. Welcome back Kuala Lumpur!



Cerita lanjut ada dekat sini. [tekan sini].


xoxo

7 komen:

Izzatul Azma berkata...

Best kan Krabi rasa nak pergi lagi bawa baby nanti heheh.

Kitorang tak pergi pun Emerald Pool tu, next time nak pergi situ lah :)

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

Huhu,,,kat sana pun musim hujan ye…
Kurang best la nk beraktiviti ye..

Best tak nek gajah? Klu cma maunye tumbang.. gayat!! :p
Seronok dpt g honeymoon kesana.. *jeles okeh*
:p

mama aini berkata...

ehem banyak tapau t`shirt & souvenir..mama kalau gi holiday malas sikit nak beli apa ..hu2x..

LYAfrina berkata...

mesti rasa berat hati nk tinggalkan.. ye la..tempat y menarik + super duper cantik...

dwatyKNY berkata...

jelesnya...bilalah saya sampai sini plak...

Myra Jay berkata...

Best nyer dapat bagi Gajah makan..

Pengalaman indah Dhiera honeymood di Krabi..

Tmpat impian MJ tu.. :)

Kancil 8349 berkata...

bestnya....nak rancang datang ke sana