Jumaat, 30 November 2012

Krabi part 2

Salam pembuka bicara..


Hari kedua: Island tour

Ada 3 pakej untuk island tour iaitu Phi Phi Island Tour, 4 Islands tour dengan Hong Island. Saya ambil Phi Phi Island tour. Start dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Melawat 8 pulau di sekitar Phi Phi Island. Harga 1200 bath (harga low season ye). Pakej termasuk makan minum, pengangkutan dan insuran. Saya booking dekat receptionist hotel pada hari pertama di Krabi. Dekat rak ni dan meja sebelah dia banyak tour package.



Breakfast hari ni dekat hotel je sebab tak tahu nak cari sarapan dekat mana. Saya booking hotel tanpa breakfast. Bayaran untuk breakfast ni adalah 150 bath seorang. Breakfast dia style buffet. Ambil lah apa sahaja.


Barang nak bawa pergi Island:
1. Tuala pantai (boleh ambil dekat booth sebelah swimming pool)
2. Kamera
3. Tripod
4. Sunblock
5. Baju (optional. Saya tak tukar baju pun)


8 pulau yang saya pergi adalah:

1. Maya Bay

Sightseeing dulu sekeliling batu-batuan kemudian snorkelling dekat sini.




Ini gambar dalam air. Subhanallah. Cantik ye!



Lepas kitorang melepak dekat tepi pantai.



Untuk details, [tekan sini] dalam ni pun banyak gambar. Saya dah pernah review dekat blog kahwin tu.


2. Pileh Bay

Kat sini pun sightseeing pusing-pusing pulau.



3. Lohsamah Bay

Ikan cantik. Air cantik. Subhanallah.



4. Hin Klang

Snorkelling lagi dekat sini. Tapi ramai tak turun sebab penat tadi tak hilang kot.



5. Monkey Bay

Banyak betul monyet dekat sini.



6. Viking Cave

Macam susah nak percaya dorang tinggal dekat sini.



7. Phi Phi Don Island

Kat sini lah kami menjamu selera. Tah pukul berapa tah makan masa ni. Phi Phi Don adalah pusat untuk semua pulau-pulau ni. Tom yam dia sedap!!!



Maklumat lanjut pulau kedua sampai 7 boleh baca sini, klik sini


8. Bamboo Island

Ingatkan sini banyak pokok buluh tapi nanhado. Tak tahu kenapa nama dia Bamboo Island. Kat sini banyak mandi-manda je tapi ada jugak yang snorkelling. Yang lain (mat salleh la) dorang ber'sunburn'kan dirilah.



Nah gambar dalam air.



Lepas tu terus balik ke Noppharattara Beach tempat kitorang berkumpul tadi. Dalam perjalanan, nampak Phuket dan dorang bagi makan buah tembikai dan nenas. Sini banyak nenas kot sebab mana-mana ada nenas.



Sampai dekat Noppharatthara Beach, ada nampak orang jual muka saya. Apa lagi beli lah tak kan nak bagi dorang buang muka sendiri kot. Melayang 100 bath.



Hari ni dah kenal jalan dekat Krabi, jadi kami jalan kaki je cari makanan. Malam ni, kami makan dekat gerai-gerai je. Pilihan kami Sara Thai Seafood Stall. Halal ye, jangan risau. Makanan malam ni tetap ada tom yam! Nyum nyum. Kali ni minum orange shake pulak. Cakap melayu taw dekat kedai ni. Dorang tak faham bahasa inggeris sikit.



On the way balik singgah beli banana chocolate pancake buat sarapan besok pagi. Eh, malam ni pun makan juga sekeping. Lokasi dia depan kedai yang jual tiket Muay Thai. Malam hari Jumaat dengan malam hari Selasa ada Muay Thai dekat Stadium Krabi. Tiket 250 bath seorang.



Lepas tu, balik hotel tidur. Nak in-room massage tapi terlambat booking. Sob sob.


Cerita Krabi part 1 [klik sini]


xoxo

8 komen:

Izzatul Azma berkata...

Seronoknya baca ! Senyum2 kita sorang2 hehehe. Best kan Krabi :) Rindu !!!

CintaZulaikha berkata...

fuhhh, best r dpt pusing2 pulau.. cantiknyaaa...

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

wahh...best best,.. jeles..
ade ikan .. jernih plak tu.. :)
cantinye.... T_T


eh..pic yg dhiera letak ni die bertukar2 la..cane dhiera buat?

::NureeN:: berkata...

bestnya.....
semua blanje brapa g sana?

mama aini berkata...

ehem mama belum sampai krabi baru sampai ke`narathiwat` je..hu2x.. bestnya dhiera berhoney ke krabi.. ;)

Kasih Salina berkata...

salam dhiera..pe kabo? baby sihat ker..geram tgk pic dhiera ni..teringin nk pergi juga tp susah ada ank kecik nk pi tmpt camni..

Unknown berkata...

bestnya krabi..tengok gambar-gambarnya menarik la..best mandi manda

emarieys berkata...

suami akak teringin ke sana..memang tempatnya cantik kan..