Salam pembuka bicara...
Nak banding sebelum kahwin dan selepas kahwin banyak sangat yang berubah. Dari segi aktiviti lah.
1. Boling
Kalau sebelum kahwin, nak pergi main boling pun susah. Dari kenal sampai sehari sebelum kahwin, kami main boling adalah dalam 3 kali. Bayangkan, 1 tahun 9 bulan kenal baru 3 kali je main boling
Selepas kahwin, tiap-tiap bulan mesti main boling. Lebih tepat, teman hubby main boling. Saya tak boleh la main sebab sebulan kahwin dah ada isi. Kadang-kadang tu, tiap-tiap hari hubby pergi main boling. Geleng kepala. Lagi-lagi, ada parking 3 jam percuma dekat Setia City Mall tu. Lepas tu, ada lagi 3 game hanya RM10. Mahu tak hubby dok meloncat-loncat nak main. Siap kata, hari ni nak test main spin. Kalau dulu mata dia 170 lebih sekarang dah jadi 200 lebih lebih. Itulah sebab tak seronok main boling dengan hubby. Balik-balik dia je menang.
2. Tengok wayang
Ini pun banyak berubah. Dulu setahun tengok wayang adalah dalam 2, 3 kali. Anggaran tempoh sebelum kahwin 1 tahun 9 bulan adalah kot dalam 5, 6 cerita yang kitorang tengok sama-sama. Yang lain tu, saya banyak tengok dengan adik. Tengok dengan adik ni best sebab boleh buat gila-gila sendiri tapi yang sakit ye, saya lah kena belanja sorang-sorang. Mahu tiket RM12. Silalah darab dengan 4 kepala. Itupun, nasib baik kalau sekali pergi cinema tengok 1 cerita je. Kadang-kadang sampai 3 cerita dalam satu hari kitorang taram.
Selepas kahwin ni, lagi-lagi sejak pengguna RHB debit card dapat buy 1 free 1 setiap hari jumaat. Memang tiap-tiap minggu nak tengok wayang dengan hubby. Tapi sejak ada maharaja lawak mega ni dah slow sikit la tengok wayang.
3. Masa tidur
Dulu ok je nak tidur sampai pukul 2 pagi sebab layan korea sampai tengah malam. Tak pun, blogwalking sampai tengah malam.
Sekarang, nan hado la. Sibuk kemas rumah, masak semua dah letih. Tak ada masa lah nak layan benda-benda gini. Tapi saya pelik la, walaupun tidur awal tapi kenapa ada lingkaran bawah mata ye? Musykil lah!!
Yang pasti, saya rasa no. 1 dengan no. 2 sangatlah membazir. Eh?? Sebab dulu semua tu kena catu nak kumpul duit kahwin, la ni macam nak balas dendam bertahun pulak kan. Rasanya no. 1 dengan no. 2 ke catu balik lah.
Siapa pernah pergi Universal Studio Singapore? Sila bagi link review please kalau ada. Plan nak pergi sana next month.
xoxo
21 komen:
hehehe..
kalau sama je rutin, xde lah rasa beza nya kahwin kan..? haha..
tp rutin yg berubah tu best.. main bowling + tgk wayang..
baby berapa bulan dah eh..? jangka bila..?
Heheeeee hari Jumaat mmg hari yg best utk pengguna RHB debit card kannn. Wayang buy 1 free 1, mkn Kenny Rogers buy 1 free 1, starbucks pun sama. Weehooo jadinya kitorang mmg suka detim hari Jumaat je :p ahaha
Dulu kena keluar duit sendiri sekanag abang dah ada mestilah syok abang belanja selalu - lagi pula dah halal indahnya lain.
wah bestnya dah ak dapat baby. harap2 permudahkan semuanya okey. hihihi. nak pergi gak uss tapi tak berkesempatan lagi. yang nombor 1 dengan 2 tu kite memang jarang sangat buat. boleh kire bape kali je setahun. hehe
Berbeza betul bila dah kahwin kan dhiera,,nak gi USS ke?try la..sgt best saya dah gi..try tgk kat sini..hehe
http://nuzakia.blogspot.com/2011/10/universal-studio-singapore-is-awesome.html
ala..comlnya. Tu maksudanya, lepas kawen bnyak fokus dengan rumah tangga then banyak spend masa bersama. Iamhpun lepas kawen kerap betoi tengok wayang. balas dendam sbb before kawen keja cut cost sana sini sbb nak saving nak kawen kan. Tapi azam baru tahun depan nak hidup & berjimat sama mcm time kumpul duit kawen dulu.hehe.
hihih.. terasa sgt lainkan..
xpernah lg pegi sana.. huhuh
hehehe..mun xpenah lg g
Wah, dhiera, dah ada isi eh? congrat babe! hana ketinggalan. huwaaaaaaaa
take care dear.
note: npe dhiera punya feed xkuat kat dashboard hana ek? thats y kot a allert yg dhiera post entry baru. haish. musykil.
dhiera...gi uss nanti tak dapat naik roller coaster...huuhuhu
pergh...kena akur keadaan semasa
tebalik dgn sy.mase bujang at least sbln skali tgk wyg..pnh tmn hubby men boling bfore kawen.tp lps kawen ni die sebok men bdmnton..tp tang pnt blk kje masak.kms bju.lipat kain.iron bju...kire lps kawen byk dok umh.pnt..mmg x dinafikan.dl bujang blk kje bsh bju.sbb dl umh sewa xde mesin bsh..iron bju tok esk..terus tdo pkl 10.skrg klu x pkl 11.30 ke atas lg,mate celik je..ad je mnde nk bt.rasa ltih je..mcm non stop..celik mate g kje.
wahhhh akak dh pregnant? tahniah... :)
Sblm ngn slps mesti byk perbezaan....take care yea....xsabar nk tunggu bby dhiera....
ehem..banyak kan perbezaannya masa bujang & dah kawen !!.. ;)
itulah..nikmat berkahwin..bila phubungan halal.. byk perkara y kt leh lakukan bersama kan
hepi je kn.. heheheh
hihihi ms sblm kahwin nak kumpul duit la k.dhiera hahaha..
ammar pon suh k.dhiera blanja gak ke?sekeh je kepala dia haha..
btw ira pernah g USS... :) cari link kat sidebar tepi belah kiri ada ruangan jalan2 dgn ira..
Hheee, okla tu.. Tapi kena catu pun ok, boleh simpan untuk baby yang bakal lahir :)
MJ dah lama tak men boling ngan nengok wayang :D
yang pastinya masa dah kawin lebih seronok..tul tak..? :)
betol tu memang akan ada perbezaan sebelum dan selepas kawin..nanti dah ada ank rasa macam tak cukup ada 24 jam jer..hihi..
Catat Ulasan