Isnin, 31 Disember 2012

Cempedak goreng

Salam pembuka bicara...


Dah banyak kali minta dekat suami belikan cempedak sebab nak buat cempedak goreng. Baru semalam dapat makan sebagai minum petang. Terima kasih suami! Tapi ada gambar cempedak je. Cempedak goreng tak sempat nak tangkap gambar sebab terlebih excited nak makan. Huhu. Gelojoh. Isteri sapa la ni.




Sedap ye cempedak. Tapi tak boleh makan banyak-banyak. Angin~ Saya buat goreng biasa je. Cempedak bersalut tepung gandum campur garam, kunyit dan air. Sedap ye. Balik kerja ni buat lagi la. Semalam masak sikit je. Kire berbaloi la beli sebiji cempadak harga RM7 dan dapat makan banyak kali dari beli siap dekat kedai.


Buat adik saya, nabilah. Selamat hari lahir yang ke 20 tahun. Lahir di hujung tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki!


xoxo

Jumaat, 28 Disember 2012

Welcome my lenovo!

Salam pembuka bicara...


Saya sudah pun beli laptop baru. *padahal harddisk yang corrupt tapi tak nak beli harddisk* OK. Itu semua alasan untuk dapatkan laptop baru. Haha. Terima kasih suami!


Saya beli dekat kedai lenovo dalam Alam Sentral. Puas juga lah pusing-pusing cari. Sebenarnya, target nak beli Asus atau Lenovo sebab tahu 2 jenama ni memang bagus tapi tetap ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lepas tanya dekat kedai-kedai kat situ, ramai yang kata baik beli lenovo dari asus. Ada satu kedai ni siap beria tunjuk kenapa lenovo lagi bagus bla bla bla tapi saya tak beli dekat kedai tu pun.




Lagipun pelik sebab harga laptop Asus dekat kedai Asus sendiri lagi mahal nak bandingkan dengan kedai-kedai luar. Kira untuk model yang sama banyak harga yang lain-lain. Jadi, saya macam tak yakin je nak beli asus walaupun ada yang offer free upgrade RAM 4GB. Bila compare model untuk laptop lenovo mana-mana kedai pun sama je dengan harga dekat kedai lenovo. Maka, yakin sikit lah.




Alasan lain, service center untuk Asus ada satu je dekat Selangor /KL ni dekat Jalan Imbi sana. Memang tak rajin la nak pergi kalau apa-apa hal. Service center untuk Lenovo ada banyak dekat Bandar Utama, Rawang, Glenmarie, Jalan Imbi dan Petaling Jaya. Rawang dengan Glenmarie la paling dekat. Lagipun, nak format ke apa memang free. Hoho. Padahal boleh je format sendiri. Servis dekat kedai Lenovo ni bagus, dia terangkan setiap perkara dalam laptop. Bila laptop dah panas boleh on kipas yang boleh sejuk kan laptop dalam masa 2-3 minit je dan kita boleh control kelajuan laptop kita guna power management.




Ok. Tak payah nak puji melambung-lambung. Tapi saya dapat bagpack free jenama lenovo la kan. Lain-lain, barang-barang biasa dapat lah macam non woven bag, mouse, usb hub, mouse pad, cecair bersihkan laptop tu dengan kain lap, kipas laptop yang boleh lipat, plastik cover keypad dan wayar LAN.  Ada 10 barang free saya dapat. 9 barang ni disimpan dalam kotak atas ni.


Welcome to family my lenovo. Kawan dengan abang hp baik-baik ye, nanti kakak hp yang rosak harddisk dah sihat boleh main sama-sama ye.


xoxo

Isnin, 24 Disember 2012

Big PROMO & GA: kad kahwin free


Salam pembuka bicara...


Vendor yang saya print kad kahwin, order petal envelope dan print sticker sedang adakan big PROMOTION lebih tepat giveaway untuk mereka yang bertuah. Tak percaya?




Apa hadiah-hadiahnya?

- 3 orang bertuah akan mendapat tajaan kad kahwin sebanyak 1000pcs berupa kad sekeping dan full color.
- 3 orang bertuah yang lainnya akan mendapat 50% diskaun untuk kad sekeping dan full color.
- setiap perserta akan mendapat 20% diskaun untuk kad sekeping dan full color.


Menarik kan hadiah nya??


Macam mana cara-cara untuk menyertainya?

1. Like page FB inkduztry
2. Share gambar dan post mereka di wall anda
3. Tinggalkan komen di gambar tersebut
4. TaG 3 orang rakan yang lain di komen anda

Hanya LIKE -> SHARE -> KOMEN -> TAG


Senang bukan? Tak payah tulis entri pun. Kalau korang nak tulis jugak pun ok! Itu tanda promote. Hiks


Tarikh-tarikh penting:
Tarikh tutup: 6 Januari 2013, jam 11.59 malam
Tarikh diumumkan pemenang: 7 Januari 2013


Pengalaman saya bekerja dengan dorang?
1. On time
 kad disiapkan dalam masa 2-3 hari sahaja dan sticker pukul 11 saya confirm design, pukul 6 dorang dah hantar depan rumah.

2. Murah
Kad saya adalah custom made. Idea saya sendiri dan sedikit nasihat dari vendor. Untuk jumlah custom made card (kertas+ artwork + printing) + custom made petal envelope + sticker, harga yang dikenakan hanyalah 25sen sekeping. SANGAT MURAH untuk CUSTOM MADE CARD.

3. Free
Free artwork!

4. Extra
Saya order kad 1200 keping tapi saya terima hampir 1500 keping kad. Semua itu hanyalah percuma!

5. Pantas
Sebenarnya, saya buat kad kahwin agak lambat juga la. Kalau korang terlambat buat kad kahwin, dorang lah yang patut korang jumpa.

6. Memahami
Kesimpulan, saya berpuas hati dengan hasil kerja dorang! Sangat memahami kehendak pelanggan.


Jangan lupa cuba ye! Good luck!!


xoxo

Rabu, 19 Disember 2012

Aturcara majlis pernikahan

Salam pembuka bicara..


Hard disk memang tak boleh diselamatkan. Makanya, bercadang nak beli hard disk baru je. Tapi bila semalam suami cakap dia nak beli galaxy note terus saya cakap


"apa kata belikan sayang laptop baru?"


Jenuh juga la memujuk dan akhirnya, horray!! Personally, saya lagi suka guna laptop yang berskrin besar dari galaxy tab hubby tu, notebook saya malah HTC saya. Sebabnya tak puas la baca blog dengan skrin kecik.


Isnin depan genap 4 bulan saya kahwin. Hari tu, blogger mama aini ada cakap upload la gambar kahwin dekat blog. Tapi tak kan sekadar nak upload ye dak. Mesti la nak ada ceritanya sekali. Nasib gambar kahwin OP burn dalam CD. Kalau transfer masuk notebook haritu, haru je semuanya corrupt.


Mari cerita serba ringkas perjalanan majlis nikah saya tempoh hari. Owh, cerita basi itu kegemaran saya tapi kenangan masih segar diingatan ku.


Tempat: Masjid depan rumah
Tarikh: 24 Ogos 2012
Masa: Lepas asar. 


Mula-mula, jurunikah bagi khutbah nikah. Beliau bagi keterangan tanggungjawab suami isteri, hukum-hakam dan pelbagai lagi. Lepas tu, suami kena tanya soalan,

"sebutkan rukun nikah"
"cuba mengucap dua kalimah syahadah"



Lepas lulus, jurunikah buat percubaan akad nikah. Lagipun, ayah pertama kali nak nikahkan anak ni. Suami haruslah pertama kali nak betul-betul akad. Owh, ayah nikahkan saya dengan suami ku tercinta.



Alhamdulillah, dua kali lafaz selesai la saya menjadi seorang isteri. Hai, hai, suami! Masa nak akad ni, ayah buat lawak tiba-tiba sebab lupa nama menantu. Erk.. Lepas tu, mesti lah ada bacaan doa selepas akad nikah. Kemudian, suami tanda tangan dokumen yang perlu ditandatangani dan membaca taklik di depan saya.



Lepas tu, barulah suami buat solat sunat nikah, pemberian mas kahwin dan saya sarungkan jam tangan pada suami. Lepas tu, bersalam-salaman dengan hadirin majlis akad nikah kami ni. Sebelum balik makan, bergambar la kejap dekat rumah. Lepas tu, mak suruh cepat-cepat balik sebab keluarga ramai tunggu dekat rumah.



Dekat rumah, salam-salam kaum kerabat. Kemudian, naik pelamin kejap. Ada juga tepung tawar walaupun tak mahu tapi sebab hormatkan orang tua, layan kan je la. Duduk atas pelamin je pun. Lepas tu, barulah sesi potong pulut kuning. Nyum nyum! Sedap ye... Kalau ada rendang lagi sedap! Lepas potong pulut tak kan nak tengok je kan? Makan-makan dan layan la tetamu yang ada.



Oh, si blogger bena!! Itu guest book hadiah dari bena. Masa ni, guest book tu dah bawak pusing-pusing khemah dah mintak sedara mara tulis. Hehe



Pasal nikah masa raya keenam, mak ngah saya siap lukis ketupat lagi! Ucapan selamat hari raya dan selamat pengantin baru pun tak ketinggalan jugak.


Saya tak upload banyak-banyak sangat gambar. Nak tengok gambar lagi, baca sini.


xoxo

Isnin, 17 Disember 2012

Bijak pandai, tolong!

Salam pembuka bicara...


Minggu lepas tak dapat nak update sebab laptop kesayangan hamba masuk wad. Hard disk dia corrupted. sobsob. Sadis! Dah la banyak gambar letak dekat dekstop. Konon-konon kalau rajin nanti update la. Saya kan suka update letak gambar. Puihh.. Owh, paling sadis gambar honeymoon pun ada dekat dekstop dan tak ada back up! Owh, sadis sekali.


Hari ni menumpang update blog guna laptop hubby. Tiba-tiba tak tahu nak update pasal apa sebab blank tak ada satu pun gambar. Muka stress tak dapat berfikir dah! Ingatkan format laptop nanti ok tapi nan hado. File dekat dekstop tak dapat trace. Kalau ada pun, gambarnya semua corrupt. Ada sesiapa bijak pandai yang tahu nak betul kan gambar-gambar yang corrupt tu?


Hari ni, mintak adik hantarkan laptop dekat technician UiTM. Tak tahu la dapat diselamatkan ke tak? Semalam cakap dengan hubby, nak pinjam laptop. Dia tak bagi sebab laptop dia, laptop company. Hari ni cakap lagi nak pinjam. Mula-mula tak bagi tapi lepas cakap "Kalau macam tu, belikan lah laptop baru. Laptop sekarang bukan mahal pun." Terus dapat. Siap di'on' kan lagi laptop nye. Hehe. Nasib tak mintak Iphone 5.


Ok. Stress sampai sakit gigi sebab hard disk! Hubby dengan adik kata tukar hard disk je la. Tapi satu hal pula nak transfer barang. Lagi-lagi, drama korea yang berlambak dalam laptop tu.


Ok lah. bai! Happy working everyone!


xoxo

Khamis, 6 Disember 2012

Sebelum dan selepas

Salam pembuka bicara...


Nak banding sebelum kahwin dan selepas kahwin banyak sangat yang berubah. Dari segi aktiviti lah.


1. Boling
Kalau sebelum kahwin, nak pergi main boling pun susah. Dari kenal sampai sehari sebelum kahwin, kami main boling adalah dalam 3 kali. Bayangkan, 1 tahun 9 bulan kenal baru 3 kali je main boling


Selepas kahwin, tiap-tiap bulan mesti main boling. Lebih tepat, teman hubby main boling. Saya tak boleh la main sebab sebulan kahwin dah ada isi. Kadang-kadang tu, tiap-tiap hari hubby pergi main boling. Geleng kepala. Lagi-lagi, ada parking 3 jam percuma dekat Setia City Mall tu. Lepas tu, ada lagi 3 game hanya RM10. Mahu tak hubby dok meloncat-loncat nak main. Siap kata, hari ni nak test main spin. Kalau dulu mata dia 170 lebih sekarang dah jadi 200 lebih lebih. Itulah sebab tak seronok main boling dengan hubby. Balik-balik dia je menang.


2. Tengok wayang
Ini pun banyak berubah. Dulu setahun tengok wayang adalah dalam 2, 3 kali. Anggaran tempoh sebelum kahwin 1 tahun 9 bulan adalah kot dalam 5, 6 cerita yang kitorang tengok sama-sama. Yang lain tu, saya banyak tengok dengan adik. Tengok dengan adik ni best sebab boleh buat gila-gila sendiri tapi yang sakit ye, saya lah kena belanja sorang-sorang. Mahu tiket RM12. Silalah darab dengan 4 kepala. Itupun, nasib baik kalau sekali pergi cinema tengok 1 cerita je. Kadang-kadang sampai 3 cerita dalam satu hari kitorang taram.


Selepas kahwin ni, lagi-lagi sejak pengguna RHB debit card dapat buy 1 free 1 setiap hari jumaat. Memang tiap-tiap minggu nak tengok wayang dengan hubby. Tapi sejak ada maharaja lawak mega ni dah slow sikit la tengok wayang.


3. Masa tidur
Dulu ok je nak tidur sampai pukul 2 pagi sebab layan korea sampai tengah malam. Tak pun, blogwalking sampai tengah malam.


Sekarang, nan hado la. Sibuk kemas rumah, masak semua dah letih. Tak ada masa lah nak layan benda-benda gini. Tapi saya pelik la, walaupun tidur awal tapi kenapa ada lingkaran bawah mata ye? Musykil lah!!


Yang pasti, saya rasa no. 1 dengan no. 2 sangatlah membazir. Eh?? Sebab dulu semua tu kena catu nak kumpul duit kahwin, la ni macam nak balas dendam bertahun pulak kan. Rasanya no. 1 dengan no. 2 ke catu balik lah.


Siapa pernah pergi Universal Studio Singapore? Sila bagi link review please kalau ada. Plan nak pergi sana next month.


xoxo

Rabu, 5 Disember 2012

Happy 26th anniversary mak ayah!

Salam pembuka bicara...


Hari ini adalah ulangtahun perkahwinan mak dan ayah saya yang ke 26 tahun.



Ya Allah, Tuhan yang menyatukan dua hati ini, engkau campakkanlah ke dalam hati kedua orang tua ku perasaan kasih sayang yang kekal antara satu sama lain sebagaimana engkau satukan hati Nabi Muhammad saw dengan Saidatina Khadijah ra.


xoxo

Isnin, 3 Disember 2012

Krabi part 3

Salam pembuka bicara...


Hari ketiga

Kalau 2 hari sebelum ni cerah dengan cuaca yang sangat baik. Hari ketiga dekat Krabi cuaca macam mendung-mendung je. Low season kan? Dah boleh jangka la semua ni.


Pagi-pagi breakfast banana chocolate pancake dengan kopi o. Banana chocolate pancake yang beli semalam simpan dalam peti sejuk. Sangat nyum nyum. Kopi dia sangat la pahit! Euw..



Hari ni, kami ambil half-day tour. Low season price only at 900 bath start from 8.30 am until 3.00 pm. Macam biasa, pakej termasuk hotel transfer, air, buah, insuran dan makan tengah hari. Tapi kami tak makan pun sebab kedai yang sediakan makanan ni dimasak oleh orang Muslim tapi kedai yang sama menyediakan makanan tak halal juga. Tour guide kitorang pun tak makan sebab dia pun Muslim.


1. Hot Spring Waterfall

Suam-suam kuku je. Tak panas pun air dia.



2. Emerald Pool

Sini adalah natural spa bath. Air dia sangat-sangat jernih. Batu-batu dekat tepi kolam ni sangat licin la. Kena berhati-hati.



Kat sini disediakan makanan tengah hari. Memandangkan kami tak makan, hubby beli jagung rebus je dengan orange shake. Ini limau yang dorang guna buat orange shake. Sangat sedap!



3. Elephant Trekking

Masa ni dah start hujan. Bergajahlah kami dalam hujan. Tak syok! Dorang bagi kita makan nenas jugak.



Lepas pusing-pusing dengan gajah dalam hujan, bagi gajah makan pulak. Masa ni dan-dan hujan nak berhenti.



Lepas tu, kami pun balik. Sebenarnya, Tiger Temple Cave tu sangat lah dekat dengan tempat naik gajah ni tapi kami decide tak nak pergi pun sebab macam tak penting untuk pergi. Boleh tak macam tu? Lagipun, dah  plan nak shopping hari ni. Sebelum shopping kami cari makanan dulu sebab dah sangat lapar. Masih lagi makan dekat stall.


Saya pilih nasi goreng nenas. Ingat kan nasi goreng dia dalam nenas. Rupanya dia goreng sekali dengan nenas. Yang penting, tom yam mesti ada!



Sebelum shopping, tengok sunset lagi. Kali ni dekat Aonang Beach pula. Betul-betul depan tempat shopping kitorang malam ni.



Hasil shopping hari ni adalah 20 helai baju t-shirt, beg besar nak sumbat semua souvenir yang dah beli, 100 biji keychain, baju sulam dan apa tah lagi. Ini salah satu kedai yang kami pusing survey-survey. Adalah dalam 3000 bath habis malam ni.



Kaki dah penat berjalan. Tibalah masa untuk pulang. Sebelum pulang, singgah beli pancake lagi untuk buat breakfast besok pagi.



Sampai hotel booking in-room massage sebab kaki dah letih berjalan seharian. Saya ambil aromatheraphy massage. Hubby ambil foot massage. Sangat best sampai hampir terlelap. Cerita lanjut pasal hari ketiga ni ada dekat sini. [tekan sini]


Hari keempat

Besoknya kami bangun lambat sebab hari keempat dah nak balik Malaysia. Dah tak ada apa-apa sangat aktiviti dah hari ni. Kononnya nak main go-kart hari ni tapi hujan pula. Makanya, bangun lambat, packing barang lambat-lambat, sarapan pun lambat. Sarapan kami macam biasalah. Pancake lagi! Tapi air buah la pagi-pagi ni.



Lepas hujan berhenti, baru siap-siap turun sekali dengan barang-barang letak dekat receptionist. Hubby buat last payment. Kemudian, kami cari makan tomyam dengan coconut shake dekat gerai-gerai lagi. Sayang ye nak tinggalkan Krabi. Sebelum tu, makan ringan-ringan dulu. Kali ni pilih kedai Melayu Pattani pula.



Drama sekali bila masa makan, tiba-tiba hujan lebat sangat-sangat. Tuk tuk pun tak ada. Last-last minta mamat yang jual coconut shake tu hantar balik hotel. Sampai-sampai hotel je dah ada driver tunggu. Terus gerak ke airport. Sampai airport pun hujan lagi.


Ada lebih kurang 1 jam lagi sebelum naik flight. Kami pusing-pusing la airport yang tak ada apa sangat tu. Last-last terbeli aromatheraphy balm dengan sepasang subang mutiara. Hadiah dari suami. Beli dekat Narai Phand. Narai Phand ni Royal Thai Government Handicraft Center. Barang-barang kat sini original dan boleh dipercayai lah. Yang penting diiktiraf kerajaan Thai. Bawah ni adalah mutiara yang masih dalam cengkerangnya.



Akhirnya, bye bye Krabi. Welcome back Kuala Lumpur!



Cerita lanjut ada dekat sini. [tekan sini].


xoxo

Jumaat, 30 November 2012

Krabi part 2

Salam pembuka bicara..


Hari kedua: Island tour

Ada 3 pakej untuk island tour iaitu Phi Phi Island Tour, 4 Islands tour dengan Hong Island. Saya ambil Phi Phi Island tour. Start dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Melawat 8 pulau di sekitar Phi Phi Island. Harga 1200 bath (harga low season ye). Pakej termasuk makan minum, pengangkutan dan insuran. Saya booking dekat receptionist hotel pada hari pertama di Krabi. Dekat rak ni dan meja sebelah dia banyak tour package.



Breakfast hari ni dekat hotel je sebab tak tahu nak cari sarapan dekat mana. Saya booking hotel tanpa breakfast. Bayaran untuk breakfast ni adalah 150 bath seorang. Breakfast dia style buffet. Ambil lah apa sahaja.


Barang nak bawa pergi Island:
1. Tuala pantai (boleh ambil dekat booth sebelah swimming pool)
2. Kamera
3. Tripod
4. Sunblock
5. Baju (optional. Saya tak tukar baju pun)


8 pulau yang saya pergi adalah:

1. Maya Bay

Sightseeing dulu sekeliling batu-batuan kemudian snorkelling dekat sini.




Ini gambar dalam air. Subhanallah. Cantik ye!



Lepas kitorang melepak dekat tepi pantai.



Untuk details, [tekan sini] dalam ni pun banyak gambar. Saya dah pernah review dekat blog kahwin tu.


2. Pileh Bay

Kat sini pun sightseeing pusing-pusing pulau.



3. Lohsamah Bay

Ikan cantik. Air cantik. Subhanallah.



4. Hin Klang

Snorkelling lagi dekat sini. Tapi ramai tak turun sebab penat tadi tak hilang kot.



5. Monkey Bay

Banyak betul monyet dekat sini.



6. Viking Cave

Macam susah nak percaya dorang tinggal dekat sini.



7. Phi Phi Don Island

Kat sini lah kami menjamu selera. Tah pukul berapa tah makan masa ni. Phi Phi Don adalah pusat untuk semua pulau-pulau ni. Tom yam dia sedap!!!



Maklumat lanjut pulau kedua sampai 7 boleh baca sini, klik sini


8. Bamboo Island

Ingatkan sini banyak pokok buluh tapi nanhado. Tak tahu kenapa nama dia Bamboo Island. Kat sini banyak mandi-manda je tapi ada jugak yang snorkelling. Yang lain (mat salleh la) dorang ber'sunburn'kan dirilah.



Nah gambar dalam air.



Lepas tu terus balik ke Noppharattara Beach tempat kitorang berkumpul tadi. Dalam perjalanan, nampak Phuket dan dorang bagi makan buah tembikai dan nenas. Sini banyak nenas kot sebab mana-mana ada nenas.



Sampai dekat Noppharatthara Beach, ada nampak orang jual muka saya. Apa lagi beli lah tak kan nak bagi dorang buang muka sendiri kot. Melayang 100 bath.



Hari ni dah kenal jalan dekat Krabi, jadi kami jalan kaki je cari makanan. Malam ni, kami makan dekat gerai-gerai je. Pilihan kami Sara Thai Seafood Stall. Halal ye, jangan risau. Makanan malam ni tetap ada tom yam! Nyum nyum. Kali ni minum orange shake pulak. Cakap melayu taw dekat kedai ni. Dorang tak faham bahasa inggeris sikit.



On the way balik singgah beli banana chocolate pancake buat sarapan besok pagi. Eh, malam ni pun makan juga sekeping. Lokasi dia depan kedai yang jual tiket Muay Thai. Malam hari Jumaat dengan malam hari Selasa ada Muay Thai dekat Stadium Krabi. Tiket 250 bath seorang.



Lepas tu, balik hotel tidur. Nak in-room massage tapi terlambat booking. Sob sob.


Cerita Krabi part 1 [klik sini]


xoxo

Khamis, 29 November 2012

Krabi part 1

Salam pembuka bicara...


Baru ada masa nak share pasal honeymoon kami 2 bulan yang lepas. Harap-harap boleh lah bagi sikit info dekat sesiapa yang nak pergi sini. Krabi ni dah jadi hot place untuk honeymoon dah sekarang. Semua pakat-pakat pergi Krabi. Hehehe



Tempat: Krabi
Hotel: Aree Tara Resort, Aonang
Tarikh: 9 September - 11 September 2012 (low season)
Tempoh: 4 hari 3 malam



Rasanya review sesuai untuk orang yang pergi masa low season saja kot sebab low season sangat lah murah nak bandingkan hot season. Hotel murah, tour package murah, makanan murah, shopping murah. Hehehe. Tapi ikut nasib lah, kalau nasib baik tak kena hujan. Kalau nasib tak baik, kena lah hujan. Low season kan?


4 hari 3 malam tak cukup untuk jelajah segala aktiviti dekat Krabi. Sebab nak buat aktiviti ni ada masa 2 hari je. Hari pertama sampai dalam pukul 2 macam tu, dah tak ada aktiviti boleh buat melainkan jalan-jalan kat pantai. Hari terakhir flight pukul 2 tapi dah check out pukul 12, nak ikut tour pun tak sempat.


Kenapa saya pilih Aree Tara Resort?
Sebab Aree Tara Resort ni terletak antaran 2 pantai iaitu Aonang Beach dan Noppharattara Beach. Dan boleh dikatakan murah lah jugak.


Cerita lanjut ada dekat sini [klik sini]


Krabi: hari pertama


Flight AA dari KL pukul 12.15 tengah hari. AA reschedule jadi awal. Malah, kapal terbang bergerak pun awal dari 12.15 tengahari sampai Krabi pukul 1 petang sebab cuaca sangat baik.


Dalam flight dorang ada bagi form untuk isi maklumat diri, ini untuk rekod imigresen Thailand. Sampai bahagian imigresen kat airport, kena tangkap gambar dan check passport. Turun bawah nampak driver pegang kertas tulis nama hubby. Lepas tu, driver pun ambil luggage dan terus gerak ke hotel dengan van besar.



Keluar airport nampak signboard ni. Huhu. Excited!



Sebelum sampai hotel driver bawah singgah dekat Jee Or Souvenir, Coffee dan Bakery. Gambar bawah ni adalah bakery dia. Masa tak beli apa-apa souvenir sebab rasanya Aonang lagi murah. Beli mocha ice je.



Dari airport ke hotel ada banyak sangat view yang cantik-cantik. Rindu ye dekat Krabi! Sampai hotel, diorang bagi minum jus tropika yang sangat juicy dan masam. Hotel dia sangat bersih! Hubby buat pembayaran dulu sebab kitorang booking hotel melalui booking.com. Booking.com tak payah bayar just booking guna nombor kad kredit saya.



Masuk-masuk hotel nampak gambar bawah ni. Cantik kan decoration dorang. Saya tak ambil honeymoon package tapi saya emel hotel untuk minta dorang buat decoration untuk honeymooner.



Petang sikit kami keluar jalan-jalan dekat Noppharattara Beach dan tengok sunset. Masa ni tak tahu ni pantai apa sebab kitorang main jalan je. Dah kata tak kenal jalan lagi.



Bila dah lapar agak pening lah nak cari restoran betul-betul halal. Last-last kami naik 'tuk tuk' je. Tuk tuk ni macam teksi la tapi dia guna motor yang ada seat penumpang dekat tepi. Driver ni Muslim. Jadi, bawak kitorang pergi dekat Restoran Sareefah.



Makan malam kami hari tu adalah tom yam kung, ayam sweet sour, brokoli goreng belacan, jus oren dan jus epal. Kos makanan semua ni dalam 300 bath la. Kemudian, kami jalan-jalan dekat pekan Aonang. Ingat nak pergi Krabi Night Market tapi dorang tutup dalam pukul 9, tak sempat nak pergi. Memandangkan besok nak pergi Island tour, jadi misi malam ni cari camera waterproof casing dengan waterproof bag. Harga kedua barang ni dalam 600 bath.



Detail boleh baca sini [klik sini]. Insyaallah nanti saya sambung pasal hari seterusnya.


xoxo