Khamis, 29 November 2012

Krabi part 1

Salam pembuka bicara...


Baru ada masa nak share pasal honeymoon kami 2 bulan yang lepas. Harap-harap boleh lah bagi sikit info dekat sesiapa yang nak pergi sini. Krabi ni dah jadi hot place untuk honeymoon dah sekarang. Semua pakat-pakat pergi Krabi. Hehehe



Tempat: Krabi
Hotel: Aree Tara Resort, Aonang
Tarikh: 9 September - 11 September 2012 (low season)
Tempoh: 4 hari 3 malam



Rasanya review sesuai untuk orang yang pergi masa low season saja kot sebab low season sangat lah murah nak bandingkan hot season. Hotel murah, tour package murah, makanan murah, shopping murah. Hehehe. Tapi ikut nasib lah, kalau nasib baik tak kena hujan. Kalau nasib tak baik, kena lah hujan. Low season kan?


4 hari 3 malam tak cukup untuk jelajah segala aktiviti dekat Krabi. Sebab nak buat aktiviti ni ada masa 2 hari je. Hari pertama sampai dalam pukul 2 macam tu, dah tak ada aktiviti boleh buat melainkan jalan-jalan kat pantai. Hari terakhir flight pukul 2 tapi dah check out pukul 12, nak ikut tour pun tak sempat.


Kenapa saya pilih Aree Tara Resort?
Sebab Aree Tara Resort ni terletak antaran 2 pantai iaitu Aonang Beach dan Noppharattara Beach. Dan boleh dikatakan murah lah jugak.


Cerita lanjut ada dekat sini [klik sini]


Krabi: hari pertama


Flight AA dari KL pukul 12.15 tengah hari. AA reschedule jadi awal. Malah, kapal terbang bergerak pun awal dari 12.15 tengahari sampai Krabi pukul 1 petang sebab cuaca sangat baik.


Dalam flight dorang ada bagi form untuk isi maklumat diri, ini untuk rekod imigresen Thailand. Sampai bahagian imigresen kat airport, kena tangkap gambar dan check passport. Turun bawah nampak driver pegang kertas tulis nama hubby. Lepas tu, driver pun ambil luggage dan terus gerak ke hotel dengan van besar.



Keluar airport nampak signboard ni. Huhu. Excited!



Sebelum sampai hotel driver bawah singgah dekat Jee Or Souvenir, Coffee dan Bakery. Gambar bawah ni adalah bakery dia. Masa tak beli apa-apa souvenir sebab rasanya Aonang lagi murah. Beli mocha ice je.



Dari airport ke hotel ada banyak sangat view yang cantik-cantik. Rindu ye dekat Krabi! Sampai hotel, diorang bagi minum jus tropika yang sangat juicy dan masam. Hotel dia sangat bersih! Hubby buat pembayaran dulu sebab kitorang booking hotel melalui booking.com. Booking.com tak payah bayar just booking guna nombor kad kredit saya.



Masuk-masuk hotel nampak gambar bawah ni. Cantik kan decoration dorang. Saya tak ambil honeymoon package tapi saya emel hotel untuk minta dorang buat decoration untuk honeymooner.



Petang sikit kami keluar jalan-jalan dekat Noppharattara Beach dan tengok sunset. Masa ni tak tahu ni pantai apa sebab kitorang main jalan je. Dah kata tak kenal jalan lagi.



Bila dah lapar agak pening lah nak cari restoran betul-betul halal. Last-last kami naik 'tuk tuk' je. Tuk tuk ni macam teksi la tapi dia guna motor yang ada seat penumpang dekat tepi. Driver ni Muslim. Jadi, bawak kitorang pergi dekat Restoran Sareefah.



Makan malam kami hari tu adalah tom yam kung, ayam sweet sour, brokoli goreng belacan, jus oren dan jus epal. Kos makanan semua ni dalam 300 bath la. Kemudian, kami jalan-jalan dekat pekan Aonang. Ingat nak pergi Krabi Night Market tapi dorang tutup dalam pukul 9, tak sempat nak pergi. Memandangkan besok nak pergi Island tour, jadi misi malam ni cari camera waterproof casing dengan waterproof bag. Harga kedua barang ni dalam 600 bath.



Detail boleh baca sini [klik sini]. Insyaallah nanti saya sambung pasal hari seterusnya.


xoxo

5 komen:

Izzatul Azma berkata...

Rindunya Krabi !!!!

Rasa nak pergi lagi tahun depan hehe, bawak baby :)

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

seronoknye..
ramai jugak member2 yg repeat honeymoon ke sini..

bilala turn cma agaknye?? hihi..

cantik deco katil tu..sesuai utk dhiera yg nk bulanmadu.. :)

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

seronok ade kwn blogger yg prihatin ni..
alhamdulillah..

air zam2 adelah air segala penawar.. :)

*done maxis bb*

ewanthology berkata...

saya honeymoon di sana pada 12-15 sept 2012, just one day after u complete your honeymoon there :-) anyway, krabi best !! cuma masa tu musim ujan kan.

HeNRieTTa JoSe berkata...

Bestnye...camera waterproof casing murah erk kt sna...ada rezki nk ke sana juga....hehehe...chantek deco utk honeymooner....pndai dorg trik pengunjung....