Salam pembuka bicara...
Hari tu, saya dan suami berbulan madu di Krabi. Balik tu beli la tom yam kung paste ni. Nak bezakan paste tom yam Malaysia dengan Thai la konon nya. Bezanya, memang sangat banyak pun.
Bahan-bahan dia sangat banyak.
Serai dia pun sampai dah kering, cili api pun dah kering dan daun limau purut dah siap sedia. Semua bahan-bahan ni akan dimasukan dalam kain yang disediakan. Cara masak dia sama je macam kita masak tomyam.
1. Rebus air dan masukan rempah yang disediakan.
2. Masukan chili paste dan tom yam paste.
3. Masukan makanan laut yang nak guna dan cendawan. Sepanjang dekat Krabi, tom yam yang saya makan mesti ada cendawan. Saya rasa cendawan ni bahan wajib dalam tom yam kot.
4. Akhir sekali, masukan fish sauce.
Itu setakat yang saya masak. Kalau ikutkan resepi asal, siap kena masuk susu lagi. Saya rasa macam pelik campur susu, jadi tak adalah nak campur susu. He. Ni resepi asal.
Ada yang nak cuba?
xoxo
9 komen:
Wahhhhh nape kita tak terjumpa pun dulu :P Kalau campur susu pun sedap yunk, kat sini pun kan ada. Orang panggil tomyam poktek, sedap !! :D susu @ santan
tak berapa nak suka makan tomyam... hehehe
salam dhiera..
wah..bulanmadu ke krabi..
best tu... :)
alahai..peberet gak ni.. nyum3... tp tomyam pure dr krabi x penah try lagi la.. hihih... '',
for ur info, kebanyakan tomyam even kt sini pun, mmg akan masuk susu sebagai pengganti gula...diorg mmg langsung tak masuk gula...gula dan susu manis dia lain...try la buat nnt..
tak pernah masak tomyam letak susu.
plus, tak suka bau susu. haha.. kalau masak nasi pun letak susu sikit jee.
kalau letak susu mmg sedap...
masa g bangkok dlu..makan tomyam semua ade susu.. sedap!
sedap?
wah tomyam.....xpnndai masak, thu makan je..hihi
sedapker?nie mcm instant sungguh..mmg tak pernah jupe lagi nie.
Catat Ulasan