Jumaat, 30 November 2012

Krabi part 2

Salam pembuka bicara..


Hari kedua: Island tour

Ada 3 pakej untuk island tour iaitu Phi Phi Island Tour, 4 Islands tour dengan Hong Island. Saya ambil Phi Phi Island tour. Start dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Melawat 8 pulau di sekitar Phi Phi Island. Harga 1200 bath (harga low season ye). Pakej termasuk makan minum, pengangkutan dan insuran. Saya booking dekat receptionist hotel pada hari pertama di Krabi. Dekat rak ni dan meja sebelah dia banyak tour package.



Breakfast hari ni dekat hotel je sebab tak tahu nak cari sarapan dekat mana. Saya booking hotel tanpa breakfast. Bayaran untuk breakfast ni adalah 150 bath seorang. Breakfast dia style buffet. Ambil lah apa sahaja.


Barang nak bawa pergi Island:
1. Tuala pantai (boleh ambil dekat booth sebelah swimming pool)
2. Kamera
3. Tripod
4. Sunblock
5. Baju (optional. Saya tak tukar baju pun)


8 pulau yang saya pergi adalah:

1. Maya Bay

Sightseeing dulu sekeliling batu-batuan kemudian snorkelling dekat sini.




Ini gambar dalam air. Subhanallah. Cantik ye!



Lepas kitorang melepak dekat tepi pantai.



Untuk details, [tekan sini] dalam ni pun banyak gambar. Saya dah pernah review dekat blog kahwin tu.


2. Pileh Bay

Kat sini pun sightseeing pusing-pusing pulau.



3. Lohsamah Bay

Ikan cantik. Air cantik. Subhanallah.



4. Hin Klang

Snorkelling lagi dekat sini. Tapi ramai tak turun sebab penat tadi tak hilang kot.



5. Monkey Bay

Banyak betul monyet dekat sini.



6. Viking Cave

Macam susah nak percaya dorang tinggal dekat sini.



7. Phi Phi Don Island

Kat sini lah kami menjamu selera. Tah pukul berapa tah makan masa ni. Phi Phi Don adalah pusat untuk semua pulau-pulau ni. Tom yam dia sedap!!!



Maklumat lanjut pulau kedua sampai 7 boleh baca sini, klik sini


8. Bamboo Island

Ingatkan sini banyak pokok buluh tapi nanhado. Tak tahu kenapa nama dia Bamboo Island. Kat sini banyak mandi-manda je tapi ada jugak yang snorkelling. Yang lain (mat salleh la) dorang ber'sunburn'kan dirilah.



Nah gambar dalam air.



Lepas tu terus balik ke Noppharattara Beach tempat kitorang berkumpul tadi. Dalam perjalanan, nampak Phuket dan dorang bagi makan buah tembikai dan nenas. Sini banyak nenas kot sebab mana-mana ada nenas.



Sampai dekat Noppharatthara Beach, ada nampak orang jual muka saya. Apa lagi beli lah tak kan nak bagi dorang buang muka sendiri kot. Melayang 100 bath.



Hari ni dah kenal jalan dekat Krabi, jadi kami jalan kaki je cari makanan. Malam ni, kami makan dekat gerai-gerai je. Pilihan kami Sara Thai Seafood Stall. Halal ye, jangan risau. Makanan malam ni tetap ada tom yam! Nyum nyum. Kali ni minum orange shake pulak. Cakap melayu taw dekat kedai ni. Dorang tak faham bahasa inggeris sikit.



On the way balik singgah beli banana chocolate pancake buat sarapan besok pagi. Eh, malam ni pun makan juga sekeping. Lokasi dia depan kedai yang jual tiket Muay Thai. Malam hari Jumaat dengan malam hari Selasa ada Muay Thai dekat Stadium Krabi. Tiket 250 bath seorang.



Lepas tu, balik hotel tidur. Nak in-room massage tapi terlambat booking. Sob sob.


Cerita Krabi part 1 [klik sini]


xoxo

Khamis, 29 November 2012

Krabi part 1

Salam pembuka bicara...


Baru ada masa nak share pasal honeymoon kami 2 bulan yang lepas. Harap-harap boleh lah bagi sikit info dekat sesiapa yang nak pergi sini. Krabi ni dah jadi hot place untuk honeymoon dah sekarang. Semua pakat-pakat pergi Krabi. Hehehe



Tempat: Krabi
Hotel: Aree Tara Resort, Aonang
Tarikh: 9 September - 11 September 2012 (low season)
Tempoh: 4 hari 3 malam



Rasanya review sesuai untuk orang yang pergi masa low season saja kot sebab low season sangat lah murah nak bandingkan hot season. Hotel murah, tour package murah, makanan murah, shopping murah. Hehehe. Tapi ikut nasib lah, kalau nasib baik tak kena hujan. Kalau nasib tak baik, kena lah hujan. Low season kan?


4 hari 3 malam tak cukup untuk jelajah segala aktiviti dekat Krabi. Sebab nak buat aktiviti ni ada masa 2 hari je. Hari pertama sampai dalam pukul 2 macam tu, dah tak ada aktiviti boleh buat melainkan jalan-jalan kat pantai. Hari terakhir flight pukul 2 tapi dah check out pukul 12, nak ikut tour pun tak sempat.


Kenapa saya pilih Aree Tara Resort?
Sebab Aree Tara Resort ni terletak antaran 2 pantai iaitu Aonang Beach dan Noppharattara Beach. Dan boleh dikatakan murah lah jugak.


Cerita lanjut ada dekat sini [klik sini]


Krabi: hari pertama


Flight AA dari KL pukul 12.15 tengah hari. AA reschedule jadi awal. Malah, kapal terbang bergerak pun awal dari 12.15 tengahari sampai Krabi pukul 1 petang sebab cuaca sangat baik.


Dalam flight dorang ada bagi form untuk isi maklumat diri, ini untuk rekod imigresen Thailand. Sampai bahagian imigresen kat airport, kena tangkap gambar dan check passport. Turun bawah nampak driver pegang kertas tulis nama hubby. Lepas tu, driver pun ambil luggage dan terus gerak ke hotel dengan van besar.



Keluar airport nampak signboard ni. Huhu. Excited!



Sebelum sampai hotel driver bawah singgah dekat Jee Or Souvenir, Coffee dan Bakery. Gambar bawah ni adalah bakery dia. Masa tak beli apa-apa souvenir sebab rasanya Aonang lagi murah. Beli mocha ice je.



Dari airport ke hotel ada banyak sangat view yang cantik-cantik. Rindu ye dekat Krabi! Sampai hotel, diorang bagi minum jus tropika yang sangat juicy dan masam. Hotel dia sangat bersih! Hubby buat pembayaran dulu sebab kitorang booking hotel melalui booking.com. Booking.com tak payah bayar just booking guna nombor kad kredit saya.



Masuk-masuk hotel nampak gambar bawah ni. Cantik kan decoration dorang. Saya tak ambil honeymoon package tapi saya emel hotel untuk minta dorang buat decoration untuk honeymooner.



Petang sikit kami keluar jalan-jalan dekat Noppharattara Beach dan tengok sunset. Masa ni tak tahu ni pantai apa sebab kitorang main jalan je. Dah kata tak kenal jalan lagi.



Bila dah lapar agak pening lah nak cari restoran betul-betul halal. Last-last kami naik 'tuk tuk' je. Tuk tuk ni macam teksi la tapi dia guna motor yang ada seat penumpang dekat tepi. Driver ni Muslim. Jadi, bawak kitorang pergi dekat Restoran Sareefah.



Makan malam kami hari tu adalah tom yam kung, ayam sweet sour, brokoli goreng belacan, jus oren dan jus epal. Kos makanan semua ni dalam 300 bath la. Kemudian, kami jalan-jalan dekat pekan Aonang. Ingat nak pergi Krabi Night Market tapi dorang tutup dalam pukul 9, tak sempat nak pergi. Memandangkan besok nak pergi Island tour, jadi misi malam ni cari camera waterproof casing dengan waterproof bag. Harga kedua barang ni dalam 600 bath.



Detail boleh baca sini [klik sini]. Insyaallah nanti saya sambung pasal hari seterusnya.


xoxo

Isnin, 26 November 2012

Majlis bertandang selesai


Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah selesai sudah majlis bertandang pada 17 November 2012 yang lepas. Merasa juga jadi pengantin selepas 3 bulan berkahwin. Semalam genap 3 bulan la kami kahwin. Kali ni, naik pelamin bertiga bersama our little caliph. Doakan kebahagian kami dan doakan kesihatan bayi dalam kandungan saya supaya sentiasa sihat walafiat. Semoga cinta kami semakin mekar dengan kehadiran si kecil nanti.


Saya belum terima gambar dari photographer. Sedikit treaser hasil tangkapan sepupu baru saya.




Treaser je boleh? he


xoxo

Ahad, 11 November 2012

Jalan-jalan Melaka

Salam pembuka bicara..


Sekarang ni di Melaka. Ikut hubby pergi kenduri kahwin kawan dia. Terus ikut hubby main boling dekat Melaka International Bowling Centre. Boring tengok orang main je sebab tu tiba-tiba jadi update blog.






Xoxo


Jumaat, 9 November 2012

Jemputan majlis bertandang

Salam pembuka bicara..


Hari ini genap 2 tahun saya kenal suami. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang cukup melengkapi hidup saya. Majlis bertandang minggu depan. Jadi, saya nak jemput kawan-kawan semua ke majlis bertandang saya jikalau sudi la.


Tarikh: 17 November 2012
Hari: Sabtu
Tempat: Felda Jengka 21, Pahang


Maklumat lengkap ada dalam gambar bawah ni.




xoxo

Khamis, 8 November 2012

Tak dapat main boling dah.

Salam pembuka bicara...


Rutin baru sejak kahwin. Sebulan sekali aktiviti ini mesti ada. Hubby saya memang jaguh boling. Kalau main dengan dia tak pernahnya menang. Selalunya dia akan main dengan kawan-kawan ofis. Saya tukang teman je atau dia main, saya window shopping!



Kadang-kadang tu nak juga main tapi sejak baru pregnant ni memang tak la main menda alah ni. Rindu pulak nak main.



Besar nya kaki suami. Atas ni, gambar sebelum pregnant dan baru-baru kahwin. Nak main, nak main.


xoxo

Rabu, 7 November 2012

WW: Accident memang wordless!!

Salam pembuka bicara...


Kejadian ni dah lama. Rasanya dalam sebulan nak kahwin hari tu lagi. Gara-gara seorang budak sekolah yang cuba melarikan diri. Kemudian dapat dicari oleh suami semasa dia cuba untuk menghapuskan bukti di motosikalnya. Ibu pelajar tu pun membaiki kereta kesayangan saya ini.


Semasa kejadian.



Selepas kejadian.



xoxo

Selasa, 6 November 2012

Resepi: Tom yam kung dari Krabi

Salam pembuka bicara...


Hari tu, saya dan suami berbulan madu di Krabi. Balik tu beli la tom yam kung paste ni. Nak bezakan paste tom yam Malaysia dengan Thai la konon nya. Bezanya, memang sangat banyak pun.




Bahan-bahan dia sangat banyak.



Serai dia pun sampai dah kering, cili api pun dah kering dan daun limau purut dah siap sedia. Semua bahan-bahan ni akan dimasukan dalam kain yang disediakan. Cara masak dia sama je macam kita masak tomyam.


1. Rebus air dan masukan rempah yang disediakan.



2. Masukan chili paste dan tom yam paste.



3. Masukan makanan laut yang nak guna dan cendawan. Sepanjang dekat Krabi, tom yam yang saya makan mesti ada cendawan. Saya rasa cendawan ni bahan wajib dalam tom yam kot.


4. Akhir sekali, masukan fish sauce.



Itu setakat yang saya masak. Kalau ikutkan resepi asal, siap kena masuk susu lagi. Saya rasa macam pelik campur susu, jadi tak adalah nak campur susu. He. Ni resepi asal.



Ada yang nak cuba?


xoxo

Isnin, 5 November 2012

Good luck SPM candidate!

Salam pembuka bicara..


Hari ini adalah hari pertama SPM. Teringat saya masa nak ambil SPM 7 ke 8 tahun yang lepas. Sangat memdebarkan. Tahun ini adalah giliran adik saya yang ambil SPM pula.


Inilah dia budaknya.



Tina, good luck darl! Do the best. You can do it girl. Berusaha dan bertawakal! May your dream come true.


Gambar terakhir kami adik beradik sebelum saya bernikah. Hari yang penuh touching bagi saya sebab yela, lepas tu saya adalah milik seorang imam.



Good luck untuk candidate SPM yang lain!


xoxo