Sabtu, 21 Ogos 2010

Bazar ramadhan

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Kalau nak tahu, NN kurang berminat sikit untuk ke tempat yang crowd macam pasar malam dan konsert-konsert. Kenapa?? Sebab NN rasa stress bila pergi tempat-tempat ini. kalau NN pergi pun NN suka peg awal-awal. Kalau kat Tanjung Malim ini, pukul 3 dah buka dah pasar malam dia. So, NN akan pergi dalam pukul 4 macam itu. Even, sepanjang bulan ramadhan baru 2 kali NN jenguk muka ke bazar ramadhan.

Ada sesuatu yang menarik perhatian NN untuk ke bazar ramadhan dekat Tanjung Malim ini. Nak tahu ape? Dalam banyak-banyak stall yang jual murtabak, ada satu aje gerai yang buat NN nak datang beli murtabak pak cik ini. Murtabak dia sedap sangat. Tak sama macam kebanyakan murtabak yang NN pernah rasa dan makan. NN tak tahu nak cakap betapa special je murtabak pak cik ini. Bila makan, terasa macam ada kasih sayang dalam murtabak itu. Jadi, tahu la NN yang pak cik ini masak dengan penuh keiklasan sama macam makan makanan yang mak NN masak.

Sebenarnya, semalam NN pergi menayang muka kat bazar lagi. Macam biasa gerai murtabak pak cik yang sama lagi la yang NN pergi. Dan tanpa disangka-sangka, mak cik kat gerai itu (mungkin isteri pak cik murtabak ini) bagi NN sebungkus air soya dan air keladi. Alhamdulillah,. Mak cik ini macam tahu-tahu je NN nak beli air soya. Huhu.. Hopefully, murah rezeki mak cik dan pak cik ini.


0 komen: