Isnin, 16 Ogos 2010

poked

salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..



NN rasa macam nak share something yang selama ini NN tak suka orang lain buat kat NN. apakah? Ambil darah orang. Kalau ambil finger-prick blood, NN memang tak kesah sangat sebab sakit die sekejap. Tapi NN sangat tak suka kalau darah NN kena ambil menggunakan syringe. Lagi-lagi syringe 10cc... Serik masuk hospital tiga kali. Last sekali NN masuk hospital, darah NN kena ambil sampai 4 kali sehari. Sedih kan? Kenapa kena ambil sampai 4 kali? Sebab NN kena denggi waktu itu.. Kesannya, NN sangat takut dengan nyamuk. Owh, NN tak nak masuk hutan dah lepas ni. Mandi sungai je boleh.. lalala.

Tapi kan kawan-kawan, bila masuk alam pekerjaan ini, NN kena pula ambil darah orang. Kadang-kadang 3 cc, kadang-kadang 5cc n selalu 10cc.. Setiap kali NN nak ambil darah dorang, NN selalu terbayang kalau darah NN yang kena ambil. Kesiannya kt dorang. Tapi sebab itu antara kerja NN, terpaksa la juga..

Ada beberapa pengalaman yang NN tak boleh lupa ni..

Pertama, waktu NN ambil darah seorang foreign worker ni. Dia dari indonesia dan sempena bulan puasa ini, dia pun sama-sama puasa juga. Masa NN ambil darah dia (guna 10cc syringe), dia cakap pada NN. 'dah, dah..puasa ni'. Dalam hati NN cakap, 'kenapa lah dia cakap cam ni..bikin orang tak sampai hati je'

Kedua, pengalaman dengan seorang uncle chinese ini. Prosedur biasa lah, kita ikat tangan die dan suruh die gengam span kuat2. Tapi masalahnya, uncle ni gengam kuat sangat sampai die shaking. NN pula, budak baru belajar jadi nervous la bila uncle ni shaking. Dan NN pun turut shaking. Tak patut betul. Bila NN cakap dengan collegue NN, dia gelak je. Dia kata uncle itu yang shaking sebenarnya.

Hakikatnya, itu lah first time NN shaking selama NN ambil darah orang. Selama ini, walaupun nervous tapi itu semuanya dalam hati je. Belum pernah menzahirkan dengan perbuatan. Pada NN, melakukan benda-benda yang berisiko ini, kena tunjuk muka confident walaupun Tuhan saja yang tahu betapa nervous je saya..

0 komen: