salam pembuka bicara...
Rabu ini kita semua (bagi yang muslim) akan bermula puasa kan??insya4JJ1.. Jadi, selamat berpuasa laa untuk kawan-kawan semua.
Memandangkan bulan puasa dah dekat, NN dengan kawan-kawan banci mula lah merencana pelbagai aktiviti. Tapi tunggu gaji punya gaji tetap tak masuk jugk. Berbekalkan duit yang semakin kering, kami pun pergi juga menjayakan aktiviti tu. Nak tahu ape aktiviti kitorang?? Pergi mandi sungai la..hahaha
Mula-mula,kami nak mandi di Sungai Inki. Lokasi?? Di Kalumpang.. Kebetulan, untuk fasa 3 ni kami semua kena banci kat area Kalumpang ni. So, tak ada masalah sangat la. Lepas mandi terus pergi banci.. haha.. Tapi memang bukan rezeki kami untuk bermandi di situ. Kenapa?! Sebab ramai sangat orang kat tempat tu. Rasanya, dorang pun ada pemikiran yang sama macam kami jugak kot,puasa dah dekat. hahaha
Si Aizat yang dah berbulu nak mandi sungai jugak pun ajak pergi ke Batang Kali. Akhirnya, kami pun bermandi-manda di Batang Kali. Ala, jalan nak naik ke Genting Highlands tu.. Agak2 korang nak pergi Genting usha-usha la kat tepi tue, mesti korang jumpe..
Tempat mandi tue best.. Sebenarnya, ni kali kedua NN mandi kat situ. Konon nak mandi sekejap sebab nak pergi banci. Tapi, bila dah berendam dalam tu, rasa tak jadi nak berbanci. hahaha. Habis berseronok, NN tergaduh pulak dengan Aizat. Alasannya. Masing-masing tak nak drive. Nana buat muka tak reti sebab dia memang tak reti bawak pun. Tapi pergaduhan tu memang sekejap je sebab Aizat mesti mengalah punya. hahaha. Yang penting, memori tercipta antara kami bertiga.
Kalau ada masa lagi nanti NN upload gambar kami bermandi di Batang Kali tu ye.. NN nak sambung buat keje ni. Nanti manager pandang jeling-jeling pulak.
0 komen:
Catat Ulasan