Jumaat, 27 Ogos 2010

Kencing manis

Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..

Beberapa hari yang lepas ada kenalan rapat NN yang NN gelarkan dia sebagai abang hubungi NN. Kenapa? Dia bertanya mengenai kencing manis. Lebih spesifik lagi mengenai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Jadi, NN pun rasa nak share juga la dengan kawan-kawan semua. GDM ini sebenarnya kencing manis yang berlaku pada sesetengah wanita mengandung. Keadaan ini biasanya akan pulih selepas wanita tersebut bersalin. Tapi wanita ini masih lagi mempunyai risiko untuk mendapat Kencing Manis Jenis 2. Kencing Manis Jenis 2 ini penyakit biasa yang kita jumpa di kalangan masyarakat kita sekarang ini.

Tujuan NN hanyalah untuk memberi sedikit ilmu yang NN tahu dan semoga ilmu yang NN tahu itu kita semua boleh manfaatkan dalam kehidupan. Kalau ada tersalah maafkan dan kita kongsi la bersama-sama. Bagi pesakit diabetes, seboleh mungkin kita cuba untuk elakkan sebarang komplikasi dan pastikan paras gula sentiasa normal.

Pertama sekali, NN nak bagitahu kebanyakan makanan yang kita ada karbohidrat. Karbohidrat ini akn ditukarkan menjadi gula (glucose). Glucose ini penting dalam badan sebagai sumber tenaga. Sesetengah dari karbohidrat ini, kita panggil dia serat (fiber). Kalau kita makan makanan yang tinggi serat, kita akan rasa kenyang yang agak lama. Kalau kita makan simple glucose (macam air manis, kuih2 manis), paras gula dalam darah kita akan naik dengan cepat sebb gula itu mudah meresap masuk ke dalam darah. Tapi kalau kita makan simple glucose dengan makanan yang tinggi serat (macam epal, kacg dal), gula akan lambat masuk dalam darah jadi paras gula dalam darah akan naik dengan pelahan. Jadi, NN nak galakkan supaya kita semua makan sayur dan buah setiap hari sebab banyak khasiat dan kebaikan yang boleh kita dapat

Ada lagi 1 konsep glycemix index (GI), GI ini adalah konsep dimana karbohidrat tadi telah di susun mengikut kesan karbohidrat tersebut terhadap paras gula dalam darah. Makanan yang rendah GI akan melambatkan kenaikan paras gula dalam darah. Bagi pesakit kencing manis, hormon insulin yang terhasil oleh badan adalah sedikit. Bila paras gula dalam darah lambat naik maka kuantiti insulin yang sikit tadi boleh menyimpan gula dalam darah. Insulin ini berfungsi untuk menukarkan glucose kepada glycogen (gula simpanan dalam badan). Sebagai contoh, beras putih yang biasa kita makan itu mempunyai GI yang tinggi jadi boleh ditukarkan atau kita campurkan dengan beras perang atau basmati. Selain itu, waktu sarapan kita boleh makan oat, barli ke.. Roti putih pun boleh campur atau tukar kan kepada roti wholegrain. Kentang pula digalakkan dikurang pengambilannya sebab GI bagi kentang adalah tinggi. Buah-buahan juga mempunyai ranking dia seperti epal lagi elok (GI rendah) dari tembikai (GI tinggi)

Yang penting, kena jaga waktu makan. Biasanya, NN galakkan ambil dalam kuantiti yang sedikit tapi pengambilan yang kerap. Ambil makanan berserat tinggi dan rendah GI.

Bila beli makanan yang diproses kena baca food label. Pilih makanan yang kurang lemak dan garam. Sebab pesakit kencing manis berisiko untuk mendapat sakit jantung dan masalah buah pinggang kalau tidak dikawal dengan betul.

Last sekali, exercise. Bersenam taw. Mulakan dengan berjalan selama 30minit berterusan jika anda tidak aktif melakukan senaman sebelum ini. Kemudian,baru tingkatkan aktiviti tersebut.


0 komen: