Salam pembuka bicara..salam pembuka bicara..
Hari ini NN rasa macam nak cerita pasal kanser hati. Sebenarnya, hari ini NN study sikit pasal alpha-fetoprotein (AFP). AFP ini ada dalam salah satu ujian darah yang ada ditawarkan kat tempat kerja NN. Kalau kawan-kawan nak tahu AFP adalah protein yang dihasilkan oleh sel hati yang belum matang pada fetus. AFP ini salah satu alternatif lain selain melakukan ultrasound. Kita hanya perlu mengambil darah. Kenapa? Sebab sel kanser hati ini akan menghasilkan satu hormon yang mana menyebabkan berlaku ketidaknormalan pada ujian darah seperti sel darah merah yang tinggi, gula dalam darah yang rendah, kalsium dalam darah yang tinggi dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi. Paras normal AFP adalah kurang dari 10 ng/ml dan paras yang di suspek kanser adalah lebih dari 500 ng/ml.
Ada banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kanser hati ini. Pertama sekali, jangkitan hepatitis B. Hepatitis B ini berjangkit sama macam jangkitan HIV iaitu samada melalui hubungan seksual, perkongsian jarum atau pemindahan darah. Bukan macam kebanyakan orang cakap, hepatitis ini boleh berjangkit kalau kita cakap dengan pesakit atau sentuh pesakit. Kawan-kawan, itu semua mitos. Jangan lah percaya.
Selain itu, jangkitan hepatits C. Tapi macam mana jangkitan hepatitis C ini boleh bertindak menyebabkan kanser hati masih lagi not well understood. Bagi alcoholic person, mereka juga berisiko mendapat kanser hati. Ada kajian yang menunjukkan heavy drinker yang telah berhenti meminum alkohol di diagnos menghidap kanser hati selepas 10 tahun mereka berhenti meminum alkohol. Tapi bagi mereka yang tidak berhenti meminum alkohol, mereka berisiko untuk mati disebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Menarik kan? Sebenarnya, ada fakta yang menarik mengenai alkohol tapi mungkin di lain masa baru NN akan cerita.
Kalau kawan-kawan nak tahu lagi, orang yang menghidap diabetes (kencing manis) dan orang yang obes berisiko untuk menghidap kanser hati. Kenapa? Kalau ada masa nanti NN akan cerita macam mana hati berfungsi dalam badan kita. Tapi dua golongan yang NN sebut tadi itu berisiko untuk mendapat penyakit lemak di hati (fatty liver disease). Hati ini memainkan peranan yang sangat penting dalam badan kita. Kebanyakan proses metabolisma dalam badan menggunakan hati. Tak dapat NN bayangkan kalau sesuatu terjadi pada hati NN.
0 komen:
Catat Ulasan