Jumaat, 5 Disember 2014

Subhanallah. Inilah pertama kali!

Salam pembuka bicara..


Lihat apa yang saya jumpa semasa menyiapkan masakan menu makan malam.


Subhanallah! Subhanallah! Allahu Akhbar!
Watermark jadi lain sebab edit di handphone sebab nak upload instagram terus. Kihkih


Selalu nampak orang lain yang jumpa, kali ni Subhanallah dapat jumpa sendiri. Siapa lagi ada pengalaman macam ni?


xoxo
dhiera

Selasa, 25 November 2014

Ulat sayur

Salam pembuka bicara..


Masa tengah potong potong sayur, saya jumpa ulat sayur ni masih hidup walaupun sayur ni sudah disimpan dalam peti sejuk selepas beli.


Rasa comel pula tengok dia bergerak-gerak. Hihi





xoxo
dhiera

Isnin, 24 November 2014

Makan-makan di Restoran Hutan Batu

Salam pembuka bicara..


Agak lama dah kan saya tak buat entri makan-makan ni.


Restoran Hutan Batu. Nama dia sangat unik. Masa saya pergi ni kedai ni baru je mula beroperasi beberapa hari. Sebab saya baca dalam FB group Puncak Alam, char kueh tiaw dia sedap. Jadi, saya datang nak merasa lah char kueh tiaw dia sebelum berpindah ke Bidor.


Ok. Ini memang review untuk kejadian yang berlaku setahun yang lepas.


Entrance dia masa mula-mula datang memang nampak sangat unik la.



Saya rasa dekat sini boleh juga kalau nak jamming sebab peralatan muzik pun disediakan.




Saya dan suami order air buah. Tak sangka kedai macam ni ada decoration pada air dan sudu yang dipakai pun agak menarik.




Char kueh tiaw dia pun boleh la tahan. Worth it lah untuk rasa.




xoxo
dhiera

Ahad, 23 November 2014

Aura. Kebocoran aura.

Salam pembuka bicara..


Kesinambungan dari entri ini.


Kali ini saya tunjukan selain mandi garam dalam bentuk garam kasar itu ada beberapa cara lain yang telah diinovasikan supaya mudah untuk kita guna dan baca semasa melancong dan sebagainya.


1. Sabun aura dengan garam himalayaKelebihan dia korang boleh baca dekat gambar bawah ni ye. Saya sudah sertakan sekali.





2. Penyembur Aura 




3. Garam Mandian Aura Himalaya




Kan dekat atas ni asyik ada perkataan aura aura sahaja kan?
Apa itu aura?
Apa kesan kebocoran aura?




xoxo
dhiera

Sabtu, 22 November 2014

Rasulullah is My Doctor bagus untuk dibaca

Salam pembuka bicara..


Nice book to read.


Saya dah khatam buku ni 3 kali tapi tak pernah rasa boring sebab MasyaAllah, info dia sangat lah berguna.


Korang mesti baca juga buku ni. Recommended!!




xoxo
dhiera

Isnin, 3 November 2014

Kerepek Seaweed

Salam pembuka bicara..


Siapa tahu dimana saya boleh dapatkan nya? Sila tinggalkan link ke nama online shop tersebut.



Ini saya dapat rakan suami beli tapi tidak dijual secara online.


tq

xoxo
dhiera

Sabtu, 25 Oktober 2014

Power Boost beri tenaga dan minda aktif

Salam pembuka bicara...


Ada seseorang bagi ni pada suami tapi sampai sudah tak dapat minum sebab dah ter'expired' pula. Rugi! Rugi!




Ini produk Irfan Khairi ni. Korang kenal tak Irfan Khairi? Beliau seorang pakar perniagaan internet yang hebat.


Power Boost ni minuman tenaga yang dibuat dari makanan sunnah. Kalau kita tengok ramuan Power Boost terdiri pati kurma, madu, kolagen, ekstrak buah tin, saffron, garam bukit, pati delima dan ramuan lain, Semua ini kan bahan-bahan makanan sunnah.


Siapa yang pernah try? Meh share sikit kesan dia. Dan dekat mana ye korang beli?


xoxo
dhiera

Jumaat, 24 Oktober 2014

Kad ATM dulu-dulu

Salam pembuka bicara.


Rasanya saya sudah patut tukar kad atm saya ni. Ini sangat oldskool gitu. Tapi sayang pula bila nak tukar. Boleh gitu?




Nama bank ni pun dah tak wujud dah secara nyata. Wujud dalam memori sahaja.


xoxo
dhiera

Khamis, 23 Oktober 2014

Rugi tak mandi garam

Salam pembuka bicara..




Meh nak share sikit Garam Mandian Assyifa. Saya amalkan mandi garam ni selepas mandi. Ada satu lagi jenis yang saya pakai Garam Mandian dari LifeRich.




Kedua-duanya sangat harum.


Guna waktu bila? 
Guna masa lepas mandi sebagai bilasan terakhir.


Mesti korang tak faham kan kenapa kena mandi garam ni?
Ok macam ni. Saya copy paste dari blog ini
Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. 
Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap.
Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. 

Jadi, bagaimana Garam Mandian Assyifa' membantu kita?
Kali ini saya copy paste pula dari facebook garam mandian ini sendiri. [sini]

  1. Membantu meningkatkan aura dan menaikan seri wajah, menampung masalah kebocoran aura. Keseimbangan aura amat penting untuk menentukan kejayaan. 
  2. Membantu memberi tenaga dan menenangkan jiwa serta tidak mudah marah dalam menangani sesuatu kes.
  3. Membantu melindungi dari unsur-unsur negatif
  4. Mudah didampingi rakan-rakan
  5. Membantu menggelak dari kemurungan
  6. Membantu mempercepatkan jodoh
  7. Mudahnya menjemput rezeki


Ha.. ada tak yang dah guna mandian garam? Kalau ada, meh la share sikit yang mana korang pakai.


xoxo
dhiera_zainudin

Rabu, 1 Oktober 2014

WW: Kembali ke realiti

Salam pembuka bicara..




xoxo
dhiera

Selasa, 30 September 2014

Eclairs Nepal

Salam pembuka bicara..


Masa kerja dekat Klang dulu, ada seorang staf ni baru balik dari Nepal. Dia bagi saya gula-gula ni. Katanya halal sebab Nepal mostly Muslim.


Tapi nak tunjuk packaging dia berbezakan dari eclairs dekat Malaysia. Malaysia punya lagi cun kot pada saya. Pendapat korang?




xoxo
dhiera

Isnin, 29 September 2014

Review: Seri Pacific Hotel

Salam pembuka bicara


Hari tu adalah program dekat PWTC selama 4 hari. Sebab saya tak familiar hotel-hotel berdekatan PWTC ni main booked je la hotel sebelah PWTC ni.


Seri Pacific Hotel.


Best jugak hotel ni. Untuk sweet escape pun sesuai sangat lah. Rate dia kira boleh la untuk semalam tapi kalau bermalam-malam tu rasa mahal lah jugak. Hihi. Memula booking untuk 2 malam je sebab ingatkan program 3 hari. Rupanya 4 hari.


Meh intai apa ada dalam bilik ni.


Sebab check in dah lewat dekat pukul 10pm macam tu, kami hanya dapat bilik katil 2 single sedangkan dah request untuk queen/ king bed. Tapi tak pe, pekerja hotel ada datang untuk rapatkan katil dua ni.




Bilik dia sangat besar sampaikan muat ruang untuk kami solat berjemaah bersama-sama. Lepas tu, ada meja untuk kita buat kerja.




Kabinet TV pun siap ada lagi boleh simpan harta karun (baca: alat mekap).




Ruang coffee dan ruang simpanan iron pun berasingan. Kemas. Sangat kemas. Jom intai bilik air dia pulak. Siap ada bath tub dan juga shower. Bilik air dia pun luas.





Harga hotel ni semalaman adalah seperti dibawah. Kan saya ada cakap diatas, saya booking 2 malam dulu. Baru tambah lagi satu malam sebab salah ingat masa program.




Program apa yang saya cakap saya join ni?




Alhamdulillah, banyak sangat input yang saya terima sepanjang program ni berlangsung.


xoxo

Ahad, 28 September 2014

Menu untuk open house

Salam pembuka bicara..


Alhamdulillah, niat nak buat open house setiap tahun dapat dilaksanakan juga tahun ni dengan kehadiran tetamu yang berbeza. Niat nak buat open house setiap tahun sebab nak jamu tetamu datang rumah dan memeriahkan rumah yang kami duduk ni. Ok. Ini entri raya yang terlah berlalu. huhu


Tahun lepas open house dekat rumah Puncak Alam. Tahun ni dekat Bidor pula.


Menu open house tahun ni (2014):
- Bihun Goreng
- Lontong
- Nasi impit + Kuah kacang
- Sate ayam
- Otak-otak
- Rojak buah
- Kek lapis sarawak
- Puding marble
- Kuih raya
- Air oren




Alhamdulillah, kalau bukan disebabkan openhouse ni mesti saya masih tak kenal jiran-jiran saya, Jiran yang bangsa cina dan india pun datang beraya juga. Sekurang-kurangnya, saya kenal beberapa sikap jiran-jiran saya.


Sehari sebelum tu, di klinik pun ada juga buat openhouse. Masa macam ni lah kita kumpul beramai-ramai staf dan borak-borak. Open house klinik ni kami masak beramai-ramai dan ber'pot luck' siap.





Menu openhouse tahun ni upgrade sikit dari tahun lepas sebab tahun lepas kan first time buat openhouse, jadi tak berani buat banyak-banyak.


Menu tahun lepas:
- Bihun goreng
- Laksa
- Buah tembikai
- Kek lapis sarawak
- Agar-agar
- Karipap
- Popia otak-otak
- French fries
- Nugget


Menu tahun lepas banyak betul yang bergoreng-goreng. Hihi. Tahun lepas ramai gak kawan-kawan blogger datang rumah.


xoxo
dhiera

Jumaat, 19 September 2014

Review Grand Lexis Part 2

Salam pembuka bicara..


Sambungan cerita Grand Lexis Isnin hari tu (link). Keadaan dalam bilik, barangan yang ada semua dah ceritakan. Arini nak kongsi apa yang saya buat sepanjang 1 malam dekat sana.


Petang tu kitorang jalan-jalan sekitar kawan Grand Lexis ni.







Ini pulak adalah Lexis. Segeng dengan Grand Lexis cuma dia ada jakuzzi je kot dalam bilik tu.




Lepas tu, suami pun mulakan lah projek memancing dia. Memula kena lah cari umpan dia. Dekat Grand Lexis ada sediakan umpan tapi sebab mahal dan tak berbaloi. Suami ajak pergi beli umpan dekat Giant je.





Ni lah first time teman suami memancing tapi tak teman sangat lah sebab kejap-kejap masuk bilik. Hihi. Kalau korang yang nak memancing tapi tak ada pancing boleh sewa dekat sini. Harga sewa saya tak pasti lah berapa. Uncle cina dan mat salleh tu ada bagitahu tapi tak ingat berapa. Uncle cina dan mat salleh tu dedua sewa pancing dekat Grand Lexis ni. Suami bawa pancing sendiri. Siap bawa 2 pancing lagi kemain tamak.





Sambil teman suami memancing bolehlah layan sunset. *wiwit*





Ikan macam tak banyak sangat. Mungkin ikan-ikan ni kenyang kot. Dapat lah 2 ekor. Seekor ikan buntal, seekor lagi ikan yang tidak dikenali. Ikan ni tak bawa balik pun. Lepas tangkap terus lepaskan balik.




Habis suami memancing, baru kitorang cari makan malam. Serius tak tahu nak makan dekat mana sebab tak survey pun tempat makan best dekat Port Dickson ni. Akhirnya, kitorang pergi makan dekat Samudra Ikan Bakar.




Inilah menu kitorang malam tu. Dekat sini tak ramai pun orang. Rasa sambal dia pun biasa je. Tak cukup umphh la untuk saya. Harga makanan tidak dapat diingati.




Andai kata nak mandi manda dekat pool luar, boleh bawak kad towel ni siap-siap untuk dapatkan tuala extra tapi tak boleh bawa balik towel tu masuk bilik la.




Untuk sarapan pagi pun jangan risau sebab dah disediakan sekali dalam bayaran bilik. Hihi.
Komen tentang makanan diorang, menu banyak tapi rasa biasa sahaja dan lalat pun ada juga lah berterbangan. Tengok tarikh tu. Kan dah cakap isnin ritu vacation dah setahun berlalu. Hihi





Selepas makan, kami jalan-jalan kejap dan menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada dalam Grand Lexis ni. Suami sangat suka duduk sini dan siap cakap nanti kita datang sini lagi. Hihi. Depan bilik kitorang ada satu rumah banglo yang macam terbiar je. Kalau fikir yang menyeramkan, memang rasa boleh jadi menyeramkan. Hahaha




Siapa duduk bilik sini sama lah dengan bilik kitorang hari tu. Hai hai!




Balik dari Grand Lexis ni kitorang ikut jalan dalam. Singgah lah makan dekat Salak Tinggi. Makan ikan bakar favourite saya. Rasa dia erm.. tak ingat. Sebab tak ingat mungkin sebab rasa biasa je kot. Hahaha




Grand Lexis ni best lah untuk kita pergi setakat merasa. Kalau setiap tahun nak singgah tu macam tak la kot. Boleh try jugak pergi ke tempat lain. Tapi sebab dekat sini boleh memancing, kebarangkalian untuk datang lagi tu adalah.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/hijabbydhiera